Monday, August 8, 2016

Cabaran Pendidikan Anak Pak Yoep


Dirasakan 2016 merupakan tahun yang amat sibuk pak yoep dalam menguruskan pendidikan anak-anak terutama Kak Long dan Haziq yang masing-masing bakal menduduki peperiksaan awam. Haziq akan menduduki upsr pada Sep 2016. Kak Long bakal menduduki SPM pada 2017. Walaupun lambat lagi, Kak Long telah melakukan persiapan awal dengan menduduki kelas-kelas tuisyen. Pengorbanan masa terpaksa dilakukan kerana lokasi pusat tuisyen jauh dari lokasi tempat tinggal. Pak Yoep terpaksa menghabiskan masa sementera anak-anak tamat tuisyen. Kebetulan pada waktu malam, boleh juga pak yoep menghadiri kelas-kelas pengajian agama di masjid.

Jadual waktu tuisyen Haziq. 

Isnin - Kelas Pengajian Al-Quran di Pengkalan ( 8 mlm )
Selasa - Kelas Tambahan anjuran guru matematiknya di Gopeng ( 8 mlm )
Rabu - Kelas Tambahan di sekolah, Gopeng ( 2 ptg )
Jumaat - Tuisyen di Silibin ( 5 ptg)
Sabtu - Kelas Tambahan di sekolah, Gopeng  ( 8 pg )
Ahad - Kelas Tuisyen di Silibin ( 8.30 pg )

Jadual waktu tusiyen Kak Long

Isnin - Tuisyen Kimia di Taman Ipoh ( 7.45 mlm )
Selasa - Tuisyen Akaun di Pekan Ipoh ( 4 ptg )
Khamis - Tuisyen Fizik di Taman Ipoh ( 7.45 mlm )
Sabtu - Kelas Tuisyen di Silibin ( 10 pg )
Ahad - Kelas Tuisyen di Silibin ( 9 pg )

Mohon sama-sama doakan agar anak-anak pak yoep berjaya dalam peperiksaan yang bakal mereka hadapi.
 

No comments:

Post a Comment