Friday, April 29, 2016

Tahniah! Isteriku... APC


Dah rezeki isteri pak yoep.

Hasil kerja kerasnya selama ini dibalas dengan pengurniaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2015 pada 22 April 2016 (Jumaat) bertempat di Riverfront Forest Hotel. APC buat kali ke-2 dalam perkhidmatannya.

Hasil kerja kerasnya sampai tidak tidur malam menyiapkan kerja. Pernah sampai seminggu, beliau tidak tidur malam.

Kerjanya bertimbun, sejak berpindah ke jabatan baru.

Apa2 pun, pak yoep amat bangga dengan isteri pak yoep. Walaupun kerja bertimbun, tugasan rumah tangga tidak diabaikan.

Yang terharu sangat, majlis penyampaian anugerah tersebut mewajibkan suami ada di sisi. Tinggallah anak2 dibawah jagaan opahnya di rumah sepanjang ketiadaan kami.

Tahniah! Tahniah! Tahniah! Isteriku.

Friday, April 15, 2016

Faqihah terima anugerah

Anugerah pelajar terbaik akademik 2015 - 8 April 2016


Wednesday, April 6, 2016

Result Exam Kak Long 10A

Tahniah kak long! 

Permulaan yang baik berada di tingkatan 4. Tanpa berada di sbp / mrsm, berjaya juga bersaing dgn pelajar-pelajar cina/india di smk convent ipoh. 

Pelajar melayu hanya 4 orang shj dlm kelasnya. 

Berada dalam top 10 dalam ujian 1 dalam kelas/tingkatan 4 dengan keputusan memperolehi 10A. 

Dlm kelas kedudukan ke-7 manakala dlm tingkatan ke-9. 
Teruskan usaha kak long. 

Teruskan berdoa & syukur padaNya. 


Bantu kawan-kawan yang lain agar mereka juga akan dapat result macam kak long juga. 

Ameen. 
Santapan Minda Kak Long