Friday, April 29, 2016

Tahniah! Isteriku... APC


Dah rezeki isteri pak yoep.

Hasil kerja kerasnya selama ini dibalas dengan pengurniaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2015 pada 22 April 2016 (Jumaat) bertempat di Riverfront Forest Hotel. APC buat kali ke-2 dalam perkhidmatannya.

Hasil kerja kerasnya sampai tidak tidur malam menyiapkan kerja. Pernah sampai seminggu, beliau tidak tidur malam.

Kerjanya bertimbun, sejak berpindah ke jabatan baru.

Apa2 pun, pak yoep amat bangga dengan isteri pak yoep. Walaupun kerja bertimbun, tugasan rumah tangga tidak diabaikan.

Yang terharu sangat, majlis penyampaian anugerah tersebut mewajibkan suami ada di sisi. Tinggallah anak2 dibawah jagaan opahnya di rumah sepanjang ketiadaan kami.

Tahniah! Tahniah! Tahniah! Isteriku.

No comments:

Post a Comment