Sunday, March 31, 2013

Anak2 autisma MAMPU berubah



Penulis mempunyai seorang rakan yang anaknya Pennie telah menghidap kecelaruan autistik.

Pada peringkat permulaan, pasangan suami isteri ini berasa kecewa dan sedih. Mereka enggan menerima kenyataan.

Pada peringkat permulaan, pasangan suami isteri ini berasa kecewa dan sedih. Mereka enggan menerima kenyataan.

Namun atas pegangan agama dan azam yang kukuh, mereka telah berubah sikap dan ingin membantu anaknya dengan hati terbuka. Pennie telah dihantar ke sekolah khas ketika berumur 4 tahun untuk menerima pendidikan.

Untuk menjayakan program bimbingan si anak, mereka telah mengambil bahagian secara aktif. Pada hakikatnya, penguasaan bahasa dan keupayaan bersosialisasi merupakan aspek penting dalam segala rawatan atau programyang dikendalikan.

Selepas dua tahun menjalani latihan dari sekolah khas, Pennie menampakkan perubahan yang ketara. Dia lebih ceria, mesra dan tidak lagi begitu agresif.

Selain itu, kanak-kanak itu mulai boleh duduk diam untuk mendengar seketika dan berkomunikasi secara ringkas. Tingkah lakunya yang tidak normal juga banyak berkurangan.


Anak merupakan kurniaan Tuhan. Anak-anak autistik yang malang ini seharusnya menerima limpahan kasih sayang dan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada ahli keluarganya.

Sumber: Dr. Tam Cai Lian (Pensyarah di Jabatan Psikologi, Fakulti Kesihatan dan Kesihatan Semulajadi Kolej Universiti Sunway)

Asrama JEJAS akademik


Semua pelajar Home Tuition klinik math pak yoep yg telah memasuki asrama GAGAL menyerah setiap kali datang tuisyen dgn pak yoep kerana KEKERAPAN tuisyen dgn pak yoep dah berkurangan. DULU setiap minggu KINI sebulan sekali. Cabaran bagi kami bagi memastikan kecemerlangan mereka sebelum ini dapat diteruskan diperingkat PMR/SPM. Kerjasama setiap pelajar amat diperlukan terutama latih tubi yg perlu dilakukan sendiri. KINI terdapat 8 pelajar klinik math pak yoep 2012 ke asrama setelah cemerlang di peringkat PMR/UPSR.

Saturday, March 30, 2013

Peringatan BUAT anak2 muridku


Anak-anakku jika kau ingin menggembirakan aku dengan keputusan peperiksaan mu yang cemerlang, ketahuilah aku tidak akan gembira dengannya... aku hanya gembira apabila ilmumu dapat dimanfaatkan untuk taat kepada Allah dan berkhidmat untuk manusia!

Anak-anakku, jika kau rasa aku akan bersedih dengan keputusan peperiksaanmu yang tidak cemerlang, ketahuilah aku tidak akan bersedih... aku hanya sedih sekiranya kau gagal bersabar dalam menghadapi takdir Allah setelah gigih berusaha!

Berjaya jangan sampai kau berbangga.
Gagal jangan sampai kau kecewa!
Carilah keredhaan Allah, bukan penghargaan manusia.

Sumber: Pahrol Mohamad Juoi

Friday, March 29, 2013

Anak Khas ke Putrajaya

Jabatan Perdana Menteri
Masjid Putra
River Cruise
Belon Panas
Belon Panas ke Udara
Muzium Istana Negara


Lokasi lain yang di lawati:

1. Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan
2. Taman Botani Putrajaya
3. Jabatan Perdana Menteri
4. Masjid Sultan Mizan Putrajaya

Seksi : Hak Kebebasan Peribadi ?

Kalaulah ada 10 000 org mcm Dr.Harlina ni...

Beberapa hari lalu, kecoh mengenai sekeping gambar Rozita Che Wan memakai skirt pendek bewarna biru sambil bersimpul duduk di sebelah kekasihnya, Zain Saidin.

Gambar berkenaan telah menyebabkan Zain terus memadamkan akaun Instagramnya.

Malah, sehari selepas itu, Rozita tampil dengan kenyataan tentang seksi itu adalah hak miliknya.

Susulan dari kontroversi itu, Pakar Perunding Obstetriks & Ginekologi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Naib Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM), Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj telah tampil dengan satu kenyataan.

Adalah diharap perkongsian artikel ini akan memberi manfaat bukan saja kepada Rozita, malah kepada masyarakat secara keseluruhannya.
Salam ukhuwah.

Atas dasar tanggungjawab dan amanah, Dr Har memberanikan diri mengajukan pandangan terhadap fenomena semasa yang amat membimbangkan – di mana semakin ramai ahli masyarakat yang tidak lagi peduli dan kisah dengan teguran orang lain di sekeliling. Apa yang lebih menyedihkan – apabila alasan yg diberikan berlandaskan hujah hak asasi peribadi, yang dianggap mutlak milik individu. Orang lain dianggap tidak berhak campurtangan dan mempersoalkan keputusan, tindakan dan tingkah laku seseorang itu.

Terbaru, hari ini (21 Mac 2013) terdapat laporan akhbar harian mengenai komen seorang yang dikenali ramai mengenai `hak peribadi’nya utk berpakaian seksi. Beliau juga memberi amaran agar orang ramai jangan terlalu menjaga `tepi kainnya’. Sedih dan sayu rasa hati membaca komen tersebut. Masakan boleh Dr Har buat tak kisah dan membiarkan golongan ini begitu sahaja. Kalau ada yang mahu mengatakan : `Who cares?’, Dr Har jawab
`I do care! A lot!‘

Dalam konteks ini, perlu sangat diperjelaskan bila nak bercakap pasal hak, ada beberapa noktah yang mesti diperhatikan :

Jangan lupa, jauh mendahului hak individu adalah hak Allah SWT yang Maha Agung, Perkasa dan Sempurna. Hak Allah SWT adalah untuk disembah, dipatuhi dan diagungkan. Segala suruhan-Nya adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri, maka pujuklah diri dan relakanlah jiwa untuk patuh, taat dan setia. Larangan yang membawa kemurkaan-Nya adalah untuk keselamatan dan kesejahteraan manusia itu sendiri, maka jauhilah sejauh-jauhnya. Membelakangkan hak Allah, tidak memperdulikan suruhan-Nya – adalah satu manifestasi kesombongan yang luarbiasa!

Janganlah pula terlupa, tubuh badan kita sebenarnya bukan hak milik kita, yang boleh diperlakukan sewenang-wenangnya. Ianya hanya pinjaman sementara, dari Empunya yang tidak pernah terleka. Keindahan tubuh badan ini boleh hilang sekelip mata, semua terpulang kepada yang Empunya. Bukankah kita mengimani adanya Hari Pembalasan di Padang Mahsyar? Khabarnya, itulah saat segala anggota tubuh badan kita akan mengadu perihal penyalahgunaan dan pengkhianatan kita. Mulut yg begitu lantang bersuara semasa di dunia, terkunci rapat semasa ditimbangtara. Tentu sekali kita takkan boleh berkata kepada Tuhan yang Empunya segalanya, `Jangan jaga tepi kainku!’

Jangan lupa, selain hak adanya pula tanggungjawab dan rasa hormat. Tiga aspek ini :Responsibilities, Rights & Respect – 3R, tak boleh dipisahkan. Hak hanya boleh diberikan kpd mereka yg sudah menjalankan tgjwb & peranan mereka dengan baik dan sempurna. Peruntukan hak mestilah pula dihormati. Jangan asyik berhujah dengan hak kita yang itu dan yang ini. Tanyakan pada diri, sudahkah tanggungjawab dan peranan asasi kita sebagai hamba Allah dan khalifah terlaksana? Kalau belum, hak apa sebenarnya yang ada pada dirimu?

Jangan lupa, kita manusia makhluk Allah yg perlu hidup secara berkelompok dan bersosial. Kita manusia lemah, amat saling bergantungan dan perlu-memerlukan. Selain hak individu, ada di sana hak kolektif (jamaí) yang menjadi milik komuniti di sekelilingmu. Bila bertembung antara hak individu kita dengan hak kolektif massa – ketahuilah, hak kolektiflah yang harus didahulu dan diutamakan. Demi sebuah ketenangan hidup yang penuh rasa hormat-menghormati, ayuh kita belajar dari kelompok manusia dulu – mendahulukan hak kolektif dibandingkan hak individu.

Mungkin yang paling mendapat manfaat dari nukilan ini, bukanlah kelompok sasaran yang diajukan teguran.

Tak mengapalah, Dr Har yakin, ada kelompok yang pasti mendapat sedikit peringatan dan tazkirah.

Fazakkir, innafa’atiz zikra : Dr Har akan terus memberi peringatan, sesungguhnya peringatan yang berulang-ulang itu banyak manfaatnya!
Salam ukhuwah :

Dr.Harlina Halizah Siraj ( Dr.Har)

Kalaulah ada 10 000 org mcm Dr.Harlina ni...

Beberapa hari lalu, kecoh mengenai sekeping gambar Rozita Che Wan memakai skirt pendek bewarna biru sambil bersimpul duduk di sebelah kekasihnya, Zain Saidin.

Thursday, March 28, 2013

Kenapa PAS berkerjasama dgn DAP dan PKR

Cerita politik sikit, Ramai yang tertanya2 mengapa PAS berkerjasama dengan DAP dan PKR. Majoriti tidak setuju dgn tindakan tersebut termasuk bekas Timbalan Presiden Pas sendiri.. Walaubagaimanapun pihak pimpinan PAS mempunyai alasan tersendiri. Diharap catatan dibawah akan dapat dinilai sendiri sebagai pemerhati perkembangan politik negara.

Isu Yang Timbul
Pas dituduh bekerjasama dgn Dap yg merupakan parti China.
Persoalanya apakah Mca dan Gerakkan bukan parti China?
Pas sudah mengadaikan dasar Islam sejak bersama dgn PR.
 
Benarkah tuduhan itu?
Benarkah Pas rugi?

Hujah Pas
Pas ingin menegaskan bahawa kedudukan Pas dlm PR ialah Tahalluf Siasi utk menentang perkara yg zalim dan memperjuangkan maslahat umum tampa mengorbankan prinsip Islam.

Pas berdalilkan kpd apa yg pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW mengiktirafkan Half al-Fudul yg berlaku pd zmn jahilliah apabila terbentuk satu persefahaman menentang kezaliman. Hal itu terjadi setelah seorg lelaki dr qabilah Zubaid dizalimi oleh Aas bin Wail, lalu dia meminta pertolongan. Tidak ada siapa yg sanggup menolongnya, lalu beberapa org drp bangsawan Makkah yg bersimpati dgnnya tlh mengadakan persefahaman di rmh Abdullah bin Jad'an utk menentang kezaliman tersebut.

Berhubung dgn peristiwa ini, Rasulullah saw tlh bersabda,
"Drp Talhah bin Abdullah bin Auf, bahawa Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya aku tlh menyaksikan di rmh Abdullah bin Jad'an satu pakatan yg amat aku suka kpdnya sprti syg kpd unta merah (barang yg sgt berharga), klu diajak kpdnya di zaman Islam nescaya aku menyahutinya.
Sumber: Hameedah Syed Kader

Wednesday, March 27, 2013

Autisma TIDAK halang cemerlang SPM 2012



Kuantan: Penyakit autisme yang dikesan sejak berada di sekolah rendah lagi tidak menghalang seorang pelajar daripada mendapat keputusan cemerlang 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 yang diumumkan semalam.

Keputusan cemerlang itu menjadikan Nabil Lutfi, 18, pelajar cemerlang SPM kategori orang kurang upaya (OKU) di negeri ini.

Menurut pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib, di sini, kejayaan itu bukan datang dengan mudah, namun hasil kerja keras serta sokongan ibu bapa dan guru yang tidak pernah jemu membantu terutama dalam pelajaran.

“Saya bersyukur kepada Allah apabila akhirnya berjaya memperoleh 9A di dalam SPM walaupun mempunyai masalah pembelajaran kerana disahkan mengalami High Functioning Autisme (HFA), sejak berusia 12 tahun. “Biarpun agak lambat untuk menerima pelajaran di dalam kelas, ketekunan mengulang kaji pelajaran di rumah banyak membantu kejayaan ini,” katanya ketika ditemui semalam.

Katanya, di rumah dia menghabiskan masa kira-kira tiga jam sehari bagi mengulangkaji pelajaran sambil dibantu ibu bapanya yang juga pasangan doktor.

“Antara kelemahan yang saya hadapi adalah gagal mentafsirkan semula apa yang diajar guru serta lambat menulis terutamanya ketika membuat karangan.

“Ibu dan bapa banyak berinteraksi dengan saya supaya minda lebih terangsang untuk bertindak balas dengan apa yang saya fahami,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Tuesday, March 26, 2013

Prinsip Hidup STEVE JOBS


RASA ‘APPLE’ STEVE JOBS

Mungkin rakan semua sudah membaca buku yang menerangkan mengenai rahsia kejayaan Steve Jobs. Antara rahsia-rahsia yang disebut-sebut itu, nampaknya pada dasarnya tidak jauh daripada kunci kejayaan individu-individu lain yang pernah menempa nama dalam sejarah. Begitu juga dengan mereka yang sudah tersenarai nama di dalam bilionaire.

Suka saya kongsikan prinsip-prinsip hidup beliau :

1. BUATLAH APA YANG ANDA SUKA. Seseorang tidak dapat menghasilkan sesuatu melainkan orang itu menginspirasikan dirinya sendiri, Katanya, "People with passion can change the world for the better". Bahkan katanya, "Kehidupan ini terlalu pendek untuk hidup di bawah impian seseorang". Justeru jika anda masih belum menemui apa yang anda suka, teruskan mencari dan jangan berdiam diri".

2. BERIKAN IMPAK KEPADA DUNIA. Ini berhubungan dengan seseorang yang mempunyai visi yang besar. Maknanya kita boleh melihat apa yang hendak dicapai dalam puluhan tahun akan datang. Dalam hal ini kita harus mengemukakan cabaran-cabaran yang positif supaya kita bersemangat melakukan inovasi. Inilah yang menghasilkan Macintosh, Apple dan akhirnya iPad.

3. HUBUNGKAN BENDA-BENDA (PERKARA-PERKARA) YANG MENCETUSKAN KREATIVITI. Katanya, "Kreativiti hanyalah menghubungkan benda-benda itu". Maksudnya orang yang mempunyai pengalaman yang luas kerapkali dapat melihat perkara-perkara yang orang lain lupa atau tertinggal. Inilah yang berlaku kepada Steve yang pada mulanya meminati kaligrafi, tetapi akhirnya membawa kepada penghasilan komputer pertama, Macintosh.

4. BERSEDIA MENGATAKAN "TIDAK" TERHADAP SERIBU PERKARA. Kata steve, "Inovasi terhasil daripada mengatakan TIDAK kepada seribu perkara. 

5. HASILKAN PELBAGAI PENGALAMAN BARU DENGAN GILA-GILA. Syarikat Apple sendiri pada hakikatnya tidak menumpukan kepada penghasilan satu produk sahaja. Hasilkan apa saja yang bermakna kepada kehidupan. Contohnya ialah sebuah stor Apple yang diinspirasikan oleh Steve Job telah menarik 17,000 pelanggan sehari dan menyumbangkan pendapatan terbesar bagi setiap inci luasnya. Stor itu dikatakan membantu memperkayakan (pengalaman) kehidupan semua yang melawatnya.

6. KUASAI PESANAN. Anda mempunyai seribu idea, dan meskipun anda tidak dapat menyampaikan idea-idea itu dengan berkesan, jangan kisahkan sangat. Teruskan sampaikan informasi, beri didikan, ilhamkan dan hiburkan sebagaimana yang dibuat oleh Steve di dalam satu sesi penerangan. 

7. AKHIR SEKALI, JUAL IMPIAN, BUKAN PRODUK. Ramai pengguna tidak kisah sangat mengenai produk kamu, tetapi mereka sangat kisahkan diri mereka, harapan, dan cita-cita mereka. Steve mengajar kita bahawa jika kita membantu pengguna mencapai impian mereka, maka kita akan berjaya memenangi hati mereka. 

Demikian antara rahsia Steve Jobs yang pada pandangan saya amat baik untuk diteladani. 

Sama-sama kita nikmati  ‘apple’ Steve Jobs!


RASA ‘APPLE’ STEVE JOBS

Mungkin rakan semua sudah membaca buku yang menerangkan mengenai rahsia kejayaan Steve Jobs. Antara rahsia-rahsia yang disebut-sebut itu, nampaknya pada dasarnya tidak jauh daripada kunci kejayaan individu-individu lain yang pernah menempa nama dalam sejarah. Begitu juga dengan mereka yang sudah tersenarai nama di dalam bilionaire.

Monday, March 25, 2013

'Penyakit' Autism

Wajar dijadikan bahan motivasi mendidik anak autisma

Nak cerita sikit maklumat yang diperolehi drp http://sihat-bersama-tcm.herbal-treatment-. Agar ianya dapat dimanfaatkan oleh semua terutama ibubapa yang baru hendak mengenali autisma apabila anak2 disahkan autisma.

Tahukah anda apakah itu penyakit Autism?

Sebenarnya autisma bukan penyakit... tapi ramai pulak yang mengatakan ianya suatu penyakit.


Okey mane yang tidak mengetahuinya penyakit autism ini adalah penyakit yang akan mengakibatkan mereka kehilangan keupayaan untuk memahami keadaan sekeliling, kecuali diri mereka sendiri sahaja. Kanak-kanak autisme adalah seperti masalah terencat akal pada tahap berbeza adalah disebabkan proses pembelajaran mereka lebih lambat, mempunyai  masalah untuk berinteraksi, berkomunikasi dan tingkah laku.

Seven Ways to Help Your Nonverbal Child Speak

  
Mimicking your child's sounds and play behaviors will encourage more vocalizing and interaction.

 Posted by Autism Speaks Chief Science Officer Geri Dawson, PhD, and Autism Speaks Assistant Director for Dissemination Science Lauren Elder, PhD

This week, researchers published the hopeful findings that, even after age 4, many nonverbal children with autism eventually develop language. (Read our news story here.)

For good reason, families, teachers and others want to know how they can promote language development in nonverbal children or teenagers with autism. The good news is that research has produced a number of effective strategies.

But before we share our “top tips,” it’s important to remember that each person with autism is unique. Even with tremendous effort, a  strategy that works well with one child or teenager may not work with another. And even though every person with autism can learn to communicate, it’s not always through spoken language. Nonverbal individuals with autism have much to contribute to society and can live fulfilling lives with the help of visual supports and assistive technologies.

So here are our top seven strategies for promoting language development in nonverbal children and adolescents with autism:

Sunday, March 24, 2013

Taska anak2 Istimewa

Bilik sensori membantu meningkatkan kepekaan anak-anak autisme.

KONSEPNYA sama seperti taman asuhan kanak-kanak (Taska) cuma taska ini luar biasa kerana hanya menerima anak-anak istimewa.

Ibu bapa boleh meneruskan pekerjaan masing-masing dan menghantar anak ke Pusat Harian dan Rehabilitasi Ramah (Rumah Ramah) ketika mereka keluar mencari rezeki dan mengambil semula anak selepas mereka habis waktu bekerja.

Rumah Ramah diasaskan pada 20 Disember 2006 oleh Dr. Fathir Badri Alhadad. Nama ‘Ramah’ itu diambil bersempena nama Allahyarhamah ibunya, Ramah Alwi Alhadad.

“Rumah Ramah adalah sebuah pusat jagaan harian yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang memberikan latihan pemulihan untuk kanak-kanak kurang upaya fizikal dan mental.

“Rumah ini menekankan kepada proses pemulihan terhadap kanak-kanak istimewa yang berusia lingkungan satu hingga 14 tahun.

Peringatan BUAT ibubapa anak2 autisma


PUTTING OUR ASPIE CHILDREN/TEENAGER/ADULT FIRST PRIORITY 

 - PERINGATAN untuk kami, as Parents dan Anak2 kami, Parents in AA & Aspie Adults.

Kelebihan kita sebagai manusia, Allah telah menganugerahkan kita mempunyai AKAL. Bukan itu sahaja walaupun anak kita ada kelainan malah anak kita telah dikurniakan IQ yg tinggi. Maka itu kita as Parents gunakanlah KURNIAAN yg ada pd anak2 Aspie kita.

Kita gunakan waktu yg kita ada ini utk memperbaiki kekurangan anak2 Aspie menjadi senormalnya yg boleh utk menjalani kehidupan harian mereka sekarang & akan datang. Bagi Aspie Adult, mereka dah sampai ke tahap dewasa sekarang, mereka telah melalui banyak liku2 kehidupan dari kecil hingga kini, oleh itu mereka mesti melalui kehidupan harian mereka senormal yg boleh saperti orang lain juga.

Ya, memang benar anak2 kita GIFTED WITH ASPERGER hingga sepanjang hayatnya & sampai bila kita as Parents nak mengingatkan kpd anak2 kita tentang sindrom atau kekurangan yg dihidapinya?? Jika kita tidak mengubah cara pemikiran kita, apabila anak kita dewasa, mereka akan menjadikan Asperger sebagai alasan utk tidak berubah kpd insan yg terbaik malah mereka boleh menjadi sebaliknya saperti mengalami gangguan Depression, Bipolar, Schizophrenic dll.

Kita as Parents tidak mau sama sekali perkara2 saperti ini berlaku kpd anak2 Aspie kita yg akan dewasa kelak dan telah dewasa sekarang. Cara kita INTERVENSI adalah cara orang timur adalah jauh berbeza dari orang barat. Maka ubahlah sikap & cara pemikiran kita as Parents demi utk anak2 kita supaya mereka menjadi INSAN yg sihat terutama dari segi MENTAL, FIZIKAL dan juga EMOSI mereka.

YA ALLAH, PERMUDAHKANLAH KEHIDUPAN HARIAN KAMI DAN BERIKANLAH KEPADA KAMI KEKUATAN UNTUK MENDIDIK ANAK2 KAMI DIBUMI MU INI.....

Sumber: Sulfia Indryati

Saturday, March 23, 2013

World Autism Awareness Day 2013

World Autism Awareness Day aims to increase people's awareness about people, especially children, with autism. The day often features educational events for teachers, health care workers and parents, as well as exhibitions showcasing work created by children with autism.

Autism affects many children worldwide. ©iStockphoto.com/ktaylorg

What do people do?

 

Many events are organized on World Autism Awareness Day. These include:
  • Panel discussions with autism experts, politicians and non-governmental organization (NGO) representatives.
  • Informational events for parents of children with autism.
  • Conferences and workshops for professionals working with people with autism.
  • Artistic workshops for people with autism.
  • Television and radio shows, as well as newspaper features, about people with autism and their lives.
  • The launch of educational materials for parents and teachers.
  • Exhibitions of art work by artists with autism.
  • The display of posters and banners to increase public awareness of autism.
Special clinics are also organized for families dealing with autism to obtain consultations with pediatricians, educational psychologists and social workers

Public life

World Autism Awareness Day is not a public holiday.

Background

Autism is a developmental disability that remains with a person for his or her whole life. This condition affects the brain's functions. The first signs usually appear before a child is three years old. People with autism often:
  • Find social interaction difficult.
  • Have problems with verbal and non-verbal communication.
  • Demonstrate restrictive and repetitive behavior.
  • Have a limited set of interests and activities.
Autism affects girls and boys of all races and in all geographic regions and has a large impact on children, their families, communities and societies. The prevalence is currently rising in many countries around the world. Caring for and educating children and young people with this condition places challenges on health care, education and training programs.

On November 1, 2007, the United Nations (UN) called for one day each year to be designated as World Autism Day. On December 18, 2007, the UN General Assembly designated April 2 as World Autism Awareness Day. It was first observed in 2008.


Rujukan: http://www.timeanddate.com

Autisma GAGAL tapi BERJAYA

Bill Gates dikenali sebagai auttisma

Friday, March 22, 2013

Program Tuisyen Cuti Sekolah dibatalkan


Antara Tugas Sampingan dan Tugas Hakiki... keutamaan wajar diberikan kepada Tugasan Hakiki walaupun bakal kehilangan RM yg boleh dikira banyak juga. Putrajaya bakal menerima kehadiran anak2 khas kami...pada 27-29 Mac 2013. Mereka berkesempatan menaiki BELON PANAS yg tak mungkin dapat dinikmati oleh kebanyakan rakan2 sebaya yg normal. Itulah ISTIMEWAnya mereka...

Aktiviti tuisyen math hanya dapat dilaksanakan pada hari Isnin dan Selasa sahaja. Rabu, Khamis dan Jumaat dibatalkan. Manakala Sabtu dan Ahad ini turut dibatalkan kerana nak menziarah ayah di kampung. 

Sepatutnya, setiap hari ada 3 sesi.
Sesi 1:  Jam 9-11 pagi
Sesi 2:  Jam 3-5 petang
Sesi 3:  Jam 8-100 malam

Alhamdulillah, prestasi semua pelajar yang terlibat ada peningkatan berdasarkan keputusan ujian2 yang dilaksanakan di sekolah masing2. Setakat ini, keputusan ujian 1 yang diperolehi ialah:

Syahirah (math PMR) - 84%
Izzati (math PMR) - 92%
Qarish (add math - TG4) - 40% (diantara 2 drp 28 pelajar yg lulus add math)

Anak autisma CEMERLANG SPM 2013

"Siapa kata anak2 Autisme tidak boleh berjaya? Adik Nabil Lutfi berjaya memperoleh 9A dalam SPM yang baru sahaja diumumkan sebentar tadi. Semoga kisah kejayaan beliau menjadi inspirasi buat mereka yg mempunyai anak Autisme.." drp Qhyrol Ridzuan Azizan

Amat menakjubkan dlm tempoh setengah hari pada 22 Mac 2013 (sehingga jam 4.00 ptg) maklumat ini dilihat oleh seramai 13,944 pengunjung laman FB Kelab Anak Autisma. Jam 7.00 mlm pengunjung FB seramai 16,112.

Tidak pernah terjadinya sedemikian.

Diharap maklumat ini akan membuka mata masyarakat terhadap kemampuan anak2 istimewa terutama autisma.

Maklumat ttg pelajar cemerlang SPM boleh dirujuk drp akhbar Harian Metro bertarikh  22.3.2013. Beliau adalah Nabil Lutfi dari SMK ABD RAHMAN TALIB, KUANTAN

Jumlah pengunjung terkini laman FB Kelab Anak Autisma isu ini ialah 23,984 SHARE 205 (23 Mac 2013 jam 8.35 pagi)

Thursday, March 21, 2013

Ragam guru2 sekolah (PDK)


"salam pada rakan kelab ingin saye kongsikan disini masalah yg saye alami mungkin sedikit sebanyak dengan pendapat yg di berikan dapat membantu saye ngan masalah ini.anak saye baru bulan ni bersekolah di PDK XXXX.minggu lepas mase saye ambik anak pulang sekolah saye tengok anak saye macam susah nak bejalan kelihatan kaki dia bila jln terkencot2.Saye tak rase ape lagi hingga sampai di rumah dia terus baring di tilam.bila saye bawa dia mandi dia jln tetap terkencot2 gak.Jadi saye dan suami bawa dia ke hospitak,anak saye tak pandai cakap lagi dan dia memang susah nak ada perasan sakit.sampai di hospital doktor suruh g xray.kemudian doc kate kaki anak saye kena simen selama seminggu.Jadi dia tak boleh sekolah hingga simen dibuka.kirakan 2 hari je pun anak saye tak boleh sekolah.keesokan suami kesekolah bagi kat cikgu masalah anak saye kemudian ada tanye anak saye ada jatuh atau tidak.cikgu kate tak de.jadi benda ni tak jadi masalah lah bila cikgu dia kate cam tu.saye pun tak fikir nak salahkan sape.Ari ni anak saye dah mula sekolah.Pergi ke sekolah suami antar blk tadi saye jemput.Dengan perasaan gembira saye nak ambik anak pulang.sampai di pintu sekolah tiba2 seorang cikgu bercakap dengan nada kuat dan

Olahraga Kinta Utara 2013


Kejohanan telah berlangsung pada18-21 Mac 2013. Anak2 khas pak yoep telah menyertai 12 acara dalam kejohanan tersebut. Jumlah pingat yang diperolehi ialah 5 Emas 5 Perak dan 2 Gangsa.

100m - Wan Muhd Arif (Emas)
200m - Muhd Azril (Perak)
400m - Muhd Hanif (Emas)
800m - Muhd Amirul Najmi (Perak)
1500m - Muhd Amirul Najmi (Gangsa)
4x100m - Johan (EMAS)
Lompat Tinggi - Wan Muhd Arif (Emas)
Lempar Cakera - Muhd Syahmi (Perak)
Lontar Peluru - Muhd Zaki (Tempat Ke-4)
Rejam Lembing - Cristhoper (Tempat ke-6)
50m SD - Triston (Emas), Wong Qun Ming (Perak)
100m SD -Triston (Perak)

Pencapaian 2013
1. Pertandingan Futsal Kinta Utara - Tempat ke-3
2. Pertandingan Petanque Negeri Perak - Tempat ke-3

Tuesday, March 12, 2013

Autistik pertama masuk UiTM



BUKIT MERTAJAM: Status orang kelainan upaya (OKU) kerana menghidap autisme tidak menghalang seorang pelajar untuk menjejakkan kaki ke menara gading.

Khairul Aiman Hashim, 19, penghidap autisme membuktikan dia mampu meraih keputusan baik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sekali gus menjadikannya pelajar pertama menghidap penyakit itu diterima masuk melanjutkan pengajian di universiti.
Walaupun menyedari dirinya tidak normal seperti orang lain, bekas pelajar Sekolah Menengah Sains (SMS) Selangor itu beranggapan penyakit dihidapi bukan halangan untuk mencapai impian.

Semalam menjadi detik bersejarah buat Khairul Aiman, yang dikesan menghidap autisme ketika di tahun satu, apabila mendaftar masuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Permatang Pauh, di sini, untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan Sains Kesihatan.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro

BERANI MENANGGUNG RISIKO


Ada satu cerita lagi. Trump berasa sedih apabila mendapat tahu Michelle Sorro, calon The Apprentice dari Los Angeles, sanggup keluar daripada rancangan itu apabila gagal dalam tugasan mingguannya. Trump tidak percaya pada apa yang didengarnya. Dia tidak percaya ada anak muda yang tidak berani menanggung risiko. Sedangkan, terdapat 50 000 lagi orang lain di luar sana yang berbaris berkilometer bagi menghadiri uji bakat.

Semua tahu, Trump pernah gagal dalam bisnes. Trump pernah muflis. Trump Casino pernah bankrap. Bukan sekali, tetapi tiga kali. Trump berkata, "Saya tidak suka dengan perkataan yang bermula dengan huruf 'B' itu." Nilai hutang Trump dengan sebuah bank pernah mencecah RM596 juta. Namun, semua itu tidak mematahkan semangatnya. Semangatnya tetap teguh seperti batu karang. Kukuh seperti tugu negara yang utuh.

Berkaitan hal ini, Trump memberikan lima panduan seperti berikut:
1) Cantas fikiran negatif dan gantikannya dengan fikiran positif.
2) Sentiasa kekalkan fikiran positif setiap hari. Apabila berfikiran negatif, individu lain juga berfikiran negatif tentang kemampuan kita.
3) Serlahkan keyakinan diri. Terjun ke dalam medan para pesaing. Bermain dengan mereka bersama-sama di atas padang.
4) Buktikan kita mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan individu lain. Sentap status quo mereka dengan membuktikan betapa kita juga mampu.
5) Pecahkan tembok zon selesa dengan bergerak ke hadapan melalui momentum yang terhasil daripada berfikiran positif.

Ya. Hidup ini semuanya tentang risiko. Apa sahaja kita buat melibatkan risiko. Kita mungkin tidak payah melakukan apa-apa untuk mengelak risiko. Tetapi bolehkah kita? Hasilnya kita tidak memperolehi kemenangan. Kita tidak dapat merasai kemanisan buah kerana tidak berani memanjat. Kita tidak dapat menuju ke tempat yang diingini kerana takut memandu. Kita tidak dapat merasai perasaan disayangi kerana takut dilukai. Kita tidak akan dapat pendengar yang setia kerana takut untuk bercakap. Kita tidak akan dapat pembaca kerana takut menulis.

Orang berjaya mempunyai sesuatu tentang risiko. Mereka berani mengambil risiko. Ini sebab mereka tahu ganjaran yang akan diperolehi. Tetapi orang yang kalah takut hendak mengambil risiko. Mereka takut pada risiko yang diambil. Jadi jangan takut untuk mengambil risiko. Hidup ini adalah tentang risiko. Berani untuk mengambilnya. Kita akan menjadi seorang insan yang luar biasa hebatnya!
 
Sumber: Dr Maznah Hamid
BERANI MENANGGUNG RISIKO

Ada satu cerita lagi. Trump berasa sedih apabila mendapat tahu Michelle Sorro, calon The Apprentice dari Los Angeles, sanggup keluar daripada rancangan itu apabila gagal dalam tugasan mingguannya. Trump tidak percaya pada apa yang didengarnya. Dia tidak percaya ada anak muda yang tidak berani menanggung risiko. Sedangkan, terdapat 50 000 lagi orang lain di luar sana yang berbaris berkilometer bagi menghadiri uji bakat.

Semua tahu, Trump pernah gagal dalam bisnes. Trump pernah muflis. Trump Casino pernah bankrap. Bukan sekali, tetapi tiga kali. Trump berkata, "Saya tidak suka dengan perkataan yang bermula dengan huruf 'B' itu." Nilai hutang Trump dengan sebuah bank pernah mencecah RM596 juta. Namun, semua itu tidak mematahkan semangatnya. Semangatnya tetap teguh seperti batu karang. Kukuh seperti tugu negara yang utuh. 

Berkaitan hal ini, Trump memberikan lima panduan seperti berikut:
1) Cantas fikiran negatif dan gantikannya dengan fikiran positif.
2) Sentiasa kekalkan fikiran positif setiap hari. Apabila berfikiran negatif, individu lain juga berfikiran negatif tentang kemampuan kita.
3) Serlahkan keyakinan diri. Terjun ke dalam medan para pesaing. Bermain dengan mereka bersama-sama di atas padang.
4) Buktikan kita mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan individu lain. Sentap status quo mereka dengan membuktikan betapa kita juga mampu.
5) Pecahkan tembok zon selesa dengan bergerak ke hadapan melalui momentum yang terhasil daripada berfikiran positif.

Ya. Hidup ini semuanya tentang risiko. Apa sahaja kita buat melibatkan risiko. Kita mungkin tidak payah melakukan apa-apa untuk mengelak risiko. Tetapi bolehkah kita? Hasilnya kita tidak memperolehi kemenangan. Kita tidak dapat merasai kemanisan buah kerana tidak berani memanjat. Kita tidak dapat menuju ke tempat yang diingini kerana takut memandu. Kita tidak dapat merasai perasaan disayangi kerana takut dilukai. Kita tidak akan dapat pendengar yang setia kerana takut untuk bercakap. Kita tidak akan dapat pembaca kerana takut menulis.

Orang berjaya mempunyai sesuatu tentang risiko. Mereka berani mengambil risiko. Ini sebab mereka tahu ganjaran yang akan diperolehi. Tetapi orang yang kalah takut hendak mengambil risiko. Mereka takut pada risiko yang diambil. Jadi jangan takut untuk mengambil risiko. Hidup ini adalah tentang risiko. Berani untuk mengambilnya. Kita akan menjadi seorang insan yang luar biasa hebatnya!

Monday, March 11, 2013

Kepentingan IEP

"Ya, mmg ada kajian menunjukkan kanak2 autism juga boleh mendapat penyakit mental yang lain seperti skizofrenia, bipolar disorder, obsessive compulsive disorder atau personality disorder yg lain seperti borderline personality disorder dll. Tetapi peratusannya tidak tinggi. Sebab itu EIP adalah terrrsangattt penting..Maaf saya mmg terpaksa tekankan utk anak2 autisma, parents mesti cuba berikan EIP kpd mrk. Banyak yg mrk akan belajar dari situ selain dari menguruskan diri sendiri, mrk juga belajar mengenali emosi dll. Cuma belajar menguruskan emosi ini sebenarnya berlaku berterusan dan sepjg hayat. Sekiranya mrk mampu menguruskan emosi dgn baik, tiada tantrum yg terlalu teruk, tidak melakukan destructive behaviour, boleh bersosial dsb; maka kebarangkalian utk mendapat mental illness ketika dewasa boleh jadi berkurangan. Wallahualam." 
Kata2 drp Azlina Roszy Mohamad Ghaffar (Clinical psycologist, Hospital Pakar Annur):

Sunday, March 10, 2013

Ragam anak autisma ke tadika



"btul tu ibu bpa jgn ikut prasaan sgt.kita nk yg trbaik utk ank.ank autisme mmg pndai mnguasai emosi kita.sbb tu ade ckgu yg trus amik n pluk kuat2 ank kita n suh ibunya prgi ( balik) je ( ckgu yg act mcm ni biasanya sgt cnfident n fhm dgn tugasnya).sbb slgi ada ibu mnemani lg lmbt dorg nk trima mlh ade yg xmo trima lgsg suana,kwan n rutin bru..sbnrnya lpas ibu2 prgi ckgu2 / pmbntu ni yg akn mngambil alih mmujuk n syg mereka ( stiap kli).lma klman mreka akn mnerima ckgu/ pmbntu itu n mula bgaul ngn kwan2 n proses pmbljarn akn brmula scra perlhn2.walaupn de yg brbuln2 bru hilg mnangis.mmg ckgu2 sudh khas sdia fham.apa reaksi ank keesokan hri adalh mngmuk x mhu ke sek.itu biasa.nangis ke x ke smbil pujuk2 truskn je anta.kl kita fk x smpai hti tgk dia mnangis n anta x anta ke sek....kita trpksa brdepn dgn msalh ni lbih lma.x bgus utk ank itu sdri sbnrnya.prcyakn sya cz (pnh kj tska dlu)budk norml yg dhntr ke tska pn de yg mcm 2 smpai stgh thun mraung pn ade smpai riuh tska mcm de budk kna dera bygkn slma 6 bln wlaupn d pujuk2-x nk pish ngn mk.smpai mk nya mngadu pning dgn prangai ank sdri n tpksa anta tska biar bljr brenggang n bgaul.bygkn 6 bln smpai kmi x smpai ati tp mknya mtk tlg juga dia da xde cara dia sggup byr lbih ktanay aslkn ank nya bljr suatu.lpas 6 bln bru ok.sronok mk dia.apath lg ank2 autisme kita ni.ank adalh sgalanya.malang skli ade seorg ibu yg sy knali ( kwn) x mahu mghntr ank ke klas mcm ni sbb dia bkja n x boleh amik tghr smpai ank ini berumur 14 thun tp x bsekolh nb brdftr sbg oku.d anta ke rumh saudara.maknanya segala hak keistimewaan n pmblajran anak nya dinafikan-krn dia brkrja.pdhl bnyk ibu d luar sm na yg sggup bkja krs krn sggup hnta ank autisme nya ke tpt2 yg mhl byarannnya dmi msa dpn ank.kita bkja utk apa?bkn stkt utk `mmbli bju bru kita sndri` tp utk DIA jg kn?fk la mcm ni...stidk2 nya skrg ade kita.klu kita dah tiada mcmana.tdkkah skurg2 nya kita ingin liht dia beroleh sdikit skill / atau apa kmahirn pn /bljr brgaul spya dsenangi sesiapa.klu slgi dgn kita dia xde kmjuan sbb itu lh kita kna usahakn supaya dia mndpt pndidkn yg bsesuaian.biarlah xpndai mcm ank org lain pn ( jgn ssekali bnding)2kn ank kita ngn ank org)skurangnya dr dia x boleh /x pandai buat ssuatu kpda boleh.budk2 sma mcm baby.stiap SATU ( wlaupn bru 1..) kbolehn akn sgt2 mmbuat kita rsa trharu apath lg yg strusnya...x mustahil smpai dia pndai n boleh bsaing ngn arus pdana mcm ank sy cntohnya.walaupn ade `orang` yg mngatakan sy keras hati x mcm x ksian ank, sggup tggl ank mnangis, ank mraung pn anta gk ke sek,tp sy thu itu yg tbaik untuknya.tgk lah d mna dia brada skrg...mnjadi kbggaan n kesyangan phk sekolh.skrg da thun ke 3 d naikkn ke klas biasa (dlm 1 kwsan sek)tp wlaupn msih ada klakuan autisme nya ckgu klas biasa n kwn2 pn seolh2 bljr mmahaminya...-----sbg perangsang kpd ibu2 ank autisme"


Drp Adiratnajuwita Adi

Catatan Faqihah dlm Program Publisher



Faqihah kini telah berjinak2 dengan program Publisher dalam komputer selain drp Word dan ClipArt. Mungkin dia tengok abah gunakan program ini maka dia pun try&error. Nampaknya dia kerap menggunakan program ini semasa guna komputer.

Catatannya seperti dibawah. Yang menarik perhatian kami ialah CITA-CITA yang ditulisnya untuk menjadi seorang DOKTOR. Faqihah masih menanggap dirinya kanak2 (4 Tahun) sedangkan umurnya kini 11 tahun. Faqihah anggap adiknya Haziq sebagai abang...mungkin dia merasakan umurnya 4 tahun, manakala Haziq dah 9 tahun.

Faqihah Oh! Faqihah... masih tidak menerima kenyataan dirinya dah remaja.


Nama; Noor Faqihah Iwani

Umur; 4 Tahun

Alamat Rumah; XX, Persiaran Pengkalan

Timur 20,

Medan Pengkalan Merah

Nama Bandar; Ipoh Perak

Nama Ayah; Encik. XXXX

Nama Ibu; Puan. YYYY

Nama Kakak; Noor Kaklong Izzati

Nama Adik; Hadif Zikri

Nama Abang; Haziq Fikri

Hobi Permainan; Hello Kitty

Cita-Cita; Doktor

Makanan Kegemaran; Biskut

Nama Sekolah; Pra-Sekolah Riang Best

Saturday, March 9, 2013

PENAWAR ANAK LAMBAT BERCAKAP



Sama2 kita amalkan Surah Taha Ayat 25-28 kepada anak2 autism dgn mengikut langkah2 berikut:

 1. Baca ayat tersebut dan hembus ke dalam mulut anak.

 2. Boleh juga diamalkan dengan cara sebanyak 21 kali tiap2 kali lepas solat subuh, untuk otak cerdas, akal yg sempurna, dan menguatkan daya ingatan.

 3. Doa dan ikhtiar yang terbaik adalah dari ibu bapanya sendiri.

Insya-Allah.

Petanque Pendidikan Khas


Muhd Firdaus menerima hadiah
Kemahiran tinggi ditunjukkan oleh anak khas
Ridza, Huzeir dan Firdaus mewakili Kinta Utara
En Rathakrishnan, Pen. Kanan Pend Khas turut memberi sokongan

Anak Khas2 PPKI SMKSP yang menyertai Pertandingan Petanque Pandidikan Khas peringkat negeri Perak 2013 pada 9 Mac 2013 mewakili daerah Kinta Utara BERJAYA mendapat tempat ke-3.


Tewas diperingkat separuh akhir kepada TUAN RUMAH ppd Kuala Kangsar. Menang diperingkat penentuan tempat ke-3/4 dgn ppd Kerian dgn mata 13-5.

Kejayaan ke-2  ppki SMKSP 2013 setelah menduduki tempat ke-3 dlm pertandingan Futsal peringkat Kinta Utara pada 27 Feb 2013.

Bakal menyertai kejohanan olahraga peringkat Kinta Utara pada 18 -21 Mac 2013.

Friday, March 8, 2013

Prestasi Keseluruhan PBS Haziq 2012


Prestasi Sumatif Murid 2012
Tahun: 2
Kelas:  Zuhrah

Bahasa Melayu - Band 4
Bahasa Inggeris - Band 6
Matematik - Band 2
Dunia Sais dan Tenologi - Band 3
Pendidikan Jasmani - Band 4
Pendidikan Kesihatan - Band 4
Dunia Muzik  - Band 3
Dunia SeniVisual - Band 3
Pendidikan Islam - Band 3
Bahasa Cina - Tiada

Hasil Seni Faqihah Feb 2013


Cabaran memberi pendidikan anak2 autisma



"salam kepada rakan2 kelab.mohon pendapat.anak saye sekarang berumur 5 tahun masalah autisma.saye ada mohon sekolah ke nasom tapi kena tunggu koata.sementara sekarang ni saye antar anak istimewa saye ke PDK. Jadi saye dah berpindah.sekolah yg berhampiran rumah saye ialah tadika kemas. Jadi saye cuba mohon minta agar dapat anak saye bersekolah disitu.cuma saye ingin tahu adakah sesuai jika saye sekolahkan anak saye dimane tadika kemas adalah kesemunye anak yg normal. Sebab ada pendapat kate tak sesuai dan ada yg kate perlu bercampur ngan anak2 normal.mohon pendapat" drp Nita Nor

Futsal Kinta Utara

PPKI sekolah pak yoep telah menyertai pertandingan Futsal Kinta Utara yang dianjurkan oleh SMK Seri Ampang pada 27 Feb 2013 bertempat di Extreme Park Tambun Ipoh.

Pasukan PPKI pak yoep disertai oleh 7 pelajar iaitu:

1. Azril (18 tahun)
2. Hariz Khusaini (18 tahun)
3. Afiq Iqram (13 tahun)
4. Hariz Arsyad (13 tahun)
5. Mohd Syahmi (15tahun)
6. Christoper(14 tahun)
7. Wan Muhd Arif (16 tahun)

Keputusan perlawanan seperti berikut:

Peringkat Kumpulan
PPKI sek pak yoep LWN SMK Pengkalan 3-0
PPKI sek pak yoep LWN SMK Jln Pasir Puteh 4-3
PPKI sek pak yoep LWN SMK Tambun 0-0

Separuh Akhir
PPKI sek pak yoep LWN SMK Wira Jaya 1-2

Tempat ke-3/4
PPKI sek pak yoep LWN SMK Wira Jaya 1-0

PPKI sek pak yoep BERJAYA menduduki tempat ke-3

Faktor kekalahan ialah kurang pengalaman 4 pelajar pemain futsal sek pak yoep yang baru pertama kali menyertai pasukan sekolah disamping faktor umur.


Sejarah pencapaian pertandingan Futsal PPKI sek pak yoep ialah

2009 - JOHAN (Anjuran SMK Jln Pasir Putih)
2010 - Tempat ke-3 (Anjuran SMK Seri Sentosa)
2011 - JOHAN (Anjuran SMK Seri Ampang)
2013 - Tempat ke-3 (Anjuran SMK Seri Ampang)







Wednesday, March 6, 2013

Iman, takwa asas keluarga bahagia



Wan Akashah dan Siti Nor Bahyah berkongsi pengalaman mereka menempuh hidup  rumah tangga hampir  27 tahun.
Wan Akashah dan Siti Nor Bahyah berkongsi pengalaman mereka menempuh hidup rumah tangga hampir 27 tahun.

Pergaulan baik perkukuh hubungan kasih sayang suami isteri

TUJUH asas pembinaan keluarga bahagia jika diberi perhatian dan diamalkan secara istiqamah akan menghasilkan kehidupan berkeluarga yang bahagia, seimbang serta mencapai kedudukan keluarga syurgawi.

Perkara itu dikongsi pasangan suami isteri yang juga pendakwah popular, Wan Akashah Wan Abdul Hamid dan Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood, pada program Bicara Keluarga Bahagia anjuran Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Badan Khairat The News Straits Times Press (M) Bhd (NSTP).

Pasangan itu memberikan tip serta panduan bagaimana membina keluarga bahagia berdasarkan kepada keluarga bahagia Rasulullah SAW serta pengalaman mereka menempuh hidup rumah tangga yang menginjak usia 27 tahun, Julai depan.

Monday, March 4, 2013

Keadah PANTAS sifir


Sejarah Kesultanan SULU


Ekoran drp tragedi pertempuran di Lahad Datu dan Semporna Sabah yang mengorbankan 8 anggota polis PDRM.



Ya!!! Memang benar! Sejarah telah membuktikan Kesultanan Sulu pernah memerintah Sabah. Akan tetapi lelaki yang mendakwa dirinya sekarang adalah Sultan Sulu & Borneo Utara iaitu "Sultan" Jamalul Kiram terlupa sesuatu, "baginda" atau dia mungkin terlupa pada tahun 1878, datuknya sendiri telah mengadakan perjanjian dengan Syarikat Borneo Utara British (SBUB) dan akhirnya bersetuju untuk "menyewakan" negeri Sabah (Borneo Utara) kepada SBUB dan akhirnya menyerahkannya kepada British (Sebelum pembentukan Malaysia). Yang menariknya, apakah yang Sultan Sulu lakukan ketika Sabah dijajah oleh Jepun? Jika benar "Baginda" mempunyai hak di Sabah, adakah "baginda" pernah menghantar "Tentera Diraja Sultan Sulu" untuk membebaskan Sabah? (Seperti yang berlaku di Lahad Datu sekarang) Jawapannya TIDAK!!! Malah sebelum Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963. Sultan Sulu ketika itu iaitu Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I sendiri telah menyerahkan 'hak' pemerintahan baginda di Borneo Utara kepada Filipina yang ditadbir Presiden Macapagal pada 12 September 1962 untuk menghalang pembentukan Malaysia. Ini secara tidak langsung menunjukkan Sultan Sulu ketika itu "tidak serius" dan bersikap "lepas tangan" dan akhirnya pada 1989 kerajaan Filipina telah mengugurkan tuntutan mereka keatas Sabah demi memperbaiki hubungan Diplomatik dengan Malaysia. Malah sehingga sekarang, Kerajaan Malaysia tetap & masih membayar Rm5300 kepada Sultan Sulu sebagai wang saguhati, tetapi "baginda" mendakwa wang saguhati tersebut tidak cukup kerana "baginda" berhak mendapat 50% wang hasil ekonomi Sabah. Mungkin "Baginda" belum sedar yang penduduk Sabah sekarang tidak pernah mengiktiraf "baginda" sebagai Sultan Borneo Utara lagi kerana Sabah sekarang adalah milik penduduk Sabah dan bukannya milik kesultanan Sulu lagi. Dan perkara yang paling menjadi persoalan sekarang adalah, MENGAPA BARU SEKARANG "BAGINDA" YANG SUDAH BERUMUR 70 TAHUN BARU TERHEGEH2 HENDAK MENUNTUT KEMBALI "HAK" KEATAS SABAH??? MENGAPA "BAGINDA" TIDAK MELAKUKANNYA AWAL2?? MENGAPA "BAGINDA" MEMILIH WAKTU SEKARANG? KENAPA??? FIKIR2KAN & RENUNG2KANLAH... (MOHON SHARE)


Ya!!! Memang benar! Sejarah telah membuktikan Kesultanan Sulu pernah memerintah Sabah. Akan tetapi lelaki yang mendakwa dirinya sekarang adalah ...Sultan Sulu & Borneo Utara iaitu "Sultan" Jamalul Kiram terlupa sesuatu, "baginda" atau dia mungkin terlupa pada tahun 1878, datuknya sendiri telah mengadakan perjanjian dengan Syarikat Borneo Utara British (SBUB) dan akhirnya bersetuju untuk "menyewakan" negeri Sabah (Borneo Utara) kepada SBUB dan akhirnya menyerahkannya kepada British (Sebelum pembentukan Malaysia). 

Yang menariknya, apakah yang Sultan Sulu lakukan ketika Sabah dijajah oleh Jepun? Jika benar "Baginda" mempunyai hak di Sabah, adakah "baginda" pernah menghantar "Tentera Diraja Sultan Sulu" untuk membebaskan Sabah? (Seperti yang berlaku di Lahad Datu sekarang) Jawapannya TIDAK!!! Malah sebelum Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963. 

Sultan Sulu ketika itu iaitu Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I sendiri telah menyerahkan 'hak' pemerintahan baginda di Borneo Utara kepada Filipina yang ditadbir Presiden Macapagal pada 12 September 1962 untuk menghalang pembentukan Malaysia. Ini secara tidak langsung menunjukkan Sultan Sulu ketika itu "tidak serius" dan bersikap "lepas tangan" dan akhirnya pada 1989 kerajaan Filipina telah mengugurkan tuntutan mereka keatas Sabah demi memperbaiki hubungan Diplomatik dengan Malaysia. 

Malah sehingga sekarang, Kerajaan Malaysia tetap & masih membayar Rm5300 kepada Sultan Sulu sebagai wang saguhati, tetapi "baginda" mendakwa wang saguhati tersebut tidak cukup kerana "baginda" berhak mendapat 50% wang hasil ekonomi Sabah. 

Mungkin "Baginda" belum sedar yang penduduk Sabah sekarang tidak pernah mengiktiraf "baginda" sebagai Sultan Borneo Utara lagi kerana Sabah sekarang adalah milik penduduk Sabah dan bukannya milik kesultanan Sulu lagi. 

Dan perkara yang paling menjadi persoalan sekarang adalah, 

MENGAPA BARU SEKARANG "BAGINDA" YANG SUDAH BERUMUR 70 TAHUN BARU TERHEGEH2 HENDAK MENUNTUT KEMBALI "HAK" KEATAS SABAH??? 

MENGAPA "BAGINDA" TIDAK MELAKUKANNYA AWAL2?? MENGAPA "BAGINDA" MEMILIH WAKTU SEKARANG? KENAPA??? FIKIR2KAN & RENUNG2KANLAH...

Sunday, March 3, 2013

Peluang pendidikan anak2 autisma


Saturday, March 2, 2013

Perkembangan PPKI smksp


Dah hampir 2 bulan berlalu. Akibat kesibukan masing2, mohon maaf kerana laman ini tidak dapat dikemaskini. Insya-Allah, kami akan cuba kemaskini untuk memberikan perkembangan terbaru mengenai PPKI SMKSP Ipoh sepanjang 2013 ini.

1. En Usila telah bertukar ke SMK Tasek Damai Ipoh.
2. Dua guru baru telah melapor diri ke ppki smksp iaitu Pn Nurul Izzati dan En Muhd Firddaus....
3. Latihan Pusat Petanque sedang dilaksanakan sebagai persiapan untuk pertandingan petanque peringkat negeri Perak pada 9 Mac 2013 di Kuala Kangsar. Disertai oleh Huzeir, Syahmi dan Firdaus. Dilatih oleh En Rodi, Cik Annalatchumy dan Pn Nurul Salwa.
4. Latihan Intensif Futsal sedang dilaksanakan sebagai persiapan pertandingan futsal peringkat Kinta Utara pada 27 Feb 2013. Disertai oleh Hariz Khusaini, Hariz Arsyad, Azril, Syahmi, Cristopher, Iqram dan Wan Md Arif. Dilatih oleh En Firddaus.
5. Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Kangsar akan diadakan pada 27 Feb 2013.
6. En Al-Faiz melapor diri sebagai Pembantu Pengurusan Murid (PPM).
7. PPKI akan menyertai Kejohanan Boling Kinta Utara (16 Mac 2013) Kejohanan Olahraga Kinta Utara (18 Mac 2013) dam MTAQ Kinta Utara pada 14 Apr 2013.

Friday, March 1, 2013

Sumbangan Pak Yoep kpd PPKI


Di antara Pencapaian TERTINGGI ppki smksp sejak 2009 yang telah pak yoep JELMAKAN sepanjang berada di smksp selaku Guru Kokurikulum. Kejayaan adalah hasil daripada kerjasama guru, ppm dan pelajar.  Pencapaian dihasilkan dengan melaksanakan latihan intensif sebelum pertandingan.

 1. Johan dlm Kejohanan Olahraga peringkat Kinta Utara 2009.
2. 4 Emas 2 Perak dan 1 Gangsa dlm Kejohanan Special Olimpik peringkat kebangsaan 2010.
3 Johan dalam pertandingan kuiz matematik Kinta Utara 2010.
4. Johan dlm Karnival Futsal Kinta Utara 2011.
5. Johan dlm pertandingan Petanque peringkat Kinta Utara 2012.
6. Johan boling dlm pertandingan peringkat Kinta Utara 2012.
7. Naib Johan boling dlm pertandingan peringkat negeri Perak 2012.
8. Mewakili Kinta Utara dlm pertandingan petanque peringkat negeri Perak pd 9 Mac 2013.