Friday, March 20, 2020

Ponteng Sekolah - Tatacara

Tatacara Tindakan Terhadap Murid Tidak Hadir Sekolah 

SURAT
TIDAK HADIR BERTURUT-TURUT
TIDAK HADIR BERSELANG SELI
Amaran Pertama
Pada hari ke 3
Pada hari ke 10
Amaran Kedua
7 hari selepas Amaran Pertama
10 hari selepas Amaran Pertama
Amaran Terakhir
7 hari selepas Amaran Kedua
20 hari selepas Amaran Kedua
Buang Sekolah
14 hari selepas Amaran Terakhir
20 hari selepas Amaran Terakhir
Jumlah Hari Tidak Hadir
31 hari
60 hari bukan berturut-turut

Adalah dimaklumkan bagi Surat Buang Sekolah perlu ditandatangani oleh Pengetua sahaja dan dihantar melalui Surat Berdaftar.

Wednesday, March 18, 2020

Ponteng Sekolah - Intervensi

INTERVENSI MENANGANI PONTENG SEKOLAH
- Berkuatkuasa 23 Mac 2020 -

- GURU KELAS memastikan semua pelajar yang tidak hadir memberikan SURAT DOKTOR atau SURAT IBU BAPA/ PENJAGA DENGAN TANDATANGAN YANG SAH bagi TEMPOH MASA pelajar itu tidak hadir. Dikira PONTENG jika tidak memberikan surat SEBELUM hujung minggu.

- Surat Amaran Pertama (GURU KELAS/SU HEM) hendaklah disediakan/hantar PADA hari ketiga untuk pelajar yang tidak datang ke sekolah selama tiga hari berturut-turut atau PADA hari kesepuluh pelajar tidak hadir bukan secara berturut-turut tanpa surat.

# Sila maklum kepada ibubapa kelas masing2 agar difahami tindakan yang perlu mereka ambil jika murid tidak hadir ke sekolah.
# Peratus kehadiran keseluruhan PPKI bulan Mac berakhir hari ini - 88.3% (MEROSOT TERUK)

Monday, March 16, 2020

Surat Amaran - MPDR

MPDR charisma tidak hadir (33 hari) telah diberi Surat Amaran Pertama dan Amaran ke-2 menggunakan sistem online (SSDM). Sekiranya seterusnya tidak hadir & terima Surat Amaran ke-3, Murid boleh dikeluarkan drp sistem APDM sekolah & dibuang sekolah. Tidak boleh hadir ke sekolah kecuali mendapat kebenaran PPD/JPN (Pendaftaran semula) tertakluk kpd kekosongan di ppki Tasik Damai. Surat Amaran SSDM juga dah diposkan kpd ibubapa.

Saturday, March 14, 2020

Ponteng Sekolah - Ziarah Cakna

INTERVENSI MENANGANI PONTENG SEKOLAH

Ziarah Cakna

1. Penglibatan - pentadbir, guru kelas, B&K dan Pibg
2. Tujuan - ? (Hadiah)
3. Borang di B&K
4. Dokumentasi - Gambar
5. Salinan - Borang & Dokumentasi.

Friday, March 13, 2020

Ponteng - Guru Kelas

    1. Guru kelas memastikan semua pelajar yang tidak hadir memberikan SURAT DOKTOR atau SURAT IBU BAPA/ PENJAGA DENGAN TANDATANGAN YANG SAH bagi tempoh masa pelajar itu tidak hadir. Pelajar yang tidak hadir selama dua hari TANPA surat itu dikehendaki MEMBAWA PENJAGA ke sekolah berjumpa pihak sekolah (kecuali ada bukti yang nyata bahawa ketidakhadiran pelajar itu ada sebab munasabah). Sila tanda (S) sekiranya ada surat dan (P) jika tidak memberikan surat sebelum hujung minggu.
    2. Surat Amaran Pertama hendaklah dihantar pada hari ketiga untuk pelajar yang tidak datang ke sekolah selama tiga hari berturut-turut atau pada hari kesepuluh pelajar tidak hadir bukan secara berturut-turut tanpa surat.
    3. Surat Amaran Kedua hendaklah dihantar jika pelajar tidak datang ke sekolah 7 hari berturut- turut  selepas Surat Amaran Pertama. Surat Amaran Kedua hendaklah dihantar juga sekiranya telah ditandai (P) sebanyak 20 hari bukan secara berturut-turut.
    4. Surat Amaran Terakhir hendaklah dihantar sekiranya tiada apa-apa komunikasi 7 hari selepas Surat Amaran Kedua. Sila hantar surat tersebut juga untuk pelajar yang telah ditandai (P) sebanyak 40 hari bukan secara berturut-turut.
    5. Selepas tempoh 14 hari ponteng sekolah daripada tarikh penghantaran Surat Amaran Terakhir bagi hari tidak hadir berturut-turut atau selepas 20 hari ditandai (P) bagi hari tidak hadir bukan berturut-turut, pelajar boleh dibuang sekolah. Surat untuk tujuan memberitahu ibu bapa/ penjaga bahawa pelajar telah dibuang sekolah hendaklah ditandatangani oleh Pengetua. Pelajar tidak boleh diterima balik selepas itu tanpa merujukkannya kepada Pengetua.
    6. Semua surat doktor, surat daripada ibu bapa/ penjaga dan surat keluar kawasan sekolah hendaklah disimpan dengan baik di dalam fail. Sila pastikan nama, tingkatan, dan tarikh tidak hadir ternyata dalam surat-surat. Sila susun surat mengikut tarikh dan bulan (kumpulkan semua surat untuk satu bulan bersama-sama untuk kemudahan rujukan apabila perlu)
    7. Untuk makluman, pelajar yang balik dengan kebenaran/ kenyataan sebelum masa ketiga dianggap tidak hadir (S). Pelajar yang keluar kawasan sekolah untuk mewakili sekolah dalam pertandingan rasmi dianggap hadir pada hari tersebut.

Thursday, March 12, 2020

Tindakan Ponteng Sekolah

Hari ini merupakan tindakan kali ke-3 yang pernah pak yoep lakukan terhadap murid ppki yang ponteng sekolah. Pengajaran buat ibubapa yang tidak mementing kehadiran anak mereka ke sekolah. Ponteng sekolah dimasukkan ke dalam sistem apdm.

1. Guru kelas memastikan semua pelajar yang tidak hadir memberikan SURAT DOKTOR atau SURAT IBU BAPA/ PENJAGA DENGAN TANDATANGAN YANG SAH bagi tempoh masa pelajar itu tidak hadir. Pelajar yang tidak hadir selama dua hari TANPA surat itu dikehendaki MEMBAWA PENJAGA ke sekolah berjumpa pihak sekolah (kecuali ada bukti yang nyata bahawa ketidakhadiran pelajar itu ada sebab munasabah). Sila tanda (S) sekiranya ada surat dan (P) jika tidak memberikan surat sebelum hujung minggu.

2. Surat Amaran Pertama hendaklah dihantar pada hari ketiga untuk pelajar yang tidak datang ke sekolah selama tiga hari berturut-turut atau pada hari kesepuluh pelajar tidak hadir bukan secara berturut-turut tanpa surat.

3. Surat Amaran Kedua hendaklah dihantar jika pelajar tidak datang ke sekolah 7 hari berturut-turut selepas Surat Amaran Pertama. Surat Amaran Kedua hendaklah dihantar juga sekiranya telah ditandai (P) sebanyak 20 hari bukan secara berturut-turut.

4. Surat Amaran Terakhir hendaklah dihantar sekiranya tiada apa-apa komunikasi 7 hari selepas Surat Amaran Kedua. Sila hantar surat tersebut juga untuk pelajar yang telah ditandai (P) sebanyak 40 hari bukan secara berturut-turut.

5. Selepas tempoh 14 hari ponteng sekolah daripada tarikh penghantaran Surat Amaran Terakhir bagi hari tidak hadir berturut-turut atau selepas 20 hari ditandai (P) bagi hari tidak hadir bukan berturut-turut, pelajar boleh dibuang sekolah. Surat untuk tujuan memberitahu ibu bapa/ penjaga bahawa pelajar telah dibuang sekolah hendaklah ditandatangani oleh Pengetua. Pelajar tidak boleh diterima balik selepas itu tanpa merujukkannya kepada Pengetua.

Semua surat doktor, surat daripada ibu bapa/ penjaga dan surat keluar kawasan sekolah hendaklah disimpan dengan baik di dalam fail. Sila pastikan nama, tingkatan, dan tarikh tidak hadir ternyata dalam surat-surat. Sila susun surat mengikut tarikh dan bulan (kumpulkan semua surat untuk satu bulan bersama-sama untuk kemudahan rujukan apabila perlu).

Untuk makluman, pelajar yang balik dengan kebenaran/ kenyataan sebelum masa ketiga dianggap tidak hadir (S). Pelajar yang keluar kawasan sekolah untuk mewakili sekolah dalam pertandingan rasmi dianggap hadir pada hari itu.

Penghantaran surat-surat adalah seperti berikut:

Surat
Hari Tidak Hadir (P)
Berturut-turut
Hari Tidak Hadir (P) Bukan Berturut-turut
Amaran Pertama
pada hari ke-3
pada hari ke-10
Amaran Kedua
7 hari selepas Amaran Pertama
10 hari lagi selepas Amaran Pertama
Amaran Terakhir
7 hari selepas Amaran Kedua
20 hari lagi selepas Amaran Kedua
Buang Sekolah
14 hari selepas Amaran Ketiga
20 hari lagi selepas Amaran Ketiga
Jumlah Hari Tidak Hadir
31 hari berturut-turut
60 hari bukan berturut-turut