Wednesday, October 31, 2018

Pahit manis mendidik anak autisme

Wednesday, October 24, 2018

Wednesday, October 17, 2018

Progress Home Tuition SPM Pelajar Pendidikan khas

Bermula 13 Ogos 2018.

Tahap penguasaan matematik pelajar berkenaan amat terhad.

Hanya menguasai 3 bab sahaja.

Markah exam diperingkat sekolah hanya 24%.

Fokus kepada 3 bab yang pelajar berkenaan kuasai sehingga mencapai tahap 90%.

Berkemampuan untuk memperolehi maksimum 36% markah sahaja sekiranya tiada berlaku kesilapan.

Kini....

Dalam tempoh hampir 3 bulan ikuti sesi home tuition pak yoep.

Sebanyak 10 bab telah dikuasai, mampu capai 68% markah sekiranya tiada berlaku kesilapan kecil.

Yang mengharukan apabila pelajar  berkenaan menyatakan "Tak susah sangat matematik ni cikgu"

Beremang bulu roma pak yoep.

Ibunya juga turut terharu dengan perkembangan dan perubahan anaknya dalam matematik SPM.

SPM bakal bermula 13 Nov 2018.

Masih fokus agar pelajar berkenaan tidak melakukan kesilapan dalam menjawab soalan.

Masih cuba untuk tingkatkan jumlah soalan yang mampu dibuat oleh pelajar berkenaan.

Ini merupakan pertama kali pak mengajar pelajar pendidikan khas untuk SPM.

Sebelum ini ada mengajar pelajar pendidikan khas menduduki PMR dan 2 murid berjaya memperolehi gred C.

Murid-murid pendidikan khas ini mampu untuk belajar matematik di peringat PT3 dan SPM jika diberi peluang dan bimbingan yang betul.

Beri keyakinan dan motivasi sepanjang mengajar mereka.

In shaa Allah.

Terima kasih diucapkan kepada ibubapa yang beri kepercayaan kepada pak yoep mengajar anak meraka,


Sudut pandang ayah anak autisme