Sunday, March 25, 2018

Result SPM 2017 Kak Long

Alhamdulillah.....

TAHNIAH!

TAHNIAH! Kak Long

TAHNIAH! Kami bangga dengan Kak Long

Minggu yang mengembirakan keluarga kita.

Bukan sahaja keluarga kita malah...

Semua sanak-saudara juga amat bangga dengan Kak Long.

Pencapaian yang sudah dijangkakan berdasarkan pencapaian kak long dalam peperiksaan percubaan SPM 2017.

Apa pencapaian kak long????

Ramai yang nak tahu.

Sabar seketika ya...

Nak maklum perkembangan kak long terkini.

15 Mac 2018 (Khamis) kak long  terima result SPM.

22 Mac 2018 (Khamis) kak long mendaftar diri di Universiti Teknologi Petronas (UTP).

29 Mac 2018 (Khamis) kak long bakal menyambut hari lahirnya yang ke-18.

Terima Kasih dan Tahniah kak long atas kejayaan ini.

Kejayaan dicapai tidak semudah yang disangka.

Pahit-maung ditempuhi bersama.

Masa, tenaga dan wang ringgit kena dikorbankan.

Bagi memastikan kak long berusaha mencapai kejayaan.

Banyak kenangan susah-senang dilalui.

Moga kak long terus cemerlang di UTP.

Ameen....





Tuesday, March 13, 2018

OLAHRAGA KINTA UTARA 2018


PPKI SKPI sertai Kejohanan Olahraga Peringkat Daerah Kinta Utara 2018 pada 7 dan 8 Mac 2018.

Menghantar 6 peserta murid pendidikan khas. Sertai semua acara dipertandingkan dalam kategori Lelaki Junior sahaja.

Pencapaian terbaik tahun ini ialah:

4 x 100m Jelaki Junior - Akhir
Lompat Jauh - Tempat ke-3

Pencapaian setakat ini sejak pak yoep berkhidmat di ppki skpi:

Tahun 2016 - Lontar Peluru (Gangsa)
Tahun 2017 - Tiada pingat
Tahun 2018 - Lompat Jauh (Gangsa)

Kekangan yang dihadapi team atlit ppki skpi kerana majoriti murid ppki skpi kurang berkemampuan berdasarkan tahap OKU mereka.

Majoriti murid ppki skpi ialah autisme & Sindrom Down.

Kenangan terindah dalam penglibatan pak yoep dalam olahraga pendidikan khas ialah 12 pingat emas pada tahun 2010. 

Membawa team olahraga SMK Seri Putera.

PPKI Johan keseluruhan dalam kejohanan olahraga peringkat sekolah di SMK Seri Putera pada tahun 2014.

Tanda-tanda anak autisme

Ramai ibubapa tidak menyedari anak mereka menghadapi autisme.

Punca daripada tiada ilmu pengetahuan.

Tiada maklumat. Tiada pendedahan.

Tidak peka perkembangan anak.

Tiada tindakan akan mempengaruhi perkembangan anak.

Anak-anak ini amat perlu program intervensi awal.

Tuan/puan boleh dapatkan maklumat mengenai tanda-tanda autisme di bawah.

http://www.mingguanwanita.my/ayah-ini-dedah-tanda-tanda-autisme/

Thursday, March 1, 2018

Integrasi Murid PPKI

Dengan kerjasama semua warga skpi 2018.

Murid ppki telah diintegrasikan dalam kebanyakan program di peringkat sekolah secara langsung atau tidak langsung.

Penglibatan murid ppki terlibat secara langsung dalam program sekolah seperti Merentas Desa, Kursus Kepimpinan dan Sukan Olahraga Tahunan.

Merentas Desa - Semua murid kokurikulum PPKI terlibat. Seorang murid ppki berjaya menduduki tempat ke-3.

Kursus Kepimpinan - Seramai 5 murid ppki terlibat dalam program yang diadakan selama 2 hari 1 malam di Pusat Latihan JPS.

Sukan Olahraga Tahunan - Penglibatan murid ppki dalam rumah sukan sebagai peserta.

Program seumpama ini akan diteruskan.