Wednesday, February 28, 2018

Kerjaya Anak Autisme

Empat tugas yang boleh dilakukan penghidap autisme
Proses melatih individu yang menghidap autisme untuk menguasai sesuatu kemahiran bergantung kepada kebolehan serta emosi mereka. - Astro AWANI/Fail
BEKERJA dengan golongan penghidap autisme dianggap mencabar kerana kesukaran mereka dalam berkomunikasi, tidak memahami orang lain serta tidak memiliki kebolehan intelek yang luas.

Faktor ini dilihat antara penyebab tidak banyak peluang pekerjaan dapat ditawarkan kepada mereka, sekaligus membuatkan mereka hanya bergantung hidup kepada ahli keluarga masing-masing.

Bagi pengetua IDEAS Autism Center, Sharifah Salleh, 50 tahun, penghidap autisme sebenarnya mampu untuk memenuhi pasaran kerja sekiranya kemahiran mereka diasah dan diberi peluang untuk menempatkan diri dalam sektor pekerjaan.

Tiga perkara tentang Autisme
Berikut empat kerja yang boleh dilakukan oleh penghidap autisme:

1. Pembungkusan

Masyarakat perlu memahami bahawa spektrum autisme adalah sangat luas. Mereka memiliki kemampuan mendengar arahan dengan teliti dan bersistem. Oleh itu mereka boleh melakukan pekerjaan mudah yang berulang-ulang seperti membungkus barangan.

2. Dobi

Penghidap autisme mampu untuk membezakan jenis pakaian, warna dan fabrik kain. Mereka boleh memahami konsep asas menggunakan mesin basuh serta membezakan penggunaan suhu air untuk membasuh pakaian.

3. Bekerja di kafeteria

Menyedari peluang pekerjaan untuk golongan autisme adalah sangat terhad, Mohd Adli Yahya, 45 tahun, telah menubuhkan Autism Cafe Project bagi memberi sokongan kepada anaknya yang juga penghidap autisme untuk berdikari dan hidup seperti remaja normal yang lain.

Mohd Adli Yahya telah menubuhkan Autism Cafe Project untuk memberi peluang pekerjaan kepada penghidap Autisme
Di kafe tersebut, pekerja diambil berdasarkan kepada kecenderungan dan kemampuan mereka terhadap sesuatu.

"Jika ada di antara mereka dilihat suka bermain dengan air, maka kita beri dia tugas untuk basuh pinggan. Jika ada yang suka bercakap, maka kita akan tempatkan di bahagian khidmat pelanggan," katanya ketika ditemui Astro AWANI baru-baru ini.

4. Pengurusan rumah

Penghidap autisme boleh melakukan pekerjaan mudah seperti mencuci lantai, menyusun barang dan mengelap meja. Kemahiran ini hanya perlu dilatih dan diajarkan kepada mereka. Ini akan membuka peluang kepada mereka untuk bekerja di sektor perhotelan.

Menurut Sharifah lagi, penghidap autisme adalah seseorang yang sangat fokus dan mustahil untuk mereka menipu atau curi tulang semasa bekerja.

"Terdapat tiga tahap autisme iaitu sangat ringan (mild), sederhana (moderate) dan parah (severe). Proses melatih individu yang menghidap autisme untuk menguasai sesuatu kemahiran bergantung kepada kebolehan dan emosi mereka.

"Rumah penjagaan perlu diwujudkan agar mereka dapat belajar bagaimana untuk berdikari dan pada masa yang sama, dilatih supaya dapat memberi sumbangan kepada masyarakat," jelas Sharifah.

Beliau berharap peluang dan kepercayaan perlu diberikan kepada penghidap autisme untuk membangunkan kehidupan mereka.

Sumber - Astro Awani

Monday, February 26, 2018

Faqihah hadir Home Schooling

Faqihah telah mengikuti Home Schooling di Brighter Future bermula 7 Feb 2018.

Home Schooling seminggu 2 kali pada hari Rabu dan Khamis.

Bayaran dikenakan RM300.00 sebulan.

Pendaftaran melibatkan perbelanjaan RM1400.00 termasuk kos bahan pengajaran dan pembelajaran.

Lokasi jauh daripada tempat tinggal kami.

Pergi-balik memakan masa 1 jam 30 minit.

Kelas bermula 9 pagi dan tamat jam 1.00 petang.

Hantar Faqihah - UMMI

Ambil Faqihah - ABAH

Pengorbanan kami untuk Faqihah untuk laluan kerjaya di masa depan.

Pengorbanan sama yang pernah kami lalui semasa Faqihah berumur 4 tahun.

Mengurus hantar dan ambil dari lokasi tempat belajar yang jauh.

Ibubapa perlu berkorban.

Wang ringgit, masa dan tenaga untuk anak autisme.


Friday, February 23, 2018

Kak Long belajar di UTP Seri Iskandar

Alhamdulillah.

Kak Long terima tawaran daripada untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Petronas (UTP).

Perlu melapor diri pada 22 Mac 2018.

Rezeki Kak Long. Walaupun belum terima keputusan SPM 2018 tapi dah dapat tawaran UTP berdasarkan keputusan percubaannya.

Cabaran yang bakal kami hadapi adalah kos pengajian yang tinggi akan dikenakan kerana UTP adalah universiti swasta.

Kos program suai-kenal perlu RM1000.00.

Kos pengajian untuk program Foundation sahaja ialah RM 17,500.00.

Tak kira apa...  Peluang perlu diberikan kepada kak long untuk belajar di UTP.