Thursday, July 13, 2017

Autisme - Sindrom William


Manakala Sindrom William mempunyai ciri-ciri autistik termasuklah perkembangan yang lambat dalam aspek bahasa, sensitif kepada bunyi, tidak ada tumpuan perhatian dan mempunyai masalah sosial. 

Secara umumnya mereka yang mempunyai sindrom ini lebih bersosial dan menghadapi masalah jantung

Tuesday, July 11, 2017

Autisme - Sindrom Rett


Sindrom Rett merupakan kecelaruan neurologi yang terjadi secara berperingkat yang memberi lebih kesan kepada kanak-kanak perempuan dan berkembang antara umur ½ tahun hingga 1 ½ tahun. 

Mereka memperlihatkan ciri-ciri seperti kehilangan pertuturan, mengulang memulas tangan, menggoyangkan badan dan mengelak daripada bersosial. 

Bahkan individu ini biasanya mempunyai tahap kerencatan akal yang teruk dan sangat teruk. 

Sunday, July 9, 2017

Autisme - Sindrom Landau Kleffner


Sindrom Landau Kleffner menunjukkan banyak tingkahlaku autisme seperti mengelakkan diri daripada bersosial, menghendaki kepada rutin yang sama dan mempunyai masalah bahasa. 

Mereka sering dianggap menghadapi ’ regressive ’ autisme kerana menunjukkan ciri seperti normal sehingga umur 3 tahun hingga 7 tahun.Kemahiran bahasa jika ada akan berakhir dengan hilang keupayaan bercakap. 

Mereka juga mempunyai corak gelombang otak yang tidak normal jika dianalisis corak EEG semasa tidur. 

Friday, July 7, 2017

Autisme - Sindrom Fragile X


Sindrom Fragile X pula merupakan satu bentuk mental retardasi ’ long arm’. 

Lebih 15% pengidap sindrom ini menunjukkan tingkahlaku dan ciri-ciri kanak-kanak autistik. 

Tingkahlaku ini termasuklah pertuturan atau perkembangan bahasa yang lewat, hiperaktif, eye contact yang lemah dan mengibar-ngibarkan tangan. 

Kebanyakan individu ini berfungsi pada tahap masalah ringan kepada yang sederhana. 

Semakin mereka membesar, perkembangan fizikal mereka menampakkan keunikan yang jelas seperti muka dan telinga yang panjang serta mungkin menghadapi masalah jantung. 

Wednesday, July 5, 2017

Autisme - Sindrom Asperger


Sindrom Asperger mempunyai ciri seperti berikut:


- pemikiran yang konkrit, 

- terlalu memikirkan mengenai sesuatu topik, 

- ingatan yang baik dan 

- mempunyai sikap yang ganjil serta luar biasa. 


Mereka boleh dianggap sebagai mempunyai tahap kefungsian yang tinggi dan layak untuk mempunyai kerja dan boleh hidup berdikari. 

Monday, July 3, 2017

IKBN untuk keperluan kerjaya autisme

PETALING JAYA: Ibu bapa yang mempunyai anak autisme sentiasa memikirkan cara untuk membantu anak istimewa itu membina kehidupan mereka sendiri.

Walaupun sesetengah kanak-kanak autisme berjaya menamatkan pembelajaran di peringkat sekolah rendah dan menengah, mereka yang melangkah ke universiti atau memasuki alam pekerjaan amat sedikit.

Presiden Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom), Datuk Megat Ahmad Sharuni Megat Shahrudin berkata selepas menamatkan persekolahan, kebanyakan anak-anak autisme masih bergantung kepada ibu bapa atau ahli keluarga mereka.

"Ia dapat difahami mengapa mereka tidak akan mencuba dan mencari pekerjaan kerana mereka tidak mungkin kekal dalam satu-satu pekerjaan kerana ciri-ciri berkaitan autisme dan tidak ada latihan kemahiran," katanya.

Namun, terima kasih kepada usaha berterusan Nasom kepada golongan autisme yang akhirnya dapat melihat cahaya di hujung lorong.

Satu program perintis yang menawarkan latihan kemahiran teknikal dan vokasional untuk lepasan sekolah kepada golongan istimewa ini sedang dipertimbangkan Kementerian Belia dan Sukan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam ucapannya selepas The Rock Walk for Autism di sini pada Sabtu berkata beliau telah mengarahkan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) untuk bekerjasama dengan Nasom mengenai penstrukturan program tersebut.

"Buat masa ini persoalan besar adalah apa akan berlaku selepas sekolah, jadi idea ini untuk menyediakan mereka dengan latihan kemahiran.

"Saya meminta IKBN untuk berbincang dengan Nasom dan membangunkan program perintis untuk kanak-kanak dari gimnasium We Rock The Spectrum untuk mempelajari kemahiran vokasional," katanya.

Gimnasium We Rock The Spectrum di Evolve Concept Mall merupakan sebuah pusat permainan tertutup untuk kanak-kanak yang menghidap penyakit autisme.

Khairy berkata maklumat mengenai projek perintis itu masih belum dimuktamadkan tetapi beliau yakin ia merupakan langkah utama yang tepat.

Sumber: http://www.mstar.com.my

Saturday, July 1, 2017

Autisme 5A upsr