Thursday, July 30, 2015

Gaji Graduan Terkini


Lihat gaji graduan sekarang. Tinggi sungguh jumlahnya jika dibandingkan dengan gaji graduan zaman dulu-dulu. Walaupun nilainya tinggi tapi nilai sebenarnya adalah kecil sahaja. Disebabkan harga semua barangan adalah tinggi sekarang. 

Dulu harga ayam hanya RM4.00 tapi kini dah RM5.00. Begitu juga semua barangan yang ada dipasaran. Naik sekali ganti dalam tempoh sepuluh tahun. 

Pi mai..pi mai..tang tu jugak.



Tuesday, July 28, 2015

Autisma - Pesan Ustazah


AUTISME....

Dulu ada jgk cari penyebab autisme ni....

~Adakah disebabkan vaksin..
~Adakah disebabkan keturunan (andaian doktor macam tu walaupun rasanya x de dlm kalangan keluarga saya)..
~Adakah disebabkan sy stress masa nengandung...

Fikir2 balik, buat ape nk fikir penyebab kan..fikirkan penyelesaian...

Kata Ustazah...

Allah yg jadikan anak kita macam ni, paling utama mintak pada Allah...

Pesan Ustazah...paling utama letakkan AL-QURAN di 'dada' anak...

~ sentiasa berdoa pada Allah...
~ sentiasa bacakan Ruqyah pada anak
~ pasangkan Ayat suci Al Quran setiap masa sama ada di rumah atau dalam kereta...
~ Ajar anak solat, mengaji walaupun dia istimewa..

In sha Allah..kita dapat tengok hasilnya...

Anak yg tak de fokus, dah ada fokus..
Anak yg payah nk ikut arahan, akan mudah ikut arahan..

Semuanya Allah akan permudahkan...in sha Allah...

Sumber - Siti Nordilawati FB

Sunday, July 26, 2015

Cara mohon Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia



Cara mohon rumah mesra rakyat (RMR) 1 malaysia.
1. Wajib ada tanah sendiri
2. Pergi SPNB
3. Ambil borang dan isi.
4. Apply kat SPNB nak design ni.

Contoh rumah seperti di atas
Harga - rm60k
Subsidi kerajaan - rm20k
Yang perlu dibayar - rm40k
Kalau buat loan 20 tahun - rm150 bulan2

Keadah memohon
Kalau nak memohon dan memohon boleh rujuk terus ke SPNB di -->http://www.spnb.com.my/
atau
Jumpa adun kawasan anda dan minta borang untuk RMR ni.

Friday, July 24, 2015

Malu anak OKU



Sembang2 dgn seorang guru, muridnya di kelas tahun 2. Banyak ciri-ciri murid tersebut ada ciri-ciri murid pendidikan khas. Mohon ibubapanya rujuk kepada doktor sekiranya perlu boleh ditempatkan di kelas pendidikan khas. 

Malangnya ibubapa tidak mahu anaknya dirujuk kepada doktor. Minta kekal di kelas biasa. Sedangkan anaknya memang layak ke kelas pendidikan khas berdasarkan tahap kemampuan akademik amat lemah malah ada masalah pengurusan diri. Tidak mampu urus diri. 

Semua guru di sekolah itu amat kecewa dgn sikap ibubapanya. Bila mengenangkan masa depan murid tersebut.

Yang amat dikesali ialah ibunya merupakan seorang Staf Nurse (Jururawat).

Dia lebih arif tentang masalah yang dihadapi anaknya. Tapi mengapa dia tidak mahu merujuk anaknya kepada doktor untuk mengesahkan anaknya OKU supaya boleh ditempatkan di kelas pendidikan khas.

Jika anaknya terus kekal di kelas biasa, agak sukar anaknya mahu belajar.

Tuesday, July 21, 2015

Tanda anak kita hidap autisma


Autisme adalah gangguan perkembangan yang sangat kompleks pada kanak-kanak, yang gejalanya sudah timbul sebelum anak itu mencapai usia tiga tahun.

Penyebab autisme adalah gangguan neurobiologis yang menjejaskan fungsi otak sedemikian rupa sehingga anak tidak mampu berinteraksi dan berkomunikasi dengan dunia luar secara berkesan.

Gejala yang sangat menonjol adalah sikap kanak-kanak yang cenderung tidak mempedulikan persekitaran dan orang-orang di sekitarnya, seolah menolak berkomunikasi dan berinteraksi, serta seakan hidup dalam dunianya sendiri. Anak autistik juga mengalami kesukaran dalam memahami bahasa dan berkomunikasi secara lisan.

Disamping itu seringkali (prilaku stimulasi diri) seperti berputar-putar, mengepak-ngepakan tangan seperti sayap, berjalan berjinjit dan lain sebagainya.

Gejala autisme sangat berbeza. Sebahagian kanak-kanak berkelakuan hiperaktif dan agresif atau menyakiti diri, tapi ada pula yang pasif. Mereka cenderung sangat sulit mengendalikan emosinya dan sering tempertantrum (menangis dan mengamuk). Kadang-kadang mereka menangis, ketawa atau marah-marah tanpa sebab yang jelas.

Selain berbeza dalam jenis gejalanya, intensitas gejala autisme juga berbeza-beza, dari sangat ringan hingga sangat berat.

Oleh kerana banyaknya perbezaan-perbezaan tersebut di antara masing-masing individu, maka saat ini gangguan perkembangan ini lebih sering dikenali sebagai Autistic Spectrum Disorder (ASD) atau Gangguan Spektrum Autistik (GSA).

 Menurut Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM), setiap seorang daripada 150 kanak-kanak yang dilahirkan di seluruh dunia memiliki autisme dan dianggarkan 47,000 orang kanak-kanak di Malaysia menghidapnya.

Ada antara mereka memiliki tanda-tanda masalah autisme kronik dan ada yang baru sahaja di peringkat awal. Antara tanda-tanda yang mungkin anak anda autisme adalah;


  • Kesukaran berinteraksi merupakan antara tanda UTAMA dalam autisme. Ibu bapa biasanya akan menyedari masalah autisme di dalam diri anak mereka melalui gejala ini. Seawal bayi lagi, anak – anak yang mempunyai masalah autisme tidak memberi respon atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama.
  • Mereka gagal memberi respons apabila namanya dipanggil atau ditanyakan soalan walaupun ianya mudah. Ini disebabkan mereka gagal untuk menafsir maklumat yang diterima dan tidak tahu bagaimana untuk membalasnya secara lisan. Mereka kelihatan sama seperti anak-anak yang normal namun sebenarnya mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial.
  • Tidak mencapai tahap perkembangan tepat waktu. Setiap kanak-kanak berkembang secara berbeza. Beberapa kanak-kanak akan merangkak pada empat bulan sementara yang lain tidak boleh, sampai mereka beberapa bulan lebih tua. Ini boleh menjadi normal. Masalahnya bermula apabila setiap tonggak jauh lebih lambat dari biasanya.
  • Anak tidak berbicara. Anak-anak belajar bercakap pada usia yang berbeza. Beberapa akan mula berbicara sangat muda sementara yang lain hanya akan mulai melontarkan kalimat utuh satu hari. Ini boleh sangat normal. Namun jika anak anda tidak mempunyai jenis bicara mengoceh pada usia satu tahun yang satu ini boleh menjadi perhatian utama. Kebanyakan kanak-kanak akan mengatakan beberapa perkataan pada saat mereka enam belas bulan. Jika anak anda tidak melakukannya segeralah hubungi doktor.
  • Tidak ada hubungan mata. Kebanyakan bayi dan kanak-kanak-kanak-kanak akan melihat anda ketika anda bercakap kepada mereka. Anak-anak autis sering tidak memberikan hubungan mata. Mereka tidak akan mengarah ke objek. Mereka tidak akan melihat sesuatu yang anda cuba untuk tunjukkan kepada mereka.
  • Anak tidak menunjukkan emosi. Anak-anak autis sering tidak menunjukkan emosi apapun. Mereka tidak tersenyum kembali apabila seseorang tersenyum pada mereka. Mereka tidak menunjukkan peduli ketika seseorang di sekitar mereka mengekspresikan rasa sakit, atau menangis. Anak autis biasanya tidak suka dipegang atau dipeluk.
  • Suka bermain sendiri. Anak autis biasanya akan bermain sendiri. Mereka merasa lebih selesa sendiri, dan seakan-akan hidup dalam dunianya sendiri. Mereka kesulitan mencari teman. Mereka tidak tahu bagaimana berhubungan dengan anak-anak lain. Mereka tidak mengerti ketika kanak-kanak lain bergurau dengan mereka.
  • Apabila mereka mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial, bermain dalam kumpulan adalah aktiviti yang paling tidak disukai mereka. Mereka lebih suka berada di dalam ‘dunia’ mereka sendiri dan kadangkala ketawa dan mencederakan diri sendiri tanpa sebab. Apabila ditegur untuk berhenti, mereka akan bertindak agresif kerana tidak sukakan sebarang perubahan tingkahlaku dengan segera.
  • Anak kehilangan kemahiran mengetahui. Anak mungkin telah belajar untuk bercakap dan kemudian kelihatan seolah-olah mereka lupa bagaimana. Mereka boleh belajar kemahiran baru dan kemudian seminggu kemudian tidak tahu bagaimana melakukannya. Anak-anak autis sering kehilangan kemahiran yang telah mereka pelajari.
  • Mereka tidak sukakan perubahan samada drastik atau tidak terutama yang akan mengubah emosi mereka ketika itu. Perbuatan menggunakan tandas atau pergi ke sekolah adalah perkara yang sukar bagi mereka. Rata-rata anak yang menghidapi autisme masih menggunakan pampers di usia 5-6 tahun disebabkan mereka gagal untuk ke tandas dengan sendirinya. (tidak kesemuanya begitu)
  • Uniknya pula, ada sebahagian mereka yang  kurang sensitif kepada rasa sakit namun mereka lebih sensitif kepada bunyi, sentuhan serta sensori (deria rasa). Sifat sensitiviti mereka yang kuat ini merupakan jawapan mengapa mereka yang tidak mahu dirangkul atau dipeluk.



Autisme boleh terjadi pada siapa saja, tanpa mengira warna kulit, status sosial ekonomi mahupun pendidikan seseorang. Tidak semua individu ASD / GSA memiliki IQ yang rendah. Sebahagian dari mereka dapat mencapai pendidikan di perguruan tinggi. Bahkan ada pula yang mempunyai kemampuan luar biasa di bidang tertentu (muzik, matematik, menggambar).

Sekiranya ada dalam kalangan ahli masyarakat yang mempunyai anak-anak autisme, ia tidak perlu berakhir dengan kekecewaan. Ingatlah bahawasanya Allah SWT sentiasa bersama mereka yang sabar. 

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 153:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar."


Wasalam...

Sumber - http://sekolahpulauaman.blogspot.com/

Sunday, July 12, 2015

Rezeki Raya


Kalau ditengokkan, banyak simpanan wang tersebut dalam simpanan pak yoep. Simpan sejak zaman muda-muda lagi. Jika dikirakan..ribuan juga nilainya. Nak jual atau tidak?

Friday, July 10, 2015

WHEN children throw tantrums

WHEN children throw tantrums, refuse to share or cooperate with others, seem oblivious to their surroundings, are unable to sit still and focus, and do not give appropriate responses, many are quick to judge their actions as misbehaviour. But these actions - or inaction, depending on the situation - could be symptoms of a more serious problem: autism. Autism is a neurological disorder that affects a person’s ability to socialise, communicate and imagine. However, it is not a single disorder but rather a spectrum which varies from person to person. Autistic children display different symptoms, depending on where they are on the spectrum - from mild to severe. They may have speech impairments, problems interacting with others, have limited play skills and interests, and are unable to focus and are hyperactive. Autism Spectrum Disorder (ASD) today is recognised as the fastest growing developmental disorder and the number of people diagnosed is increasing. It is estimated that the prevalence rate of autism in Europe and the United States is one per cent of the population. In Malaysia, a study by the Health Ministry in 2004 found the autism prevalence rate was one case in every 600 children aged 15 and below, which meant that some 13,333 children experienced autism at the time. The current rate is estimated to be higher. Some children with ASD have difficulties in learning. These children face the likelihood of staying with their families even when they are adults and are dependent and unproductive throughout their life. It is imperative to provide early intervention measures to ensure a brighter future for children with autism. There is also a need to create awareness among parents, guardians and caregivers on how to help them. Permata Kurnia, a programme for autistic children, hopes to remedy the situation for children with ASD across the country. A key component of the project is the establishment of the Permata Kurnia Centre which will organise awareness programmes on ASD and provide early intervention to help children with ASD prepare for mainstream primary school education and achieve their fullest potential. LEARNING CURVE has the story in New Sunday Times on July 5.

Read More : http://www.nst.com.my/node/90710

Wednesday, July 8, 2015

Doktor tak sahkan autisma


Tak faham. Ada seorang ibu mengadu. Doktor telah maklumkan anaknya autism tapi doktor berkenaan tidak mahu buat pengesahan rasmi. Menjadi kesukaran baginya untuk kebanyakkan urusan termasuk pendidikan.

KOMEN FB KELAB ANAK AUTISMA
Kendalian Pak Yoep


  • Hamitaf Hallud pergi hospital kerajaan...jumpa pakar kanak2...dia boleh aturkan tu....
  • Dyana Hani Kamaruddin saya pernah alami..thn lps anak sy disahkn mild autism tp doktor mmg xbagi surat pengesahan ats alasan ank sy x teruk..so saya xbole buat kad oku...tp minggu lps checkup sy bgtau doktor sy nk masukkn ank sekolah tadika thn dpn, doktor terus bg borang permohonan kad OKU lengka dgn pegesahan pegawai perubatan..skrg sy hanya perlu isi borang dan hantar ke pej kebajikan masyarakat daerah...
    Like · Reply · 2 · July 2 at 3:21pm
  • SHa Mj saya pn sama doktr xbg jgak surat pengesahan...dn dia ckp ank saya mild autism..dn bleh bersekolah sklh harian biasa...tp pelajaran mmg ketinggalan la
    Like · Reply · 1 · July 2 at 3:26pm
  • Mania Iena Dulu saya pon camtu jg doktor tak nk bg surat, saya sek kan ank dkt pra sek biasa n bincang ngan guru kekas supaya pihak sek kluarkan surat untuk bg pada doktor..surat tu mengatakan yg ank tsk blh berada di kelas biasa...
  • Knizam Helmy Maaf tumpang lalu..bole saya nak tahu kalau area putrajaya.. ada tak doktor yang bole keluarkan surat pengesahan bagi kanak2 autism..sbb nak tggu appointmnt hospital govt .. mmg lambat kan..
    Like · Reply · 2 · July 2 at 4:19pm
  • Nora Ahsin cuba pergi ppukm. mgkn cepat sikit dr gov. sy dpt pegesahan dr doc madya fairuz. ppukm
  • Czuana Manja Seperti sya jga, nk pengesahan doktor anak autism tapi doktor tak nak sahkan umur anak 3 tahun, katanya boleh sembuh kalau menjangkau umur 5 tahun,skrg dh umur 7 tahun bru kna sahkan, itupun sya merayu sbb anak kena pi sekolah, kna dptkan kad oku, sek aliran perdana xnak terima..
  • Norasilana Mohamad Torik Tumpang berkongsi pengalaman......anak sulung sy berusia 7thn girl....doktor menyatakan anak sy ada ciri2 autism dan doktor x nak mangatakan ia autism....doktor masih nak anak sy bersekolah biasa....sbbnya anak sy boleh dlm 3m...membaca.menulis dan mengira.....doktor nak bg anak sy biasa dgn persekitaran sekolah....masa tadika persekitaran berbeza....doktor x nak kalau htr sekolah khas anak sy makin ke belakang....tp anak sy masih dlm pemantauan doktor.....bln 8 ni anak sy ada 2 temujanji...pediatrik dan pulih cara kerja
    Like · Reply · 1 · July 2 at 5:31pm
  • Sawalia Lee Z Kalau tiada keyakinan tak boleh jadi doktor.
    Like · Reply · 1 · July 2 at 5:44pm
  • Zaihanim Ahmad Tajuddin Saya pun...tak dpt surat pengesahan..nk buat kad oku mmg x dpt. Skrg anak dh 4 taon.. aritu siap bwk borang dh ambik kt jkm tp dr tknk sign...katanya tggu 5 taon..huhu skrg kami dh penat nk mintak pengesahan tu..dia cuma kuarkan surat refer bila saya nak anto anak ke sek khas utk diintervensi awal..adoiyai mmg ssh nk wat kad oku tuu..
    Like · Reply · 1 · July 2 at 5:51pm
  • Yuni Rozy Try jumpa doc lain
  • Sahlawati Binti Amran Rizal Abdul Nasir..problem yg sama kite alami.hmmmm
  • Mohd Faizal Ahmad Doc pn kata mcm tu... x bg surat rasmi pengesahan... dia kata mild autism...
  • Aimi Nadiah Sama la mcm situasi saya sekarang ni....bingung dibuatnye 
  • Darwisha Putra Sama la sy pn..bingung ad yg ckp tggu ank 7thn bru dpt pgesahn..
    Like · Reply · 1 · July 2 at 7:00pm
  • Najah Musla Sy pun sm..smpi sekarang tiada surat pengesahan.
    Like · Reply · 1 · July 2 at 8:37pm
  • Knizam Helmy Tahun dpn anak saya dh 7 tahun.. darjah 1.. risau klu masuk kelas biasa.. x dpt nak sesuaikan..mnta surat pengesahan.. x dpat2...
    Like · Reply · 1 · July 2 at 10:26pm
  • Tieqa Zri Anak sy jgk di kategori mild autism and sy telah mendapat pengesahan dari dr juanita lope , pakar kanak2 hukm . Ketika beliau masih btugas disitu . Lengkap dgn borang permohonan kad oku and sgt2 jelas penjelasan mengenai condition anak sy. Alhamdulilla...See More
  • Nurhida Hana-San sy dh xingat cmne sy buat kad oku anak sy ms umur dia 4 thn,tp sbb dia autism n hyperaktif mmg kene buat kad oku..sy dpt surat dari h serdang dan salinan psy assessment,pengesahan sy buat kt klinik kesihatan...Alhamdulillah dpt dh kad oku
  • Noor Shaliza Maaf, sekadar pendapat. Anak saya juga mild autism. Saya rasa saya faham mengapa doktor x mahu beri surat pengesahan dulu dan berharap agar anak dapat melalui pendidikan perdana.Ini kerana pendidikan khas akan menyebabkan anak kita berada di dlm kelompok mereka sahaja dan akan sentiasa dijaga sepanjang tempoh persekolahan. Sedangkan ank mild autism ada potensi untuk berdikari di perdana tetapi.....perlu dilatih dulu pada peringkat awal.saya juga gagal dlm proses ini, anak saya 3bulan di thn 1 perdana, kini di pend khas. Pencapaian di pend khas bagus tetapi guru juga ada menyatakan silibus kssr 1 pend khas spt bm telah dikuasai. Nk bg lebih, itu silibusnya dan umur baru 7thn. Saya faham situasi guru yg mengajar pelbagai kategori masalah murid. Sekarang dgn adanya pend inklusif, peluang anak saya tuk bersama murid perdana semakin cerah.saya berharap anak saya dapat memenuhi kriteria yg diperlukan tuk melayakkan dia ke inklusif satu hari nanti. Kalau awal2 dh dpt surat, peluang tuk anaÄ· mencuba di perdana telah tertutup.mane tahu, dia mampu, jd saya nasihat, sabar dulu ye. Biar anak melalui proses itu.
    Like · Reply · 5 · July 3 at 1:20am
  • Mohd Zafri Omar mild autisme selalunye doc akan bg terapi dulu sbb potensi jd normal tu ade....cume pakar bg cadangan sekolah semua yg byrn blnn agak tinggi...hmm..
  • Noni Herb Anak saya sepatutnya lambat jumpa doktor dlm tahun depan ke Hukm tapi disebab kan anak hantuk kepala diq cepatkan awal bulan jun haritu.. Segala perbicangan dan ciri2 autisme tu ketara dia terus diagnosis dan bagi borang oku serta ke ppd...tapi ppd kata terpulang kepada ibu bapa nak hantar sekolah anak kat mana dan Doktor cakap kalau anak saya dah boleh kembali normal kad oku tu boleh cencel bila2 masa.. Anak saya 3 tahun, tak boleh berkomunikasi lagi,hyperaktif