Monday, October 31, 2011

Keputusan peperiksaan Akhir Tahun 2011 anak2ku

Fakhira

BM Pemahaman - 93%
BM Penulisan - 88%
BI - 76%
Math - 99%
sains - 92%

Faqihah

Bahasa Melayu - 83%
Bahasa Inggeris - 80%
Mathematics - 52%
Science - 78%

Pendidikan Seni - B
Pendidikan Islam - A
PJK - B
Kemahiran Hidup - B
Muzik - A

Haziq

BM Pemahaman - 65%
BM Penulisan - 50%
BI - 64%
Math - 61%
Sains - 56%
PI - 22% (Soalan dlm Jawi)
Jawi - 50%
Muzik - 72%
Seni - 80%
PJK - 28%
Bahasa Cina - 45%

Sunday, October 30, 2011

TiPs MEnangaNi ANAk

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah...

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

"anak- anak ibarat kain pUtih. iBu bApa laH yanG mencoRakkanNya menjaDi yAhudI, nAsRani atAu mAjusI"

Thursday, October 27, 2011

Senarai barangan yang dikhuatiri TIDAK HALAL


BABI SUDAH JELAS HARAMNYA PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI

> 1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
> 2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
> 3. Ajinomoto ( Thailand )
> 4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
> 5. Semua tauhu buatan Orang Cina
> 6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
> 7. Sabun FAB berbuku
> 8. Lobak Jeruk
> 9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
> 10. Krim Muka Hazeline Snow

SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT BABI, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)

> 1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
> 2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ika n buatan Orang Cina
> 3.. Daging Burger Import
> 4.. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
> 5. Kasut Bola Jenis ' Gold Cup'
> 6. Berus Gigi Jenis ' Reach'
> 7. Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam
> 8. Semua sabun mandi yang diimport
> 9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
> 10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
> 11. Have Pearl Cream
> 12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
> 13. Ubat Kurap buatan Org Cina
> 14.. Beehon Segera Siam
> 16. Sabun Mandi Yang Berminyak

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL )

> 1. Bosset Wine Gum
> 2. Dairy Milk Coklat
> 3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
> 4. Sugus Strawberry
> 5. Passer Doily Mixture
> 6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
> 7. Scothes Vikmin
> 8. Share Extra Atrenght
> 9. Black Current Jelly
> 10. Royal Gulaman & Decart Oranges
> 11. Valvis Gelatin
> 12. Sarung Kapsul Ubat
> 13. Ais Krim dalam bekas plastik
> 14. Gula-gula Fruities
> 15 Cake Mets Vilber Punch
> 16 Coklat Cake
> 17 Tepung Kastard Lady's Choice
> 18 Semua jenis Jelly
> 19 Semua jenis gincu bibir
> 20 Keseluruhan Jenis Sheisedo
> 21 Lady's Choice Jelly

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA

> 1 BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
> 2 PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
> 3 MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
> 4 RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
> 5 SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
> 6 KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
> 7 TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND

Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberutahu perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang.

Confirm - Pringles Potato Chips - tidak HALAL !!

AMARAN OLEH KERAJAAN M'SIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN!

Ref. Message: Pringles Potato Chips
Looks like you have to find another alternative to munch.
Just to let you and gang know......... I have checked.. It's true that the chips contain Emulsifier.

Dr Safurah Hj Jaafar ;
Principal Assistant Director;
Ministry of Health , Malaysia ;
Tel: 03-2540088.

Laporan Perlaksanaan Home Tuition MATEMATIK 2011

Senarai Pelajar:

1. Puteri Syahirah - Tg3
2. Puteri Syafikah - Tg1
3. Md Shaqeer - Thn2
4. Md Ezham - Tg2
5. Zulaikha - Thn4
6. Kamelia - Thn4
7. Nadhirah - Thn3
8. Md Amirul - Thn6
9. Md Afiq - Tg4
10. Loqman - Tg2
11. Md Faris - Tg2
12. Md Firdaus - Thn5
13. Danial - Thn5
14. Amira - Tg2
15. Nur Amirah - Tg2
16. Md Haikal - Thn2
17. Fakhira - Thn5
18. Haziq - Thn1
19. Md Adham - Thn3

Waktu Pembelajaran:

Sesi1 : 9.00 - 11.00 pg (Ahad)
Sesi2 : 11.30 pg - 1.30 ptg (Ahad)
Sesi3 : 3.00 - 4.00 ptg (Sabtu)
Sesi4 : 5.00 - 5.30 ptg (Sabtu)
Sesi5 : 8.30 - 10.00 mlm (Isnin - Rabu)

Pencapaian:

1. Md Amirul berjaya mendapat gred B dalam peperiksaan percubaan UPSR 2011 walaupun pencapaian terbaik sebelum ini ialah gred D sahaja sepanjang peperiksaan diperingkat sekolah.

2. Puteri Syafikah telah memperolehi gred A dalam percubaan PMR 2011 walaupun prestasi sebelum home tuition sekadar memperolehi pencapaian terbaik gred B sahaja. Pernah memperolehi 100% dalam peperiksaan bulanan.

3. Md Firdaus berjaya memperolehi markah 50% dalam peperiksaan pertengahan tahun walaupun sebelum ini tidak pernah lulus dalam peperiksaan.

4. Md Afiq dan Loqman berjaya menduduki tempat pertama dalam kelas untuk Matematik walaupun sebelum ini sentiasa gagal. Pencapaian mereka masih belum bemuaskan tetapi pernah berjaya memperolehi gred B.

5. Secara keseluruhan terdapat peningkatan dalam peperiksaan semua pelajar Home Tuition.

Jika pelajar sekadar mengikuti Home Tuition sahaja tanpa membuat latihan sendiri, agak sukar untuk mereka memperolehi markah terbaik. Sokongan ibubapa juga amat perlu dalam membantu peningkatan prestasi anak masing-masing.

Wednesday, October 26, 2011

APABILA FAQIHAH MENULIS.. tanpa rujukan... hasil drp pembacaannya... menulis menggunakan komputer.

"Pada Zaman Dahulu, Hutan Yang Cantik Banyak Pokok-Pokok, Seekor Sang Kancil, Sang Kancil Jalan Dan Tupai Atas Pokok, Sang Kancil Dan Tupai Jalan Dan Main Bersama Sama, Tiba-Tiba Ada Lari Laju Seekor Monyet Yang Nakal Dan Cilik, Dan Banyak Buah-Buahan Sedapnya, Dan Monyet Dapat Satu Idea Bagus Hutan Sang Kancil Dan Tupai, Hari Minggu Sang Kancil Dan Tupai Main Bola Kelapa, Tolong, Tolong, Kata Monyet, Kenapa Monyet, Aku Saya Lapar, Aku Nak Makan, Sang Kancil Rasa Gembira, Baiklah Monyet,Dan Sekarang Boleh Kita Makan, Saya Pencari Makanan Itu,Monket Cari Dan Jumpa Buah Cabai, Aku Nak Cabai Itu, Aku Nak Juga, Kata Monyet,Tak Boleh Monyet, Kita Tak Boleh Makan Cabai, Aku Tak Boleh, Aku Tak Boleh, Saya Makan Cabai Itu, Kata Monyet, Berhenti Monyet, Berhenti,"

Mereka kelihatan normal tetapi...

Oleh Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my

TUNJUK BAKAT...Noor Luqman teruja melihat hasil lukisannya sambil diperhatikan ibunya, Azlyn.


TUNJUK BAKAT...Noor Luqman teruja melihat hasil lukisannya sambil diperhatikan ibunya, Azlyn.

MELIHAT kepada fizikal kanak-kanak ini tiada apa yang membezakan mereka berbanding rakan seusia.

Mereka girang apabila mendapat permainan, ketawa apabila diagah dan aktif ke sana sini.

Malah, rata-rata mereka memiliki kreativiti tersendiri apabila boleh melukis dan mewarna dengan baik.


Namun apabila diajak berkomunikasi sama ada lisan atau bukan lisan, kanak-kanak ini agak lambat berbanding rakan seusia yang sudah petah berkata-kata.


Dalam sesetengah keadaan, mereka melakukan tingkah laku berulang-ulang dan obsesi melampau.

Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak autisme dilabel sebagai bodoh, degil, berkelakuan pelik, mementingkan diri dan berkemungkinan besar tercicir dalam pelajaran.


Bagi ibu bapa, mereka mula mengenali tanda autisme apabila anak gagal berinteraksi dengan sempurna. Seawal bayi lagi, anak yang mempunyai masalah autisme tidak memberi tindak balas atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama. Kanak-kanak yang mempunyai autisme kelihatan seperti anak-anak normal namun mempunyai kekurangan komunikasi sosial.

Perkara ini diakui oleh Siti Hasma Ishak yang mula menyedari kekurangan anaknya Farhan Majidi, 4, ketika anaknya berusia dua tahun.

Pada usia yang sepatutnya dia sudah boleh bercakap, Farhan tidak mampu menyebut walau sepatah perkataan termasuk ibu atau ayah.

“Saya mengesyaki sesuatu yang ganjil pada Farhan apabila dia turut mengalami masalah pendengaran dan suka berjinjit kaki. Selepas berjumpa pakar kanak-kanak di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), doktor memberitahu Farhan adalah kanak-kanak autisme dan memerlukan rawatan fisioterapi,” katanya.

Anak sulung daripada dua beradik ini juga seorang yang hiperaktif.

Dia gemar membaling barang dan berguling di lantai apabila kemahuannya tidak dipenuhi. Bagi meredakan keadaan Farhan, ibunya terpaksa memujuk dengan memegang dan menenangkan dirinya supaya dia tidak menjadi lebih agresif sehingga mencederakan dirinya.

Menurut Siti Hasma, memiliki anak autisme bermakna seorang ibu itu mempunyai tanggungjawab yang besar terutama daripada segi masa dan memberi sepenuh tumpuan kepada mereka.

“Oleh kerana mereka tidak mampu berkomunikasi dengan baik, kita tidak tahu apa yang ada dalam fikiran mereka. Oleh sebab itu kanak-kanak ini mudah memberontak, mengamuk dan membaling barang apabila kemahuan mereka tidak dituruti,” katanya yang sanggup berhenti kerja semata-mata mahu memberi sepenuh perhatian kepada Farhan.

Bagi mendapatkan gambaran yang jelas mengenai autisme, Siti Hasma banyak mendapatkan maklumat menerusi Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom) dan menghantar anaknya bagi mendapatkan pembelajaran di sana.

“Sejak Mei lalu saya menghantar anak ke Nasom dan Farhan mula menunjukkan perkembangan positif apabila mula menyebut perkataan walaupun kurang jelas. Dia juga mula memahami dan mengikut arahan,” katanya.

Bagi Siti Hasma, memiliki anak autisme melatih ibu menjadi lebih sabar dan sentiasa mensyukuri nikmat Tuhan.

Ibu bapa tidak boleh malu dan harus mendedahkan anak mereka sama seperti insan normal lain.

“Saya berharap Farhan dapat memiliki pendidikan sama seperti kanak-kanak lain.
Saya akan cuba sedaya upaya memberikan yang terbaik kepadanya supaya dia tidak berasa rendah diri dan memikirkan mengenai kekurangan yang ada padanya,” katanya.

Bagi Mohammad Yusri Adam, 34, dan isterinya Nuraihan Hamsiah Abdul Salam, 33, mereka hanya mampu mengesan keistimewaan anaknya Muhammad Amar Lutfi, 6, ketika dia berusia dua tahun.

“Pada masa itu saya risau melihat Amar yang masih belum bercakap sedangkan rakan seusia sudah mampu bertutur lancar. Malah, untuk menyebut perkataan mama dan abah juga sangat susah,” katanya.

Selepas dibawa menemui pakar kanak-kanak di Johor, doktor memberitahu Amar termasuk di kalangan kanak-kanak penghidap autisme dan memerlukan pemantauan rapi.

Menurut Yusri, pada mulanya dia sukar menerima kenyataan.

Tambah pula apabila melihat wajah serta fizikal Amar yang tiada cacat celanya.

Dia sama seperti kanak-kanak normal cuma mempunyai tahap komunikasi yang sangat rendah selain seorang yang sangat aktif.

“Pernah satu ketika saya melihat Amar menyusun permainan dengan begitu cantik dan rapi sekali.

“Malah, dia mempunyai kebolehan dan sangat fokus pada sesuatu benda sehingga terlalu obses dengannya.

“Dia juga gemar melakukan perbuatan berulang-ulang seperti menghayun atau memusing-musingkan badan atau keadaan yang lebih berbahaya seperti menggigit atau menghantuk kepala. Saya tidak sangka ini adalah antara tanda autisme,” katanya.

Bagaimanapun, Yusri bersyukur kerana Amar mempunyai tahap autisme yang sangat rendah iaitu pada komunikasi saja.

Oleh itu dia berusaha sebaik mungkin membantu Amar dengan menghantarnya ke sekolah supaya dia tidak berasa rendah diri.

“Saya mempunyai beberapa pilihan sekolah, tetapi selepas mendengar nasihat doktor wsaya memilih Nasom kerana sistem pembelajaran di sana lebih bagus dan mereka memahami apa yang diperlukan kanak-kanak autisme,” katanya.

Melihat keadaan anaknya yang sering bertindak di luar dugaan, Yusri mengakui bapa harus sama membantu meringankan tugas isteri.

Sering kali tugas menguruskan kanak-kanak istimewa terletak di bahu isteri manakala suami lepas tangan.

“Sepatutnya suami isteri harus berganding bahu menjaga anak autisme. Memanglah jika diikutkan suami kurang sabar berbanding isteri.

“Jadi apabila anak suka memberontak dan membaling barang ada bapa yang tidak sabar. Pada masa inilah mereka harus belajar bagaimana menanganinya dan teknik memujuk anak-anak,” katanya yang turut membantu menjaga Amar ketika isteri melakukan kerja rumah.

Bagi Azlyn Aziz, 46, dia sanggup lakukan apa saja asalkan anaknya Noor Luqman Hakim Noorazli, 9, tidak merasa tersisih dan mempunyai keyakinan diri yang rendah.

Walaupun terpaksa mengeluarkan wang menghantar anak ke sekolah dan menjalani rawatan terapi, semua itu dipastikan supaya Luqman mampu berdikari dan belajar seperti rakan seusia dengannya.

Jika dulu dia kurang bercakap, manja, takut dan berperwatakan seperti bayi, kini selepas menjalani pembelajaran di Nasom, dia menunjukkan banyak peningkatan terutama daripada segi komunikasi.

“Apabila Luqman tidak boleh bercakap walaupun usia sudah menjangkau dua tahun, ini amat merisaukan saya. Tambah pula apabila dia tidak boleh menguruskan diri dan sukar memahami arahan.

“Selepas belajar di Nasom, dia kini semakin ceria, mesra dan boleh berkomunikasi. Perubahan ini amat menggembirakan saya,” katanya yang tidak ingin melihat Luqman dibeza-bezakan dengan kanak-kanak seusia dengannya.

Tujuh Cara Motivasi Anak Belajar...Oleh Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad

by KELAB ANAK AUTISME on Wednesday, October 26, 2011 at 3:53am

SOALAN sering ditanya saya setiap kali program motivasi ialah bagaimana mahu menjadikan anak-anak rajin belajar?

Ibu bapa pasti gembira apabila anak pulang dengan keputusan peperiksaan cemerlang, kerja sekolah disiapkan tanpa perlu disuruh dan rajin mengulang kaji pelajaran.

Namun, melahirkan anak bersikap begitu adalah sukar. Sukar tetapi tidak mustahil. Apa yang penting kita perlu tahu cara betul mendisiplinkan anak, tegas dan mesra dalam pendekatan, sabar dalam membimbing dan istiqamah.

Melahirkan anak yang rajin belajar bukannya mengambil masa satu atau dua bulan. Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum kita lihat sikap rajin belajar itu mula berputik dan menjadi tabiat mereka.

Berikut adalah perkara yang perlu kita lakukan:

1. Sediakan keperluan belajar anak secukupnya seperti buku tulis, buku tambahan, soalan peperiksaan tahun lalu, pen, pensel dan pemadam.

Gantikan beg koyak atau baju yang sudah hilang butang. Bagi kita mungkin soalan remeh, tetapi si anak menganggap ia perkara besar. Ada ketikanya menjadi bahan ejekan rakan-rakan sendiri.

2. Semak beg anak-anak kita dari semasa ke semasa. Apabila semak, kita tahu selama ini anak-anak kita siap kerja sekolah atau tidak.

Mungkin juga ada surat-surat penting dari sekolah kepada kita. Ada kalanya pula kita menemui sesuatu yang tidak kita sangka seperti pemetik api, rokok atau bahan lucah. Dengan menyemak beg anak, kita pastikan anak-anak tidak hilang fokus terhadap pelajarannya.

3. Sentiasa letak jangkaan bahawa anak boleh berjaya. Ramai ibu bapa memandang rendah kebolehan anak mereka. Ada yang tidak membelikan buku-buku tambahan atas alasan bukan anaknya suka membaca. Ada yang menolak dari memasukkan anak mereka ke program motivasi atas alasan bukan anaknya boleh berubah.

Sikap begini amat merugikan kerana anak-anak yang cemerlang lahir dari ibu bapa yang sentiasa mencari ruang dan peluang meningkatkan prestasi pelajaran mereka.

Ibu bapa dalam kategori ini tidak pernah mengalah atau berputus asa dalam membimbing anak-anak dan sentiasa percaya bahawa pasti ada cara terbaik bagi membantu mereka. Pendekatan mereka dengan anak-anak sentiasa kreatif dan fleksibel bagi merangsang minat anak belajar.

4. Peraturan dibuat bersama. Apabila ibu bapa mahu menetapkan waktu belajar, bermain atau rehat, cuba babitkan anak-anak dalam mengaturnya. Minta pandangan dan persetujuan mereka.

Peraturan yang dibuat bersama lebih mudah diikuti dan dipatuhi berbanding datang dari ibu bapa.

5. Nyatakan ganjaran. Memberikan ganjaran setiap kali anak-anak berjaya mendapat markah atau kedudukan baik dalam peperiksaan mendorong mereka belajar.

Ibu bapa perlu bijak memikirkan apa bentuk ganjaran disukai anak dan mampu membuatkan mereka bersemangat belajar.

Ganjaran yang diberikan itu mestilah sesuatu yang jelas dan boleh digambarkan.

Misalnya, ibu bapa mungkin berkata: “Jika adik dapat nombor satu mak belikan basikal baru.”

Basikal adalah suatu objek yang boleh digambarkan dengan jelas.

Sebaliknya apabila ibu bapa berkata: “Jika adik dapat nombor satu mak akan berikan satu hadiah yang mahal dan sesuatu yang adik sangat mahukan” tidak membawa apa-apa erti kepada anak dan gagal mendorongnya belajar. Sebab anak tidak mampu menggambarkannya.

6. Cari peluang memuji anak. Jadi lebih sensitif dan prihatin terhadap tingkah laku anak. Apabila kita memerhatikan pasti ada banyak peluang bagi kita memuji secara positif.

Puji anak ketika dia lakukan sesuatu yang betul atau apabila dia menunjukkan peningkatan dalam pencapaian. Memuji membolehkan anak tahu apa yang kita suka.

Jika selama ini anak tidak pernah mahu belajar kecuali apabila disuruh, tetapi hari ini secara tiba-tiba dia mengulang kaji tanpa perlu diberitahu, maka pujilah dia.

7. Masukkan dia ke program motivasi. Ibu bapa usah terlalu berkira-kira mengeluarkan sedikit pelaburan bagi merangsang anak belajar.

Pengalaman saya 16 tahun menjalankan program motivasi mendapati ramai anak-anak memerlukan dorongan pihak ketiga untuk bersemangat belajar.

Ada ketikanya mereka mahu belajar, tetapi tidak tahu cara, di mana mahu bermula, terlalu banyak perlu dibaca, sukar menghafal dan mengingat, kerap hilang fokus atau mengantuk.

Oleh Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad

drasmadi@maptraining.com.my