Thursday, January 30, 2020

Tips Murid Bermasalah Pembelajaran

Tak Pasti KeBENARan & KeberKESANannya. Boleh dijadikan pedoman....just sharing. Jk dah cuba sblm ini boleh beri komen.

Tips untuk murid bermasalah....

Tips ini dikongsi bersama oleh Pn. Zarina Madzhar (Fasi LINUS) untuk murid yang menghadapi masalah:

1) LAMBAT MENULIS.
Penyelesaian- Dapatkan tilam/ sesuatu yang lembut dan suruh murid lompat bintang di atas tilam tersebut (sekolah selalunya ada tilam untuk Pendidikan jasmani; boleh digunakan)
Sebab: Bila tangan dihayunkan, ia menggerakkan otot-otot tangan...

2) MURID PELAT.
Penyelesaian: Suruh murid bergayut ( contohnya di monkey bar) sambil itu murid menyebut perkataan yang sukar disebut.
Sebab: Tekanan pada badan memaksa murid untuk mengeluarkan/menyebut perkataan yang disuruh dengan betul.

3) LAMBAT BERCAKAP.
Penyelesaian: Minta murid melakukan aktiviti turun naik tangga. Lakukan aktiviti meniup belon. Bubbles. Minum menggunakan straw.
Sebab: longgarkan artikulasi murid

4) TULISAN BURUK.
Penyelesaian: Beri murid pensil yang berbentuk segitiga.
Sebab: Mudah digenggam/grip oleh murid.

5) HIPERAKTIF.
Penyelesaian: Cari berus yang lembut, gosok pada badan murid tersebut.
Sebab: Murid hiperaktif mempunyai deria sentuh yang kurang.. bila disentuh dengan berus lembut, ia akan menenangkan murid tersebut.
Boleh cuba.

*just sharing..ibubapa adalah cikgu terbaik di rumah utk ank2..

@GayaSihatCantik

Tuesday, January 28, 2020

Ibubapa WAJIB Berkorban

Semasa Faqihah masih kecil, umminya bercuti tanpa gaji.selama 6 bulan. 

Dalam perancangan umminya nak berhenti kerja. 

Ditakdirkan kami temui pusat jagaan yang boleh memberi didikan terbaik untuk Faqihah walaupun kosnya tinggi dan lokasinya amat jauh. 

Pusat jagaan tersebut telah berpindah sebanyak 3 kali tapi kami masih setia kerana perkhidmatan yang diberikannya adalah terbaik. 

Impaknya sampai kini. 

Terima kasih Teacher Ruby dan Staf Brighter Future. 

Happy New Year. Selamat Tahun Baru Cina. Faqihah mampu berdikari walaupun gagal berada di arus perdana. 

Terkilan juga rasanya sebab Faqihah tiada masalah dalam 3M tapi terpinggir. 

Kami sebagai ibubapa tidak boleh bertepuk sebelah tangan. 

Peringatan buat pihak sekolah. 

Berilah ruang dan peluang kpd anak istimewa sekiranya mereka berkemampuan dalam 3M untuk bersaing di arus perdana.

Sekiranya melepasi prosedur yg ditetapkan. 

Teruskan legasi sekiranya guru yg bertanggungjawab bertukar. 

Anda akan dipertanggungjawabkan sekiranya tidak melakukan apa-apa terutama pihak pengurusan ppki. 

Anak-anak istimewa ini akan menuntut hak mereka kelak. 

Bila? 

Tuan/puan boleh mencari jawapannya sendiri.

Sunday, January 26, 2020

Pesan Pak Yoep kpd Ibubapa 2

MINGGU KEDUA PERSEKOLAHAN

Bukan nak claim parent. Tapi inilah hakikatnya. Peringatan untuk parent yang hantar anak di kelas pendidikan khas. 


Ramai parent yang ambil lewat anak autisme selepas tamat waktu sekolah.Bukan setakat 5, 10 minit lewat tapi ada yang ambil lewat sehingga melebihi 30 minit. 

Tanpa rasa bersalah pulak tu. 

Malah, ada parent demand untuk tinggalkan anak autisme di kelas pendidikan khas sehingga jam 1.30 ptg yang sepatutnya balik pada jam12,20 tgh. 

Alasan tak dapat ambil awal. Dengan pelbagai alasan. 

Bukan sehari dua... tapi nak demand sepanjang tahun. Diingatkan kelas pendidikan khas bukan pusat jagaan kanak-kanak. 

Aturkanlah pengurusan anak masing-masing. Jangan bebankan guru/ppm diluar waktu mereka mengajar. 

Banyak kerja yang mereka perlu lakukan selepas tamat waktu sekolah. Admin dah melalui pengalaman ini dalam menguruskan anak autisme, Faqihah. Tak sampai hati nak bebankan guru setelah mereka mengerah otak dan keringat dalam memberi didikan terbaik untuk anak kita. 

Pengalaman. Waktu pagi....Admin hantar lewat.. gam-gam nak masuk waktu belajar baru hantar ke kelas pendidikan khas. Waktu balik. Ambil awal... sampai sekolah. Terus tangkap Faqihah. Yang ketika itu.. sangat... sangat.... sangat..... hiperaktif. Tak mahu guru/ppm jaga Faqihah lama-lama. Kadang lewat jugak tapi bersebab dan dimaklumkan awal kepada pihak sekolah. 

Tolonglah... Jangan wujudkan perasan kurang senang dikalangan guru/ppm yang sepatutnya tidak perlu wujud perasaan sedemikian dikalangan mereka. 

Agar didikan yang diberikan oleh mereka penuh dengan keberkatan. 

Bila ada keberkatan. 

Guru/ppm - hidup penuh dengan kedamaian, kebahagiaan In Sha Allah. 

Murid - Bakal menjadi lebih baik daripada sebelumnya. In Shaa Allah. 

Ibubapa - ????

Saturday, January 25, 2020

Kelas PPKI sktdi 2020

Rombakan besar-besaran telah dilakukan kepada penempatan murid kelas ppki yang berdasarkan tahap kefungsian murid semasa.

Tahun 2019

Tahun 1 - 2 kelas
Tahun 2 - 2 kelas
Tahun 3 - 2 kelas
Tahun 4 - TIADA
Tahun 5 - 1 kelas

# Dalam setiap kelas ditempatkan kepelbagaian tahap kefungsian murid.
# Kesan - Kesukaran guru melaksanakan PdPC.
# Kesan - Tahap kemenjadian murid sukar untuk ditingkatkan.

Tahun 2020

Tahun 1 - 3 kelas (3 Tahap kefungsian murid)
Tahun 2 - 1 kelas
Tahun 3 - 1 kelas
Tahun 4 - 1 kelas (Calon PASR - 2 orang)
Tahun 5 - 1 kelas (Calon PASR - 5 orang)

# Murid ditempatkan berdasarkan tahap kefungsian murid.
# Disamping PdPC diadakan program khusus untuk meningkatkan kemenjadian murid yang dikenali sebagai program peningkatan yang diadakan setiap bulan yang merangkumi program berikut:

  1. Program Peningkatan Kokurikulum
  2. Program Peningkatan Ko-akademik
  3. Program Terapi Dalaman
  4. Program Intervensi RPI
  5. Program Intervensi Plan Stategik
# Semoga perancangan yang dibuat pada tahun ini dapat meningkatkan kemenjadian murid seperti termaktub dalam Dasar PPKI SKTDI yang telah ditetapkan sejak penubuhan PPKI SKTDI pada tahu 2013.

Pesan Pak Yoep kpd Ibubapa 1

MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (Murid Baru)

Nak minta sangat kepada ibubapa/penjaga terutama yang ada anak autisme dalam kategori yang sukar diuruskan seperti hiperaktif. 
Mohon beri kepercayaan penuh kepada guru untuk memahami dan mengendalikan anak mereka. Janganlah cepat sangat komplen itu...komplen ini. 
Situasi ini akan akan menyebabkan emosi guru terganggu dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada anak-anak autisme ini (Diharap tidak berlaku). 
Tempoh 3 bulan diberi kepada murid baru mendaftar di ppki bagi melihat kesesuaian anak autisme ini untuk penempatan seterusnya samada kekal di kelas pendidikan khas ataupun tidak. 
Penempatan seterusnya yang dimaksudkan ialah PPI (Berkefungsian tinggi), PPKI (Berkefungsian Sederhana) atau PDK (Berkefungsian rendah) sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Akta Pendidikan 1996 Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013. 
Mohon kerjasama tuan/puan sekalian..
Nota:-
PPI - Program Pendidikan Inklusif
PPKI - Program Pendidikan Integrasi
PDK - Program Pemulihan Dalam Komuniti

Wednesday, January 15, 2020

Inklusif sktdi 2020 - Penambahbaikan 1

Pertama - INKLUSIF SOSIALISASI diamalkan semasa WAKTU REHAT KANTIN bersama murid perdana terpaksa ditangguhkan atas faktor teknikal dan akan diteruskan selepas tahun baru Cina. 

Kedua - INKLUSIF KOKURIKULUM diamalkan dalam Rumah Sukan peringkat sekolah. 

Wakil murid ppki menjadi ahli rumah sukan perdana. 

Murid ppki akan terlibat dalam unit uniform sertai aktiviti pengakap perdana.

Wakil murid ppki juga telah menjadi ahli kelab permainan perdana seterusnya mengikuti aktiviti rumah sukan perdana. 

Moga sasaran 55% murid ppki diinklusifkan akan tercapai tahun ini. Sasaran telah dapat ditingkatkan kepada 58%. Terkini JPN Perak telah tetapkan sasaran inklusif kepada 65%.

Ketiga - LADAP telah dilaksanakan pada 21 Jan 2010 melibatkan guru perdana dan gpki yang disampaikan oleh JU Inklusif JPN Perak.

Keempat - INKLUSIF SOSIALISASI dengan penglibatan murid ppki dalam tugasan pengawas sekolah.

  1. Pengawas Sekolah - 6 orang
  2. Pengawas Pusat Sumber - 2 orang
  3. Pengawas ICT Sekolah - 1 orang

Monday, January 13, 2020

PPKI sktd pada Minggu Pertama

Seminggu dah sesi persekolahan bermula. Banyak sudah peristiwa menjelma. Diberitakan hanya 7 yang mendaftar tapi pada hari pertama bertambah 4 menjadikan jumlah keseluruhan 52 orang. Rombakan kelas berlaku setelah murid baru selesai ujian diagnostik, Murid kelas TEACCH yang sepatutnya ada 3 murid lama terpaksa dikeluarkan tinggal 1. Murid dipindahkan ke kelas lain, ada pulak ibubapa tak setuju. Pihak pengurusan bermesyuarat untuk memutuskan penempatan terkini. Murid dan ibubapa adalah pelanggan yang perlu diberi keutamaan. Penempatan murid tahun 2020 bermatlamatkan KEMENJADIAN murid, Ditempatkan mengikut tahap kefungsian murid agar dapat mengikuti pdpc selaras dengan dasar kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia yang ditetapkan. Berkefungsian tinggi akan mengikut DSKP sedia ada. Berkefungsian rendah masih mengikut DKSP sedia ada tetapi fokus utama untuk meningkatkan tahap kefungsian ke arah yang lebih baik. Kelas TEACCH ikut DKSP sedia ada tapi fokus kepada murid AUTISME dengan keadah pengajaran yang berbeza. Penempatan murid yang telah ditetapkan pada minggu pertama ini akan kekal untuk tempoh 3 bulan (Tempoh Percubaa). 50 di ppki manakala 2 telah diinklusifkan penuh. Dalam sejarah 1 akan menduduki UPSR tahun ini. Murid tersebut juga telah mencipta sejarah sertai pertandingan sehingga peringkat kebangsaan.

Saturday, January 11, 2020

Minggu Pertama tahun 2020

Keluarga.

Pengurusan anak ke sekolah berputar 100%. 

Ummi. Menguruskan Umar masuk tadika jam 8.00 pagi baru pergi kerja. Balik ambil Faqihah jam 1.00 ptg.

Abah. Hantar Haziq... Faqihah.... Hadif. Terpaksa masuk kerja lewat. Perjalanan sangat jauh. Keluar rumah jam 6.15 pagi. Sampai tempat kerja jam 7.15 pagi.

Balik - Haziq balik sendiri dengan menaiki bas.

Hadif pergi sekolah agama. Abah hantar jam 3.00 ptg. Abah terpaksa balik ke tempat kerja kerana nak ambil balik hadif jam 6,00 ptg, Nak balik rumah jauh.

Setelah ambil Hadif..sampai rumah jam 7.00 malam.

Itulah rutin pak yoep sepanjang tahun 2020. Keluar rumah jam 6,15 pagi - Sampai rumah jam 7.00 malam. Letih sangat rasanya.

Saya yang menjalankan AMANAH.....

Friday, January 10, 2020

Cara Otak Autisme berfungsi

Kongsi maklumat sebagai panduan ibubapa dalam mendidik anak autisme. Kredit kepada Huzaifah Ibnu Yaman atas perkongsian ini. Sekiranya ibubapa lebih memahami anak autisme mereka maka akan lebih mudah mereka menguruskan anak autisme mereka. Moga bermafaat.

CARA OTAK AUTISM BERFUNGSI
Orang autism ni "single-minded", boleh buat/fikir satu benda saja pada satu-satu masa.
Tak seperti neurotipikal (orang normal) yang boleh "multi-task" (boleh proses banyak maklumat serentak pada satu-satu masa). Boleh buat banyak benda pada satu-satu masa.
Otak autism ni berbeza. Cara kami memproses maklumat berbeza. Kami memproses maklumat SATU DEMI SATU. Jika dipaksa juga (banyak maklumat serentak) boleh menyebabkan stress kerana bertentangan dengan cara otak kami bekerja. Itulah punca kami mengamuk, tantrum, lari sana-sini, menjerit dsb. Sebab kami stress, dan perlu redakan stress tu. Puncanya, banyak benda nak hadam, banyak sangat rangsangan (atau banyak benda menarik perhatian). Dalam keadaan biasa pun kami sudah sedia “stress” dan anxiety (gelisah). Anxiety ni memang sudah sedia ada, petik suis saja (contohnya rangsangan sekeliling; cahaya, warna, ramai orang). Jika orang normal satu suis lampu untuk satu bilik, orang autism satu suis lampu untuk seluruh rumah. Begitulah "wiring" otak autism. Satu suis untuk seluruh badan. Anxiety adalah disebabkan "wiring" ini; guna elektrik/peralatan maksimum untuk seluruh rumah. Semua sekali dia "ON". Sekali "overload" terus blackout satu rumah. Orang normal cuma "ON" lampu untuk bilik yang dia pakai saja.
Sebab tu kami ada "stimming", "self-stimulation" goyang sana-sini, gerak itu, gerak ini, supaya boleh kurangkan stress dan berasa lebih selesa. Jika terlampau stress, otak kami boleh meletup. Bayangkan peninju yang terloncat-loncat atas gelanggang sebelum bertumbuk. Dia takkan berdiri tegak saja sebab dia dalam keadaan "high alert", adrenalin laju, jantung laju. Sebenarnya dia sedang 'stress'. Budak-budak hyperaktif, itulah yang dia rasa. Tapi kalau dia jumpa benda yang dia suka/minat, dia boleh rileks dan fokus.
Autism boleh fokus kepada satu tugasan sahaja pada satu-satu masa. Kalau nak tambah tugasan, tunggu yang pertama selesai dulu. Kalau nak suruh "B", tunggu kami selesaikan/faham "A" dulu. Bagi kami masa secukupnya. Jangan nak cepat-cepat kejar masa takut otak kami tak terkejar. Bimbang otak kami kata "berhenti", satu apapun tak boleh buat. Ini adalah cara semulajadi otak untuk mengelakkan kerosakan.
(Saya kata sekolah aliran perdana berat untuk autism sebab banyak subjek dalam satu hari. Autism paling selesa satu subjek satu hari. Banyak subjek boleh menyebabkan "overload" walaupun untuk autism yang "pandai". Otak autism kena bekerja 2 kali ganda berbanding orang normal. Operating system autism bukan dicipta untuk proses banyak benda serentak atau dalam tempoh yang singkat. Jadi ia boleh rosak. Operating system untuk autism dan neurotipikal tak sama.)
Di planet autism, cara bekerja berbeza. Semua orang bebas siapkan tugasan ikut stail sendiri, ikut kemampuan sendiri, ikut "timing" sendiri. Kami dinilai melalui kreativiti, usaha, stail. Bukan hasil. Neurotipikal pentingkan hasil, autism pentingkan proses. Bagi kami, hasil akan datang sendiri bila proses tu betul.
Hidup autism ni simple.
Kalau makan, makan. Kalau mandi, mandi. Kalau bersukan, bersukan. Kalau melukis, melukis. Kalau bermain, bermain. Kalau duduk, duduk. Kalau berdiri, berdiri.
Kalau mendengar? Kami fokus mendengar. Sebab tu kami tak tengok mata kamu masa kamu bercakap.
Mendengar = satu kerja
Melihat = satu kerja
Cnp
Huzaifah Ibnu Yaman .