Tuesday, July 24, 2018

Julai yang Sibuk

Tiada kesempatan nak menulis blog

Sepanjang Julai ini

Sibuk dengan 2 aktiviti besar

Yang dipertanggungjawabkan

Pentaksiran Altenatif Sekolah Rendah (PASR)
- Sedang dilaksanakan mulai 9 Julai
- Mesyuarat & Dokumentasi

Program Pendidikan Inklusif
- Perancangan aktiviti
- Mesyuarat & Dokumentasi
- Dipilih sebagai perintis

Semua berjalan lancar

Monday, July 16, 2018

Autisme... Kalau dah rutinnya


Itu yang terjadi pada Faqihah

Ianya ketara walaupun dah remaja

Apa yang terjadi pada Faqihah

Diantaranya ialah...

KAIN

... dalam urusan membasuh
... dalam urusan menjemur
... dalam urusan melipat
... dalam urusan mengosok kain

Semua kerja-kerja yang dilakukannya

Tidak boleh disentuh orang lain

INTERNET

... Arah diberikan pada Faqihah
... Buka jam 5 ptg tutup jam 7 mlm
... Buka jam 8 mlm tutup jam 10 mlm

Faqihah akur dengan arahan tersebut tanpa gagal

Melaksanakan tugasan tersebut

PETI AIS

... Faqihah akan memastikan peti ais
... Semua botol diisikan dengan air
... Semua botol air dibenarkannya diminum oleh orang lain
... Kecuali SATU botol
... Tiada siapa boleh menggunakannya
... Termasuk ummi dan abah.

Banyak lagi situasi seumpama di atas.

Akur sajalah...








Friday, July 13, 2018

JEMPUTAN PENCERAMAH



CONTOH SURAT JEMPUTAN PENCERAMAH


Ruj. Kami        : SMKKD/ 01/02/008/05(1/2012)
Tarikh              : 5hb FEB 2012

Kepada:
Mansuruddin bin Mohamad Ibrahim,
(651202-61-5011)
57/10 no 37-1,
Taman Koperasi Polis,
Phase 2,
68100 KUALA LUMPUR.

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH

Dengan hormatnya, saya merujuk kepada Perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kerohanian dan Bina Insan dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam SMK Seksyen 10 Kota Damansara akan mengadakan program sambutan MAULIDURRASUL 1433H. Program tersebut akan dijalankan seperti berikut:

Tarikh              : 11hb Februari 2012
Tempat            : Dewan Terbuka SMK seksyen 10 Kota Damansara
Masa                : 10.30 pagi – 12.30 tengahari
Tajuk               : Syamail Rasulullah saw

3.         Sehubungan dengan itu , kami ingin menjemput tuan untuk menyampaikan ceramah.

4.                   Pihak kami amat berbesar hati sekiranya tuan dapat memenuhi jemputan kami. Segala kerjasama dari pihak tuan amat kami hargai dan didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.


Sekian,

“PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH”

Saya yang menurut perintah,
     

(ZABEDAH BINTI WARJAN)
Pengetua,
SMK Seksyen 10 Kota Damansara