Wednesday, May 30, 2018

Rajin SANGAT Faqihah


Faqihah masih terus konsisten melakukan kerja-kerja rumah.

Tugasan utama yang dilakukan berkaitan kain, pinggan mangkuk, air, nasi dan kekemasan rumah.

KAIN
- Kumpul
- Masuk Misen Basuh
- Jemur 
- Angkat 
- Lipat

PINGGAN-MANGKUK
- Basuh
- Kekemasan

AIR
- Memasukkan air ke dalam bekas
- Menyediakan bekal air ahli keluarga

NASI
- Memasak nasi

KEKEMASAN
- Bilik tidur sendiri
- Ruang tamu
- Dapur

Semua kerja-kerja tersebut dilaksanakan tanpa arahan dari ummi dan abah.

Memerhati kerja-kerja rumah yang dilakukan oleh ummi/abah. Melaksanakannya tanpa disuruh.

Walaubagaimanapun apa yang berlaku ini tidak terjadi dengan semulajadi.

Ummi/abah telah melatihnya sejak kecil lagi.

Hasilnya...

Faqihah dapat meringankan tugasan kerja rumah ummi/abah.

Kekangan pasti ada.

Setiap tugasan kerja rumah yang dilakukannya TIDAK BOLEH dibantu sesiapa.

Faqihah akan menghalang jika ada sesiapa yang hendak membantunya.

Masih dalam proses mengajarnya agar saling berkerjasama melakukan kerja rumah.

Masalahnya...

Tugasan kerja rumah yang dilakukkannya memakan masa yang lama.

Banyak kerja yang dilakukannya dalam satu masa.

Termasuk aktiviti rutinnya menulis dan melukis disamping melayari internet.

Penggunaan internet dihadkan penggunaannya.

Banyak yang perlu ummi/abah lakukan agar Faqihah dapat melaksanakan tugasan mengikut cara yang terbaik.

Tuesday, May 29, 2018

Faqihah berhenti Home Schooling


Berhasrat tamatkan Home Schooling Faqihah bermula Jun 2018.

Terpaksa ditamatkan atas kekangan faktor kewangan.

Kewangan tersebut terpaksa digunakan untuk meneruskan sesi pengajian Kak Long di UTP.

Yuran pengajian melebihi RM6500 semester.

Ada 3 semester... mencecah hampir RM 18000.

Terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri.

Permohonan pembiayaan Mara dan UTP gagal.

Aktiviti Faqihah akan diisi dengan sesi pengajian Al-Quran.

Tingkatkan kemahirannya membaca Al-Quran.

Masih dalam pertimbangan.

Sebab..

Apabila diberitahu kepada Faqihah.

Sesi Home Schooling bakal ditamatkan.

Reaksinya amat menyedihkan.

Tak mahu berhenti di Home Schooling tersebut.

Merayu diteruskan.

Pilu juga ummi dan abah.

Tunggu perkembangan terkini kak long.

Samada kekal di UTP atau

Pindah ke UM.

Ya Allah...

Moga dipermudahkan urusan kami.

Ameen.

Monday, May 28, 2018

Autisme... Tahukah anda?

Hari Kesedaran Autisme Sedunia: 10 perkara yang anda perlu tahu tentang autisme 

KUALA LUMPUR : Masih ada dalam kalangan anggota masyarakat yang tidak memahami apa itu sebenarnya sindrom autisme kerana kebanyakan kanak-kanak yang menghadapinya kelihatan normal seperti kanak-kanak biasa.

Austime atau 
Autism Spectrum Disorder (ASD) adalah gangguan perkembangan saraf yang mempengaruhi kemampuan seseorang kanak-kanak dalam berkomunikasi, interaksi sosial dan tingkah laku.

Tahukah anda bahawa satu daripada 160 kanak-kanak di dunia adalah kanak-kanak autistik?

Ini 10 perkara yang perlu anda tahu tentang autisme sempena Hari Autisme Sedunia hari ini;

1. Tidak menunjukkan respon

Kanak-kanak autistik kebanyakannya tidak akan menunjukkan respon semasa berinteraksi dengan orang lain. Mereka lebih gemar mengasingkan diri seolah-olah berada dalam dunianya sendiri.
 

2. Perkembangan bahasa berbeza 
Perkembangan bahasa kanak-kanak autisme adalah berbeza bagi setiap individu. Antara masalah perkembangan bahasa adalah mereka tidak boleh bertutur dan hanya mengeluarkan bunyi. Manakala, masalah perkembangan bahasa bagi yang boleh bertutur adalah perkataan yang dikatakan tidak mempunyai makna dan sukar untuk difahami.

3. Tiada keupayaan untuk tumpu perhatian 

Kanak-kanak autisme kebanyakannya tidak tahu bagaimana untuk memulakan perbualan atau memberi respon. Ini kerana mereka tiada keupayaan untuk menumpukan perhatian.

4. Lambat dikesan oleh keluarga terdekat 

Ramai kanak-kanak yang menghidap autisme lambat dikesan oleh keluarga terdekat seperti ibu bapa atau penjaga. Biasanya, penghidap autisme boleh dikenal pasti seawal usia dua atau tiga tahun. Jika anak-anak anda menunjukkan tanda-tanda ini, segera dapatkan rawatan pakar.



BACA: 'Bukan mudah jaga anak autisme' - Ini luahan Iman Wan

5. Bantuan dan rundingan 

Jika anak-anak anda menunjukkan ciri-ciri ini, anda boleh mendapatkan bantuan dan rundingan dari kumpulan sokongan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia seperti yang tertera di laman sesawang ini.

6. Tips untuk berkomunikasi 

Antara tip untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak autistik adalah memberi arahan mudah dan jelas kepada mereka. Selain itu, kanak-kanak autistik gemar untuk melakukan aktiviti secara berulang. Maka, lakukan aktiviti harian anak-anak autisme berdasarkan rutin yang dijadualkan.

7. Berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas dan Jabatan Kebajikan Masyarakat 

Kanak-kanak autistik di Malaysia perlu berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran untuk mendapatkan keperluan pendidikan. Mereka juga perlu berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU).

8. 15,484 penghidap autisme 

Setakat Mei 2017, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mencatatkan seramai 15,484 orang dikenali menghadapi masalah autisme di seluruh negara. Dari jumlah tersebut, 2,080 orang yang didaftar adalah berumur bawah enam tahun, 7,167 orang berumur tujuh hingga 12 tahun, 2,248 orang berumur 13 hingga 18 tahun.

9. Hari Kesedaran Autisme Sedunia

Hari Kesedaran Autisme Sedunia disambut pada 2 April setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran masyarakat agar lebih peka terhadap individu yang menghidap autisme.

10. Permata Kurnia lancar video untuk kempen kesedaran autisme 

Sempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia 2018, PERMATA Kurnia yang merupakan sebuah program untuk memastikan keperluan kanak-kanak penghidap autisme dipenuhi, telah melancarkan sebuah video bagi meningkatkan kempen kesedaran tentang autisme. Program tersebut dinaung oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Dalam pada itu, netizen seluruh dunia turut meluahkan keperhatinan mereka kepada anak-anak ini di platform media sosial sempena Hari Kesedaran Austime Sedunia 2018. Rata-rata menyatakan hasrat untuk memakai pakaian berwarna biru simbolik kepada hari ini. 

Sumber: ASTROAWANI

Friday, May 25, 2018

Kembali ke pejabat lama ppki

Pak yoep dah masuk tahun ke-3 di ppki skpi.

Pejabat disediakan di pejabat utama skpi.

Pak Yoep memilih tidak berada di sana sebelum ini.

Berada di bangunan ppki.

Kerana...

Amat banyak kerja perlu dilakukan.

Kini...

Segalanya telah stabil.

Maka...

Pak Yoep kemaskan kembali pejabat lama.

Berabuk.

Berdebu.

Alhamdulillah.

Kembali ceria pejabat ini.

Pak Yoep kekal di sini.

Buat masa ini.

Wednesday, May 23, 2018

UM .... Kak Long masih ragu.


Hubungi kak long.

Mohon status terkini keputusannya.

Masih keberatan untuk keluar daripada UTP.

Sayang sangat kepada UTP.

Ummi dan Abah beri penjelasan.

Kebaikan dan keburukan.

Kak Long wajib membuat keputusan.

UTP terbaik.

UM juga terbaik.

Mana pilihan yang lebih terbaik.

Tarikh akhir pengesahan ke UM pada 31 Mei.

Masih ada hari berbaki.

Untuk membuat keputusan.

Ummi dan Abah amat mengharapkan....


Tuesday, May 22, 2018

Kak Long pilih UTP atau UM..


21 Mei 2018 Kak Long ditawarkan kemasukan ke Universiti Malaya (UM). 

Perlu sahkan kemasukan pada 31 Mei 2018.

Kak Long telahpun mendaftar diri di Universiti Teknologi Petronas (UTP) pada 29 Mac 2018.

Dah dua bulan berada di sana.

Pilihan ditangan Kak Long.

Teruskan pengajian di UTP atau pindah belajar di UM.

UM ranking pertama di Malaysia. Ranking dunia ialah 114.

UTP ranking ke-6 di Malaysia.

Kak Long masih mempertimbangkan.

Cadangan abah dan ummi ialah .....

Saturday, May 19, 2018

Capaian Blog Pak Yoep terkini


Capaian blog pak yoep terkini  pada 18. 5. 2018 adalah seperti berikut 916487. 

Laman blog ini terpaksa diubah-suai kerana diceroboh oleh pihak yamg tidak bertanggungjawab. 

Bila klik laman blog pak yoep akan berpindah ke laman web yang lain. 

Tempoh yang lama juga diperlukan untuk pak yoep menukarnya seperti sediakala tanpa bantuan sesiapa. 

Try and error sahaja mampu dilakukan. 

Alhamdulillah ... berjaya.


Thursday, May 17, 2018

Faqihah Mei 2018


Faqihah telah melangkaui 16 tahun.

Masih bersekolah di SMK Seri Intan dan mengikuti program Home Schooling di Brighter Future di Tambun.

Terdapat beberapa perubahan yang berlaku sejak akhir-akhir ini.

1. Telah melupakan watak-watak kanak-kanak seperti Snow White, Cindirella dll.
2. Telah melupakan pencipta watak-watak di atas (Grim bersaudara) di mana faqiha begitu taksub dengan pencipta watak tersebut. Dapat menceritakan biodata mereka sekali.
3. Amat mengambil berat kerja-kerja rumah seperti urusan pakaian, pinggan-mangkuk, kekemasan rumah dan air minuman.
4. Solat memang tidak pernah tinggal.
5. Makan wajib membaca doa.
6. Sentiasa berinteraksi dengan ahli keluarga.
7. Berkemampuan untuk memasak sendiri tanpa pengawasan.

Alhamdulullah... Bersyukur ke hadrat Allah.

Penat lelah mendidiknya semasa kecil berbaloi dibalas dengan keupayaannya dalam pelbagai aspek terutama dalam urusan rumahtangga. Amat membantu tugasan umminya di rumah.

Ianya tidak hadir dengan semulajadi tapi perlu kepada didikan dan latihan yang berterusan.

Kesabaran dan sikap tidak berputus-asa pasti mendatangkan hasil seumpama ini. Iringan doa juga amat diperlukan bagi merealisasi ke tahap ini.

Semua ibubapa yang mempunyai anak-anak istimewa juga mampu melakukanya..

In Shaa Allah.


Kemenjadian Murid PPKI SKPI


PPKI SKPI telah menyertai dua aktiviti diperingkat daerah Kinta Utara pada bulan April dan Mei 2018 iaitu Pertandingan Tilawah Al-Quran (MTAQ) dan Karnival Ko-Akademik Pendidikan Khas.

Pencapaian seperti berikut:

MTAQ - Pertandingan Hafazan (Tempat ke-3).
             - Sertai 3 acara Bercerita, Azan dan Hafazan.

Karnival Ko-Akadmik - Membina Model (Sains) - Tempat ke-3
                                     - Sertai semua acara dipertandingkan
                                     - Semua peserta berjaya menerima hadiah saguhati


Pencapaian yang diterima sebelum ini (2018)

1. Olahraga - Lompat Jauh (Pingat Gangsa)
2. Petanque - Pusingan awal.