Friday, October 30, 2015

Lagu ASSALAMUALAIKUM - Bahasa Isyarat


Guru dan murid pendidikan khas berkalaborasi dengan murid aliran perdana menjalani latihan nyanyian lagu ASSALAMUALAIKUM nyanyian Faizal Tahir menggunakan bahasa isyarat untuk persembahan Hari Anugerah Gemilang peringkat sekolah 18 Nov 2015 nanti.

Wednesday, October 28, 2015

Jaga Buah Pinggang anda

** Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.
** Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)
** Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.
** Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.
** Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

Monday, October 26, 2015

Tiada Bantuan Awal Persekolahan


Bermula tahun depan, bantuan awal persekolahan 1Malaysia sebanyak RM100 yang diberikan kepada setiap murid sebelum ini, akan hanya diberi kepada mereka yang ibu bapa atau penjaganya yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2016 petang ini.

Maka, pak yoep akan kehilangan RM400.00 untuk menampung kos perbelanjaan persekolahan anak-anak.

Rasanya wajar tindakan sebegini dilakukan oleh pihak kerajaan. Walaubagaimanapun dicadangkan agar had pemberian perlu ditingkatkan hanya untuk ibubapa berpendapatan yang lebih tinggi lagi. Melebihi RM3000 sebulan.

Sebelum ini, semua dapat memang tidak wajar.

Saturday, October 24, 2015

Punca Gemuk Berterusan


Buat pengetahuan semua, kategori badan pak yoep kurus je. Ramai yang bertanya, rahsianya. Tiada rahsia... semulajadi agaknya. Dalam usia sebegini, pak yoep masih mantain. Ramai dikalangan kawan-kawan pak yoep, kalau tak gemuk...pasti perut boroi. Alhamdulillah, Allah kurniakan tubuh badan yang tak kurus sangat dengan kesihatan yang baik.

Thursday, October 22, 2015

Ayahku Sayang


Lama pak yoep tak menulis di laman blog ini.

Tak menulis disebabkan komitmen terhadap ayah pak yoep yang kesihatannya tidak menentu sejak 15 Ogos 2015 yang lepas. 

Dah 3 kali masuk hospital Ipoh.

Faktor umur yang menyebabkan kesihatan ayah pak yoep tak stabil. Umurnya kini dah menjangkau 73 tahun.

Ketika pak yoep menulis ini, ayah pak yoep berada di rumah pak yoep. Kebiasaanya dia tak mahu tinggal dengan pak yoep. Dia lebih selesa tinggal dengan adik perempuan pak yoep yang menjadi suri rumah sepenuh masa.

Walaupun tidak tinggal bersama kami, setiap kari uruskan keperluannya di rumah adik. Jika masuk hospital, akan bermalam di sana setiap hari.

Memandangkan cuti sekolah khas sempena jerebu ini, pak yoep jemputnya bermalam di sini. Mujur dia akur dan mahu ikut bermalam di rumah pak yoep. Sabtu ni nak ngajak pak yoep balik kampung. Nak jengok rumah katanya.

Mak pak yoep dah tiada sejak 2007 pada usia 53 tahun.

Saturday, October 3, 2015

Mohon Derma Murid OKU Terlantar


Atas cadangan warga FB Kelab Anak Autisme, Sumbangan derma dilancarkan mulai hari ini. Sumbangan derma boleh disalurkan ke akaun adik

MOHAMAD ZAINIL IQMAL BIN MOHAMAD ZAINI
Bank Simpanan Nasional
08234-41-00003160-4.


CATATAN TERKINI:

- Adik Iqmal telah kritikal kembali. Masih koma. Memerlukan sokongan pernafasan untuk kelangsungan hidup. Makan (susu khas - diarahkan beli sendiri oleh pihak hospital) menggunakan tiup melalui hidung. Kini telah ditempatkan di wad Pedeatrik ICU Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.

- Adik Iqmal dan ibunya telah berada di hospital sejak 15 Sep 2015.

- Sumbangan derma amat diperlukan untuk menampung kos penjagaan dan rawatan yang terpaksa ditanggung oleh ibubapanya. 

- Ibubapa adik Iqmal merupakan golongan miskin tegar.