Saturday, May 31, 2014

Autism & Hope


When you were a kid, didn’t you run about all the time for no particular cause? Didn't you continuously turn your concentration from one thing to the other? Didn't you have a tough time sitting motionless? Didn't you have a tough time concentrating on one thing, for long span of time? You were a kid and you behaved the manner in which nearly all children do. You did not reflect about things, you simply did them since at that age, there was no thinking procedure. Nearly all children get through this stage in their early life, but science has gone ahead and told us that perhaps this action is not so normal..


Sumber - FB

Friday, May 30, 2014

Salasilah Kesultanan Perak


Thursday, May 29, 2014

Sultan Perak Baru


Raja Dr Nazrin Shah, 58, diisytihar sebagai Sultan Perak yang baharu

Wednesday, May 28, 2014

Sultan Perak Mangkat

Sultan Perak Sultan Azlan Shah mangkat
MANGKAT: Sultan Perak Sultan Azlan Shah, 86

KUALA LUMPUR: Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah hari ini, dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar esok, umum Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Baginda yang telah memerintah Perak selama tiga dekad sejak ditabalkan pada 3 Feb 1984, akan disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk penghormatan terakhir.

Penghormatan terakhir  bagi pembesar negeri dan orang kenamaan adalah pada pukul 9 pagi esok manakala oleh orang ramai bermula 11 pagi hingga 2 petang, diikuti sultan-sultan, raja-raja dan pembesar negara asing mulai pukul 2  petang hingga 3 petang.

Zambry berkata bendera negeri Perak akan dikibar separuh tiang sepanjang tempoh perkabungan selama 100 hari mulai hari ini, sementara bendera Malaysia dikibar separuh tiang selama tujuh hari.

"Sepanjang tempoh perkabungan tujuh hari tersebut, semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan adalah dibatalkan," katanya dalam pengumuman secara langsung melalui RTM hari ini.

Zambry turut mengisytiharkan esok cuti umum bagi negeri Perak sebagai tanda penghormatan sempena pemakaman Almarhum.

"Seluruh rakyat jelata negeri Perak telah kehilangan Sultan yang dikasihi dan berjiwa rakyat.

"Saya Dr Zambry bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan mewakili seluruh rakyat jelata negeri Perak Darul Ridzuan merafak sembah takziah dan mendoakan semoga roh Almarhum Tuanku dicucuri rahmat dan ditempatkan oleh Allah di kalangan para Anbiya, Syuhada dan Solihin," katanya dengan sebak.

Baginda meninggalkan Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, seorang putera, Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah dan tiga puteri Raja Datuk Seri Azureen, Raja Datuk Seri Aleena dan Raja Datuk Seri Yong Sofia.

Anakanda ketiga baginda Raja Datuk Seri Ashman Shah mangkat pada 30 Mac 2012
.



Tuesday, May 27, 2014

Rakan sekerja SMKSP

Rakan sekerja yang saling berkerjasama

Lawatan ke Markas Udara TLDM Lumut  

Bangga berkerja dgn rakan sekerja.....mengalas tanggungjawab mendidik anak2 istimewa dlm memberi peluang kepada mereka menerokai dunia luar yang mungkin tidak dijangkau oleh pemikiran mereka.

Saturday, May 24, 2014

Hadiah istimewa Hari Guru

Hadiah istimewa drp pelajar Pendidikan Khas

Friday, May 23, 2014

Guru DIPUKUL murid



Inila naseb ckg....saya pon shared jeeee sbb tpanggil utk mengkisahkan apa yg guru perlu hadapi situasi skarang dlm usaha nak didik anak2.
[3:51PM, 5/23/2014] Syahrul Mohamad: Cikgu kena pukul
Smk kota kulai
memekak masa solat asar. Cgu tegur xleh terima. Dia Ambik btg penyapu libas cgu. Sekolah kawan Azila. Budak form 2.
[3:51PM, 5/23/2014] Syahrul Mohamad: Sangat kasihan pelajar tu.... kalau betul la bapanya macam tu
[3:51PM, 5/23/2014] Syahrul Mohamad: Ckgu kota kulai kena tumbuk ngan pelajar tingktn 2.
Ni ada muka bdk yg tumbuk ckgu tu..ckgu tu tegur bdk tu bising kat surau.. terus budak tu tumbuk muka cikgu...
Fuhhh ganas bdk2 skarg.. Mana ilmu nak berkat
Khabarnya KPM dah turun...parents budak tu pun katanya ada lawyer. Hard Core tu...ayah dia pun jenis samseng kg dusun gak...
Tgk kalau ckgu yg kena sapa akan tampil membela guru.......
Kalau pelajar kena denda cikgu dll siapplahhhh paper muka dpn berita utama d tv lg... smua pakat mghentam guru dn mntak ambk tindakan segera......

Sumber - Maznah Rahmat FB

Wednesday, May 21, 2014

Menangani anak-anak hiperaktif

kanak-kanak hiperaktif hanya mengalami ketidakseimbangan sistem neuro di dalam otak yang menjadikan mereka sukar mengawal diri.

KANAK-KANAK lasak yang sukar duduk diam dan tidak mengikut arahan ibu bapa sering dilabelkan sebagai nakal. Mungkin ibu bapa akan pening kepala memikir bagaimana caranya menangani anak-anak yang terlalu aktif ini.

Kebanyakan ibu bapa menganggap masalah ini akan beransur hilang seiring peningkatan usia mereka tanpa melakukan apa-apa.

Di sebalik kenakalan itu, kemungkinan besar tersembunyi masalah yang perlu dirujuk kepada pakar perubatan.

Mereka mungkin berada dalam kelompok kanak-kanak hiperaktif atau mengalami gangguan kecelaruan tumpuan dan kelasakan (ADHD)

Ia merupakan satu masalah tidak normal pada bahagian otak yang membuatkan kanak-kanak itu bersikap aktif sejak lahir, berkelakuan mengikut gerak hati, perhatian mudah berubah serta sukar mengasingkan maklumat.

Mengenali kanak-kanak hiperaktif dan memahami langkah menghadapi kesukaran sepanjang mengurus mereka akan membantu ibu bapa menyelesaikan masalah dengan baik.

Menurut Perunding Psikiatrik Kanak-kanak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Subash Kumar Pillai, ADHD sukar dikesan dan ia tidak mudah didiagnosis disebabkan tiada simptom boleh dilihat seperti penyakit-penyakit lain namun tahap kenakalan kanak-kanak berkenaan berbeza dengan rakan seusia.

Katanya, kebanyakan anak kecil yang mengalami masalah ini hanya dirujuk kepada pakar selepas usia enam hingga sembilan tahun.

"Bukan mudah untuk diagnosis tanda masalah kerana dari mata kasar, kanak-kanak ADHD sama seperti rakan-rakan seusia yang lain. Pada usia itu mereka mula lasak dan nakal disebabkan rasa ingin tahu sesuatu yang baru.

"Perbezaan antara ADHD dengan nakal ialah tahap tingkah laku. Kanak-kanak nakal akan mendengar cakap tetapi bukan anak kecil yang mengalami ADHD. Mereka tidak mahu mendengar arahan atau belajar daripada kesilapan. Dia akan terus melakukan kesilapan berulang kali.
"Jika anda meletakkan 10 budak nakal dan 10 kanak-kanak ADHD dalam satu kumpulan, anda masih tidak nampak kelainan. Cuma nakal biasa, mereka masih tidak boleh dikawal manakala ADHD amat susah dikendalikan sehinggakan kita menyangka mereka menghadapi masalah tingkah laku,'' ujarnya melalui laman web www.jomlayan.com.

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 1996 mendapati 333,000 kanak-kanak atau 4.3 peratus mengalami masalah ADHD.

Jika tidak diberi rawatan lebih awal, 60 peratus daripada individu ini akan membesar sebagai orang dewasa bermasalah sehingga mendorong melakukan perkara yang menyalahi undang-undang.

Disebabkan ADHD mempengaruhi genetik, seseorang bapa boleh mewariskan sindrom ini kepada anak lelaki mereka. Keadaan ini juga menjadikan kanak-kanak lebih cenderung mengalami ADHD sebanyak tiga kali ganda berbanding budak perempuan.

Katanya, masalah ini boleh dipanggil penyakit yang tidak nampak kerana secara realiti, mereka sihat malah kebanyakan mempunyai tahap setara individu biasa dan lebih menakjubkan sebilangan besar mempunyai kebolehan serta bakat seni luar biasa.

''Kanak-kanak ini sebenarnya tidak sakit. Mereka hanya mengalami ketidakseimbangan sistem neuro di dalam otak menjadikan mereka sukar mengawal diri. Penyakit ini juga bukan berpunca daripada pemakanan, pengambilan gula berlebihan, alahan atau terpengaruh dengan televisyen.

''Hakikatnya semua bayi dilahirkan ke dunia ini mempunyai kebolehan untuk belajar, tetapi terpulang kepada ibubapa untuk mencorakkannya. Kurang pengetahuan atau tidak tahu masalah anak menyebabkan sesetengah kanak-kanak ini terbiar tanpa sebarang rawatan,'' katanya.
Katanya, ADHD perlu dirawat segera sebaik disedari kerana ia menyebabkan beberapa masalah sampingan seperti perasaan rendah diri, kurang yakin dan lemah pencapaian akademik.

"Dalam situasi ini, ibu bapa seharusnya tidak kecewa jika anak mereka didapati mengalami masalah ini, bawalah mereka bertemu pakar supaya tingkahlaku ini tidak terbawa-bawa ke alam dewasa. mereka masih berpotensi menjalani hidup normal seperti individu lain,'' katanya.
Di bawah ini, disenaraikan beberapa tip yang boleh digunapakai oleh ibu bapa sebagai panduan. Ia turut diperjelaskan menerusi laman web www.sabda.org.

*Jangan menghukum kanak-kanak hiperaktif dengan memukul mereka. Ini kerana, kanak-kanak hiperaktif telah dilahirkan sedemikian dan mereka akan melalui fasa perubahan seperti kanak-kanak normal.

*Jangan sesekali melabel anak hiperaktif sebagai anak yang nakal, malas atau bodoh kerana akhirnya mereka akan bersikap seperti apa yang anda *abelkan.

*Dalam melatih atau mengajar kanak-kanak hiperaktif, jangan sesekali merasa bosan. Ini kerana, lama kelamaan kanak-kanak ini akan dapat menguasai apa yang anda ajarkan.

*Jika kanak-kanak hiperaktif bertindak mencederakan diri dan orang lain, segera bertindak dengan menasihati atau memarahi mereka. Jika perkara tersebut berulang, minta pandangan doktor atau pakar terapi mengenai cara menanganinya.

*Perbanyakkan berkomunikasi dengan kanak-kanak hiperaktif. Ini kerana, komunikasi yang bagus bakal menjadikan kanak-kanak tersebut lebih kreatif dan idealisme.

*Sentiasa fokus dan berwaspada dengan segala tindakan kanak-kanak hiperaktif yang mungkin boleh mencederakan diri atau orang lain.

*Ajar disiplin pada kanak-kanak hiperaktif agar pada masa hadapan, mereka dapat mengaturkan hidup dengan baik.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0924&sec=Keluarga&pg=ke_05.htm#ixzz324n9J6Eh
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tuesday, May 20, 2014

Murid pak yoep SMK Jeapang Jaya




Masliana Saidan hepy teachers day untuk guru-guru saya.... Pak Yoep Padli Saed Zuhair Azuar Sherizai Ismail dan sumelah guru-guru yg pnh mengajar...tnpa anda siapalah kami..

Pak Yoep Genab sedekat tapi masih kekal dalam ingatan kalian... terima kasih.

Masliana Saidan Pak Yoep mn leh lupe ckgu...byk sgt kenangan xleh lupe..smpai skg klau bleh kitorg nk sgt jmpe ckgu cc Syida Amin Azry KhoiryMastura Najamuddin Nor Hashimah Husna Albakri

Banyak kenangan indah bersama terutama murid2 pak yoep ini.

Monday, May 19, 2014

Mengenang 13 Mei 1969


BAGAIMANAKAH seharusnya kita mengenang 13 Mei 1969  ̶  suatu hari ketika mana sebilangan warga negara ini hilang waras dan harga diri sehingga sanggup berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Hari itu disifatkan oleh banyak orang sebagai "titik hitam" atau "hari paling gelap" dalam sejarah negara. Sebuah buku yang merakamkan episod itu malah terbit dengan judul "13 May 1969: The darkest day in Malaysian history".

Apakah sebenarnya yang kita tahu tentang hari itu?

Peristiwa itu terjadi 45 tahun lalu. Rakyat negara ini pula sekarang hampir 50 peratus umurnya di bawah 40 tahun. Maknanya, apa yang sebahagian besar daripada kita tahu tentang peristiwa itu adalah apa yang kita kutip daripada catatan sejarah yang ditulis di sana sini.

Tetapi apakah itu sejarah?

Sejarah secara ringkasnya ditafsirkan sebagai pengetahuan tentang masa lampau yang dihimpunkan oleh sejarawan. Setiap seorang sejarawan masing-masing menyumbangkan apa yang mereka ketahui untuk membentuk pengetahuan itu  ̶  yang kita panggil "sejarah". Pengetahuan itu adalah sumbangan sejarawan secara kolektif kerana seorang sejarawan tidak mungkin betul semua dan selebihnya, kerana sejarawan itu jarang berlaku jujur kepada dirinya sendiri  ̶  sejarah yang dicatat selalu dibentuk antaranya oleh teori dan pegangan politik sejarawan itu sendiri.

Kenapakah sejarah itu penting? Apakah gunanya sejarah itu kepada kita?

Sejarah itu penting peta dan kompas yang jadi panduan untuk kita meneroka masa depan, yang menunjukkan dari mana kita datang dan ke mana kita menuju. Sebagai sebuah bangsa, sejarah adalah ingatan kolektif tentang sebuah masa lalu yang akan membantu kita membuat keputusan tentang masa depan bangsa dan negara ini secara bersama. Sekiranya ingatan kolektif kita tidak sama  ̶  atau pemahaman kita tentang sejarah itu berbeza  ̶  hala tuju kita ke arah masa depan itu juga tidak akan sama.

Apakah ingatan kolektif kita tentang 13 Mei 1969?

Ada beberapa peristiwa penting yang berlaku selepas tragedi berdarah itu. Sekolah aliran bahasa Inggeris ditutup. Kedudukan Bahasa Melayu diperkukuhkan dalam sistem pendidikan termasuk jadi bahasa pengantar di universiti. Gerakan menubuhkan institusi pengajian tinggi berbahasa Melayu yang disuarakan oleh nasionalis dan intelek Melayu kembali marak selepas peristiwa itu dan lahirlah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) lebih kurang setahun kemudian.

Setahun kemudian juga, Rukunegara diperkenalkan sebagai dokumen falsafah negara. Setahun kemudian juga, kerajaan Perikatan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Dasar itu kemudiannya muncul dalam beberapa dasar yang menggantikannya selepas ia tamat pada 1990.

Secara ringkasnya, apa yang ada di negara ini pada hari ini sedikit sebanyak ditentukan oleh apa yang berlaku pada 13 Mei 1969 itu.

Tetapi apakah yang kita tahu tentang hari itu?

Sejarah itu bukan apa yang berlaku. Sejarah adalah cerita tentang apa yang berlaku. Ada perbezaan antara "sejarah" dan "masa lalu"  ̶  yang satu itu pengetahuan tentang apa yang berlaku, yang satu lagi pula apa yang benar-benar berlaku.

Baik "sejarah" atau "masa lalu", kita sebenarnya sama-sama tidak tahu. Kita tidak usah menipu diri sendiri. Hakikatnya, hanya sedikit yang kita tahu dan lebih banyak sebenarnya yang kita tidak tahu tentang apa yang terjadi pada 13 Mei 1969 itu.

Selebihnya, tidak banyak juga orang yang tahu apa yang berlaku kerana mereka terlalu jauh dengan zaman itu dan sejarah tentangnya pula tidak diajar dengan menyeluruh sebaliknya hanya disentuh sepintas lalu. Sebahagian besar daripada kita barangkali tidak ubah seperti burung kakak tua yang mengulang-ulang apa yang didengarnya tanpa dia sendiri memahami apa yang dia katakan. Begitulah kita dan peristiwa 13 Mei 1969. Lebih daripada itu, peristiwa berdarah itu dijadikan momok untuk mengugut, menggertak dan menakut-nakutkan sebahagian daripada kita.

Tetapi apakah yang kita tahu tentang hari berdarah itu? Apakah yang kita tahu itu cerita sebenar tentang hari itu? Bagaimanakah pula kita melihat peristiwa itu  ̶  apakah dengan memahami konteks zamannya atau melihatnya dengan pemahaman kita tentang zaman ini?

Sekiranya kita faham bahawa sejarah itu bukan apa yang berlaku tetapi cerita tentang apa yang berlaku, kita akan faham juga bahawa  ̶  seperti dalam cerita  ̶  sejarah itu ada versi yang berbeza. Peristiwanya sama tetapi ceritanya mungkin tidak serupa.

Makanya, cerita 13 Mei 1969 yang mana satukah yang mahu kita percaya? Setelah itu, bagaimanakah seharusnya kita mengenang hari penting yang sedikit sebanyak membentuk negara ini sekarang?

Sunday, May 18, 2014

Autisma di TV 1

Saturday, May 17, 2014

5,000 guru PPPLD naik pangkat

Kuala Lumpur: Seramai 5,000 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG29, DG32, DG34 dan DG38 akan dinaikkan pangkat ke gred DG42 tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, pelantikan pertama skim perkhidmatan bersepadu yang berkuat kuasa pada 1 Januari lalu membabitkan gabungan skim perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan 


Lepasan Diploma (PPPLD). Difahamkan, guru terpilih bakal menikmati gaji minimum RM1,917 dan maksimum RM8,652 dengan kenaikan tahunan sebanyak RM225. Mereka dijangka menerima kenaikan pangkat dan tunggakan gaji pada pertengahan tahun ini. 

Pemohon disyaratkan mempunyai ijazah semasa dalam perkhidmatan secara pengajian jarak jauh (PJJ), mula mengisi borang permohonan secara manual sejak 24 Mac lalu untuk ditapis jawatankuasa khas Unit Kenaikan Pangkat Bukan Siswazah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM).

Gabung PPPS dan PPPLD

Dalam usaha kita untuk memartabatkan profesion keguruan, kementerian menggabungkan skim perkhidmatan PPPS dan PPPLD ke dalam satu skim perkhidmatan bersepadu PPP berkuat kuasa pada 1 Januari lalu.

Pada tahun ini, dianggarkan 5,000 pegawai PPP gred DG29, DG32, DG34 dan DG38 akan dinaikkan pangkat ke gred DG42, katanya pada majlis pelancaran sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-43 bertema Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi, di sini, semalam. 
Turut hadir isteri beliau, Puan Sri Norainee Abdul Rahman; Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh serta Timbalan Menteri Pendidikan I dan II, Datuk Mary Yap dan P Kamalanathan.

Pada majlis itu, bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dipilih sebagai Tokoh Kepemimpinan Kebangsaan, manakala bekas Pengetua Cemerlang, Tengku Azuan Tengku Mohamed dinobat sebagai Tokoh Guru Kebangsaan.

Masing-masing menerima anugerah berupa plak, sijil penghargaan, pingat emas kecemerlangan, wang tunai RM10,000, Sijil Simpanan Premium bernilai RM8,000 dan penerbangan pergi balik ke Jeddah bernilai RM20,000 daripada Muhyiddin.

Lebih 2,000 guru dari seluruh negara menghadiri majlis itu, termasuk bekas guru Matematik yang mengajar Muhyiddin di Sekolah Tinggi Muar, Yusuf Karto, 80, yang didatangkan khas ke majlis berkenaan dan ternyata kehadirannya yang berkerusi roda memberi kejutan kepada pemimpin berkenaan. 

Muhyiddin berkata sehingga Jun ini, dijangka seramai 195 guru dinaikkan ke gred DG54, manakala 643 orang ke gred DG52, 803 orang (DG48) dan 8,954 orang (DG44).

Bagi Guru Bukan Siswazah pula, katanya, seramai 354 orang dinaikkan ke gred DGA38, manakala 11,314 orang dinaikkan ke gred DGA34 dan 4,091 orang ke gred DGA32.

Penambahbaikan laluan kenaikan pangkat secara Times Based Berasaskan Kecemerlangan yang memberi peluang luas kepada PPP untuk menikmati kenaikan pangkat adalah satu penghargaan dan pengiktirafan kerajaan kepada guru, katanya.

Peruntukan besar

Beliau berkata, dianggarkan lebih 10,500 orang PPPS dan 15,700 orang PPPLD mendapat manfaat kenaikan pangkat melalui skim berkenaan.

Katanya, bagi melaksana semua urusan kenaikan pangkat guru, kerajaan memperuntukkan sejumlah besar kewangan yang membuktikan kerajaan memberi pengiktirafan kepada usaha guru dalam membentuk modal insan personaliti unggul.


Sumber - Bharian

Rawatan Autisma Attitude Therapy


Jika ibubapa mempunyai anak kecil yang mempunyai kelainan, dari segi kadar perkembangan pertuturan atau kemahiran asas dalam pembelajaran dan respond yang lemah pada arahan, segeralah buat pemeriksaan pakar perkembangan kanak2. Pemeriksaan ini adalah untuk mengesan keupayaan anak tersebut.

Setelah mendapat keputusan pemeriksan oleh pakar kanak2 bahawa anak mengalami masalah  langkah merawat harus dilakukan dengan segera.

Kelewatan dalam pengesanan masalah anak melambatkan proses rawatan dan pemulihan.
Kebanyakan ibubapa yang datang keklinik saya untuk rawatan kes kelainan upaya anak2 menyatakan mereka mengesannya semasa anak mereka telah berumer 3 tahun.

Pada umur ini tidak terlambat untuk merawat masalah hyperaktif, lambat bercakap atau autisma.

Ada juga kanak2 yang mengalami masalah ini mengalami gangguan makhluk halus dan hijab terbuka sehingga mereka selalu bertembung dengan dimensi alam ghaib.

Kanak2 mengalami halusinasi lantas mengganggu perkembangan minda.

Klinik Attitude Therapy menyediakan rawatan mandi selama 3 hari berturut2 dan ubat2 yang sesuai bagi memulihkan minda dan karektor anak2 yang bermasalah.

Sumber - Blog Dr Aishah

alkindi5919@yahoo.com

Friday, May 16, 2014

Program Buying Seat - Pendidikan Khas


Tahukah anda?

Program "Buying Seat" ialah suatu program anjuran Kementeriaan Pendidikan dgn kerjasama pihak swasta yang memberi peluang kerjaya kepada anak2 istimewa yang berumur 16 - 18 tahun setelah mengikuti sesi pengajian selama 2 tahun. Sesi pemilihan dilakukan oleh pihak sekolah berdasarkan kepada syarat2 kelayakan yang ditetapkan. Pelajar yang menepati syarat kelayakan akan didaftarkan untuk mengikuti sesi temuduga di peringkat JPN, jika berjaya akan mengikuti sesi temuduga diperingkat KPM dan seterusnya temuduga oleh pihak swasta. Kos pengajian ditanggung oleh pihak kerajaan/swasta. Sesi pengajian dijangka bermula pada Julai 2014.

Thursday, May 15, 2014

Terima Kasih Cikgu

Guru Pak Yoep



Antara NAMA guru pak yoep yang terus kekal dalam ingatan...

1. Cikgu Abdul Hamid (Djh 6) - Kena penamparnya sebab sembang2 dengan kawan di mana ketika itu tidak bawa buku, duduk sebelah kawan.
2. Cikgu Lee Ah Peng (Tg 3) - berjaya tingkatkan prestasi matematik pak yoep sebanyak 100%
3. Cikgu Syarifah Shawati (Tg 4/5)- tingkatkan penguasaan pak yoep dalam matematik tambahan

Terima Kasih Cikgu

Selamat Hari Guru

MTAQ Kinta Utara 2014


Tahniah kepada guru2 yang terlibat. Anak2 khas pak yoep berjaya dalam MTAQ peringkat Kinta Utara. Nasyid mengekalkan kejuaraan buat tahun ke-2 berturut-turut.

Nasyid - Johan
Hafazan - Naib Johan
Bercerita - Tempat ke-3

Tahun ke-2 menyertai semua acara yang dipertandingkan.

Wednesday, May 14, 2014

Rawatan Islam anak istimewa


Di antara intipati penyampaian ceramah rwatan islam,

1. Ibubapa perlu yakin sesiapa ada ank syurga dia juga ada berkatnya jika mendoakan seseorang.
2. Sentuh badan anak urutkan tapak kaki, fatihah, selawat niat dan tiupkan pd anak.
3. Hantar sedikit duit ke masjid atau surau atau madrasah tahfiz sertakan nama anak semoga sembuh.
4.Hentikan SAKA itu ini. Ianya hanyalah sedikit gangguan mahluk halus yang kecil saja. Yang penting Allah swt mahu kita kembali padaNya dgn cara yang baik.
5. Makanan Sunnah perlu dan setiap kali masak kita bca selawat dan niat utk keluarga.
6.Bermain dgn mereka bukan jauhkan dari mereka jika mereka berdiam. amin ya rabbal a'alamin.


Sumber- FB Nazri Isnin

Tuesday, May 13, 2014

BERHATI HATI DIUSIA 40TAHUN

BERHATI HATI DIUSIA 40TAHUN
Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt. berfirman,

حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
"Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)
Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.
Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah
Pada ayat yang lain, firman Allah;
أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ
Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan? (al-Fathir: 37)
Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.
Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh2.
Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) Kematangan.
Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:
“Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (riwayat al-Bukhari).
Nabi Muhammad saw. diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi2 yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.
Banyak negara menetapkan untuk menduduki jabatan2 elit seperti ketua negara, disyaratkan bakal calon harus telah berusia 40 tahun. Masyarakat sendiri mengakui prestasi seseorang mantap tatkala orang itu telah berusia 40 tahun. Soekarno menjadi presiden pada usia 44 tahun. Soeharto menjadi presiden pada umur 46 tahun. J.F. Kennedy 44 tahun. Bill Clinton 46 tahun. Paul Keating 47 tahun. Sementara Tony Blair 44 tahun.
Mengapa umur 40 tahun begitu penting.
Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu
1. Kanak-kanak ( sejak lahir hingga akil baligh )
2. Muda atau syabab ( sejak akil baligh hingga 40 tahun )
3. Dewasa ( 40 tahun hingga 60 tahun )
4. Tua atau syaikhukhah ( 60 tahun hingga mati )
Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh. Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.
Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah saw.,
لعَبْدُ الْمُسْلِمُ إِذَا بَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً خَفَّفَ اللهُ تَعَالَى حِسَابَهُ ، وَإِذَا بَلَغَ سِتِّيْنَ سَنَةً رَزَقَهُ اللهُ تَعَالَى الْإِنَابَةَ إِلَيْهِ ، وَإِذَا بَلَغَ سَبْعِيْنَ سَنَةً أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، وَإِذَا بَلَغَ ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ وَمَحَا سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ – رواه الإمام أحمد
"Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi. (riwayat Ahmad)
Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah swt. sekaligus konsisten terhadap Islam, maka Allah swt. akan meringankan hisabnya. Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati2 juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja. Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dpt mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”
Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa2 syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. Di antara aku dan dia ada Allah.”
Lantas, apa yang harus kita lakukan menginjak usia 40 tahun?
1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan daya spiritual
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.
Jika ada yang mengatakan bahawa: Life began at forty, saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya. Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak panjang.
Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W ," Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati".
Ramai manusia tertipu dengan keindahan dunia dan isinya yang bersifat sementara. Sejak Nabi Adam as. sehingga kini, kesemuanya telah kembali kepada Allah swt. tidak kira kaya atau miskin, berpangkat atau tidak. Mengingati mati bukan bermakna kita akan gagal di dunia tetapi dengan mengingati mati kita akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. janganlah menunggu sehingga esok untuk membuat persediaan menghadapi kematian, kerana mati boleh datang pada bila-bila masa..

Sumber - FB

Monday, May 12, 2014

Gelora politik MB di Terengganu


KUALA LUMPUR: Beberapa jam selepas meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu pada Isnin, Datuk Seri Ahmad Said telah mengumumkan keluar dari parti UMNO.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal kini berdiri sebagai ADUN bebas.

"Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuatkuasa serta-merta.

Saya juga mengisytihar keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas bagi DUN Kijal," katanya dalam surat tersebut.



Keluar UMNO Ahmad Said
Surat keluar parti Datuk Seri Ahmad Said yang diemailkan kepada AstroAWANI.


Seorang lagi ADUN dari UMNO, iaitu Ghazali Taib yang merupakan ADUN Ajil juga telah isytihar keluar dari parti tersebut.

Perkembangan itu dimaklumkan oleh Ahmad Said dalam satu email kepadaAstro AWANI.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said telah meletakkan jawatannya berkuatkuasa Isnin.


UMNO Keluar
Surat keluar parti ADUN Ajil, Ghazali Taib yang diemailkan kepada AstroAWANI.

Beliau digantikan olehADUN Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dalam satu majlis angkat sumpah.

Ahmad Razif mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu malam tadi.

Dengan perkembangan terbaru ini, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat masing-masing menguasai 15 kerusi daripada 32 kerusi DUN Terengganu di mana PAS menguasai 14 kerusi DUN manakala PKR pula satu kerusi.

Baki dua lagi adalah calon bebas.

Sunday, May 11, 2014

Catatan Dr Aishah mengenai Faqihah


Alhamdulillah, selama 18 tahun saya merawat penyakit pesakit2 yang datang berjumpa saya, saya tak sangka pesakit cilik saya yang unik Noor Faqihah Izzah Iwani memberi kesan yang besar pada tugas saya membantu masyarakat yang memerlukan bantuan. 

Saya faham apakah tekanan ibubapa yang mempunyai anak autisma. Saya berdoa pada Allah ibubapa 2 ini mendapat pahala syurga.

Ilham yang saya perolehi dari masalah autisma membuahkan satu produk untuk merangsang minda dan karektor yang positif iaitu JERI Quotient.

Semua masalah karektor yang negatif termasuk autisma dapat dirawat menampakkan kesan yang amat ketara.

Pengambilannya bagi kanak bawah 12 tahun ialah sebiji pil untuk setiap 4 jam. Manakala untuk dewasa 2 biji pil setiap 4 jam.

alkindi5919@yahoo.com