Anak-anakku jika kau ingin menggembirakan aku dengan keputusan
peperiksaan mu yang cemerlang, ketahuilah aku tidak akan gembira
dengannya... aku hanya gembira apabila ilmumu dapat dimanfaatkan untuk
taat kepada Allah dan berkhidmat untuk manusia!
Anak-anakku,
jika kau rasa aku akan bersedih dengan keputusan peperiksaanmu yang
tidak cemerlang, ketahuilah aku tidak akan bersedih... aku hanya sedih
sekiranya kau gagal bersabar dalam menghadapi takdir Allah setelah gigih
berusaha!
Berjaya jangan sampai kau berbangga. Gagal jangan sampai kau kecewa! Carilah keredhaan Allah, bukan penghargaan manusia.
No comments:
Post a Comment