Autisme ialah gangguan perkembangan otak yang dicirikan sebagai masalah
hubungan sosial, komunikasi, emosi, kurang kebolehan imaginasi, bermain
serta menunjukkan tingkah laku terhad dan berulang.
Anak yang menghidap autisme sering dilabel sebagai kanak-kanak
lembab atau lembam, bodoh, degil, berkelakuan pelik, mementingkan diri
sendiri, tidak faham bahasa dan berkemungkinan besar keciciran dalam
pelajaran.
Pendapat pakar Psikologi,
“Kanak-kanak
autistik bukan golongan berisiko atau bodoh, cuma ibu bapa tidak tahu
cara mendekati mereka. Oleh kerana mereka ada masalah perlakuan,
pemikiran dan tidak pandai bersosial, perkembangan kanak-kanak penghidap
autisme secara umumnya lebih perlahan daripada kanak-kanak normal."
“Bagaimanapun,
melalui pendidikan betul, individu autistik boleh belajar di sekolah
biasa dan berjaya dalam pelajaran. Malangnya, faktor kurang pengetahuan
ibu bapa mengenai kecelaruan spektrum autistik (autistic spectrum
disorder - ASD) ini menyebabkan ramai kanak-kanak ini membesar di bawah
paras kemampuan,” katanya (Pakar psikologi, Rica Frances Talon).
No comments:
Post a Comment