Tidak kenal erti susah, segalanya mampu jika
kita mahu! Bila nampak gambar ini, rasa bersyukur sangat dengan rezeki
kurniaan Allah kepada kita. Anak ini terpaksa menjaga adiknya kerana
ibunya bekerja. Nasib baik cikgu sekolah benarkan. Sekurang-kurangnya
anak-anak kita tak perlu hadapi semua ini. Itulah kita perlu sentiasa
bersyukur. Rezeki itu bukan hanya wang, tapi kesihatan, kebahagiaan,
ketenangan, kekuatan dan luas lagi maknanya. Oleh sebab itu kita tidak
boleh alpa dengan kurniaan Allah. Perlu sentiasa berusaha keras untuk
hidup didunia dan di akhirat. Perlu kejar kedua-duanya. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment