Salam, kak Yati Ali, kak Azizah Noor dan juga kak emy.
Mungkin sedikit pengalaman yang saya boleh kongsi. Yg ni saya copy dr perbualan saya bersama kak Azizah.
(tak larat nak tulis balik.) :-)
Salam, kak...sorry lambat balas...busy sikit--last minit bnyk kerja di office.
Untuk pengetahuan akak, seingat saya, seperti yang pernah ibu, kakak
dan abg sy bercerita, saya seawal umur 1 1/2 tahun dah mula tunjuk
simptom2 autisme dan hyperaktif seperti tidak mahu bergaul dengan
kanak-kanak lain dan tidak tahu mengunakan bahasa...
saya juga seperti punya dunia tersendiri, main sendiri, suka uruskan diri sendiri, makan sendiri, mandi sendiri---dll.
keadaan tersebut berlaku sehingga umur sy lebih kurang 4-5 tahun sebelum sy mula bersekolah.
pada mulanya, mereka (keluarga) memang sukar untuk menerima tabiat
saya, malu nak bawa pergi majlis sebab sy berbeza dengan kanak2 yang
lain, tambahan dengan narrow minded dari saudara-mara yang cucuk2, kata
saya berkawan dengan makhluk halus, bunian, saka dan lain-lain, buat
keluarga saya lebih tertekan.
selain itu, sy tidak suka diganggu jika sedang bermain atau duduk diam atau dipaksa melakukan sesuatu.
tapi, alhamdulillah, saya punya keluarga yang begitu supportive,
walaupun saya tidak memberi sebarang respons, seawal umur 2 tahun, arwah
abah dan ibu saya, kakak-abang saya mula mengajar saya berborak dengan
cara orang dewasa, bertutur dengan bahasa yang tersusun, dan jarang
sekali menggunakan bahasa2 pasar apa lagi bahasa2 yang kasar dan kesat.
Dengan cara itu, mungkin saya dapat absorb perkataan2 dan gaya bahasa
dengan betul. Kebanyakan parents--ini dari pemerhatian saya, memanjakan
anak2 mereka dengan gaya bahasa yang lembut, manja dan kadang2 menyebut
perkataan dengan cara kanak-kanak. Itu tidak bagus sebenarnya.
Selain itu, seusia 3 tahun, saya sudah mula diajar mengeja, kenal huruf,
dan nombor. Pada mulanya memang susah, sebab sy memang tak akan duduk
diam, tapi gunakan cara alternatif, ajar semasa makan, semasa menonton
tv, sambil2 saya main permainan, sambil2 saya berlari2...selitkan
sedikit unsur2 pendidikan.
Saya masih ingat lagi, arwah abah
sering bercakap2 dengan saya kalau dia bw saya naik motor, apa sahaja yg
ada dihadapan kami, dia akan sebut, dan suruh saya ulang---perkataan
pertama yang saya dapat sebut ialah "keretapi/kereta api".
Rumah
kami dekat dengan stesen keretapi, dan tiap2 petang kalau keluar ke
kedai memang arwah abah akan bw saya tgok keretapi, dan tak jemu2 sebut.
mungkin panjang kalau saya nak cerita semua,
tapi banyak yang saya dah lalui sebagai seorang penghidap autisme, umur
5/6 tahun baru saya mula bertutur, darjah 1-3 saya belum kuasai
3M---walaupun sebenarnya saya tahu dan hafal semua pelajaran, dan
cemerlang dalam peperiksaan...pelik bukan?
Sebenarnya kanak2
autisme atau mana2 sekali pun kanak2 kelainan respons (saya tak suka
disebut OKU atau kelainan upaya..hehehe), cara dan kaedah adalah sama,
cuma ibu bapa dan keluarga perlu lebih kreatif untuk guna kaedah2 lain.
Ada kanak -kanak autistik yang berbakat dalam bidang muzik atau
matematik , bijak menyusun jigsaw -puzzles serta menggunakan komputer
atau mesin taip. Oleh itu , penilaian terhadap kanak -kanak autistik
perlu merangkumi aspek -aspek riwayatnya yang terperinci , pemeriksaan
fizikalnya yang teliti serta penilaian keupayaan intelek dan sosialnya.
Kelemahan - kelemahan dan kekuatan -kekuatan yang ada pada dirinya
perlulah dikenal pasti.
Ibu bapa perlu mengetahui kekuatan dan
kebolehan yang dimiliki oleh anak -anak autistik mereka kerana ini akan
memberi mereka harapan untuk meneruskan usaha mendidik dan mengasuh anak
itu.
Dan, alhamdulillah, walaupun tak secemerlang mana, saya
sekarang mampu berdikari, mencuba pelbagai jenis lapangan kerja dan
mampu menonjolkan bakat yang ada dalam bidang2 seni, kreatif----dimana
yang tak pernah terfikir oleh keluarga saya pada masa dahulu.
Jadi, saya harap kakak dan keluarga jangan terlalu risau, anugerah pada
mereka sebenarnya adalah lebih istimewa dari kanak2 lain.
Salam hormat --- Najeeb.
Sumber: KAA
No comments:
Post a Comment