Ramai
ibu bapa yang beranggapan bahawa kelas Pendidikan Khas adalah khusus
untuk anak-anak cacat fizikal atau mental sahaja. Sebenarnya tanggapan
ini salah!.
Sebenarnya selain daripada menempatkan anak-anak yang
mempunyai kecacatan fizikal dan mental yang minima, Kelas Pendidikan
Khas juga bertanggungjawab mendidik murid-murid yang secara fizikalnya
normal tetapi lemah dalam pembelajaran (lembam). Apabila salah tanggapan
ini tidak diperbetulkan maka anak-anak lah yang akan jadi mangsa.
Ini
kerana anak-anak yang berkeperluan khas ini apabila terus belajar di
kelas perdana, mereka akan jauh ketinggalan kerana anak-anak ini tidak
mampu bersaing dengan rakan rakan sebaya mereka.
Kanak-kanak berkeperluan khas
"Individuals
who differ from soceital or community standards of normalcy. These
differences may be due to significant physical,sensory,cognitif,or
behavioral caracteristics. Many of these children may require
educational programs customized to their unique needs." [Garciulo
(2003)]
McDonnell et al (1995) mengklasifikasikan pelajar-pelajar
berkeperluan khas kepada rencatan akal, gangguan tingkah
laku,autisme,gangguan pembelajaran,kecacatan deria serta kecacatan
fizikal dan kesihatan yang lain. Ada juga di kalangan kanak-kanak
istimewa ini mempunyai gangguan yang pelbagai (sebagai contoh, rencatan
akal dan gengguan tingkah laku)
Gargiulo M.R pula mengkategorikan kanak-kanak berkeperluan khas kepada sembilan kategori iaitu:-
1. Terencat akal (Mental Retardation)
2. Kurang upaya dalam pembelajaran (learning disability)
3. Kecelaruan emosi dan tingkah laku ( Emotional or behavioral disorders)
4. Pintar cerdas dan berbakat (Gifted and talented)
5. Masalah bahasa dan pertuturan ( Speech and language disoders)
6. Masalah pendengaran (Hearing Impairment)
7. Masalah penglihatan (Visual Impairment)
8. Kecelaruan Spektrum Autisma (Autism Spectrum Disorder)
9. Kurang upaya Fizikal atau masalah kesihatan ( Physical or health disability)
Masalah Pembelajaran
Murid
bermasalah pembelajaran adalah kanak-kanak yang mempunyai masalah
kognitif (kerencatan akal) yang dianggap boleh diajar (educable) dan
boleh mendapat manfaat pendidikan formal. Kategori kanak-kanak
bermasalah pembelajaran di bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran
Malaysia ialah:-
1. Sindrom Down
2. Autisme ringan
3. Hiperaktif (Attention Deficit-Hyperactivity Disoders/ADHD)
4. Terencat akal minima
5. Kurang upaya dalam pembelajaran (Learning Disability)
6. Kurang upaya dalam pembelajaran khusus ( Contoh : Disleksia)
Ibu
bapa yang peka dan prihatin terhadap masalah anak-anak sudah tentulah
tidak mahu anak-anak mereka jauh tertinggal dalam pelajaran. Oleh itu
sekiranya ada anak-anak yang mempunyai ciri-ciri di atas, adalah lebih
baik membawa anak anda menjalani pemeriksaan doktor di Hospital Kerajaan
bagi mengesahkan Ketidakupayaan anak-anak anda.
Banyak
keistimewaan yang anak-anak istimewa ini akan perolehi. Jangan
dipersiakan hidup anak-anak berkeperluan khas ini. Keegoan ibu bapa akan
memalapkan masa depan anak-anak istimewa ini.
No comments:
Post a Comment