Tiada kesempatan nak menulis blog
Sepanjang Julai ini
Sibuk dengan 2 aktiviti besar
Yang dipertanggungjawabkan
Pentaksiran Altenatif Sekolah Rendah (PASR)
- Sedang dilaksanakan mulai 9 Julai
- Mesyuarat & Dokumentasi
Program Pendidikan Inklusif
- Perancangan aktiviti
- Mesyuarat & Dokumentasi
- Dipilih sebagai perintis
Semua berjalan lancar
▼
Tuesday, July 24, 2018
Monday, July 16, 2018
Autisme... Kalau dah rutinnya
Itu yang terjadi pada Faqihah
Ianya ketara walaupun dah remaja
Apa yang terjadi pada Faqihah
Diantaranya ialah...
KAIN
... dalam urusan membasuh
... dalam urusan menjemur
... dalam urusan melipat
... dalam urusan mengosok kain
Semua kerja-kerja yang dilakukannya
Tidak boleh disentuh orang lain
INTERNET
... Arah diberikan pada Faqihah
... Buka jam 5 ptg tutup jam 7 mlm
... Buka jam 8 mlm tutup jam 10 mlm
Faqihah akur dengan arahan tersebut tanpa gagal
Melaksanakan tugasan tersebut
PETI AIS
... Faqihah akan memastikan peti ais
... Semua botol diisikan dengan air
... Semua botol air dibenarkannya diminum oleh orang lain
... Kecuali SATU botol
... Tiada siapa boleh menggunakannya
... Termasuk ummi dan abah.
Banyak lagi situasi seumpama di atas.
Akur sajalah...
Friday, July 13, 2018
JEMPUTAN PENCERAMAH
CONTOH SURAT JEMPUTAN PENCERAMAH
Ruj.
Kami : SMKKD/
01/02/008/05(1/2012)
Tarikh :
5hb FEB 2012
Kepada:
Mansuruddin bin Mohamad Ibrahim,
(651202-61-5011)
57/10 no 37-1,
Taman Koperasi Polis,
Phase 2,
68100 KUALA LUMPUR.
Tuan,
JEMPUTAN
SEBAGAI PENCERAMAH
Dengan hormatnya, saya merujuk
kepada Perkara di atas.
2. Sukacita
dimaklumkan bahawa Unit Kerohanian dan Bina Insan dengan kerjasama Panitia
Pendidikan Islam SMK Seksyen 10 Kota Damansara akan mengadakan program sambutan
MAULIDURRASUL 1433H. Program tersebut akan dijalankan seperti berikut:
Tarikh :
11hb Februari 2012
Tempat :
Dewan Terbuka SMK seksyen 10 Kota Damansara
Masa :
10.30 pagi – 12.30 tengahari
Tajuk :
Syamail Rasulullah saw
3. Sehubungan
dengan itu , kami ingin menjemput tuan untuk menyampaikan ceramah.
4. Pihak kami amat berbesar
hati sekiranya tuan dapat memenuhi jemputan kami. Segala kerjasama dari pihak
tuan amat kami hargai dan didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian,
“PERSEFAHAMAN
ASAS PERPADUAN UMMAH”
Saya yang menurut perintah,
(ZABEDAH BINTI WARJAN)
Pengetua,
SMK Seksyen 10 Kota Damansara