▼
Saturday, June 30, 2018
NO handphone buat Haziq.
Penguatkuasaan.
NO Handphone buat Haziq.
Sepanjang bergelar pelajar sekolah.
Sebagaimana diamalkan kepada Kak Long.
Kebetulan TAP haziq 'rosak'...
Hadiah upsr tempohari.
Haziq berkomunikasi dengan kawan2nya.
Menggunakan handphone umminya.
Untuk tujuan kawalan.
Agar tidak melalaikan Haziq.
Hasil penguatkuasaan kepada kak long.
Berjaya dapat 9A dalam SPM.
Kini dah berada di UM.
Sambung pengajian.
Besar harapan kami.
Haziq juga mampu mengikuti.
Jejak langkah kak long.
Belajar di U.
Thursday, June 28, 2018
Minggu pertama di SMKPI
Haziq telah melapor diri di SMKPI pada 26. 6. 2018.
Penempatan awal di kelas 2A3.
Aliran RBT...
Dpindahkan ke kelas 2A2.
Aliran ASK...
Aliran yang diikutinya di SYS.
Perkembangan terkini.
Haziq suka dan selesa di SMKPI.
Guru yang mengajar difahami isi mata pelajaran.
Tahap kawalan disiplin oleh pihak sekolah tinggi.
Haziq dah rajin menyiapkan tugasan sekolah.
Banyak yang positif.
Moga prestasi akademik Haziq.
Bakal ada peningkatan.
Kami juga perlu beri komitmen tinggi.
Bagi memastikan Haziq komited.
Ulangkaji dan belajar setiap hari.
In Shaa Allah.
Wednesday, June 27, 2018
Cara elak gangguan XXX
Elak Gangguan
Seksual, Ini 9 Perkara Ibubapa Perlu Ajar Sejak Kecil
Posted on June 6, 2016
21
SHARES
|
“Seramnya tengok macam-macam kes pedofilia
yang menakutkan. Ada tu memperkosa saudara terdekat dan anak sendiri. Kita
bukannya boleh ada bersama anak setiap masa. Bagaimana nak ajarkan supaya
mereka pandai melindungi diri daripada jadi mangsa gangguan seksual
kanak-kanak ini ya?”
Sekali lagi, seluruh Malaysia digemparkan dengan berita seorang
pedofil warga Britain yang berhadapan hukuman penjara seumur hidup selepas
mengaku bersalah mencabul dan membuat serangan seks terhadap kanak-kanak
daripada usia 6 bulan, di mana sebahagian daripadanya datang dari keluarga
miskin di Malaysia.
Sebenarnya, ini hanyalah salah satu daripada beribu-ribu kes rogol dan
gangguan seksual kanak-kanak yang dapat dikesan. Menakutkan!
ELAK GANGGUAN SEKSUAL KANAK-KANAK, INI 9 PERKARA
IBUBAPA PERLU AJAR SEJAK KECIL
Pesanan supaya ‘jangan bercakap dengan orang yang tidak dikenali’
tidak lagi relevan dalam masalah peadofilia atau pemangsa seks ini.
Buktinya, sebanyak 73% daripada mangsa ini telah diliwat,
diperkosa, atau dirogol oleh seseorang yang mereka kenali.
Tidak kiralah lelaki atau perempuan, ibu bapa perlu berjaga-jaga dan
melengkapkan mereka dengan kefahaman terhadap pendidikan seks dan agama yang
sesuai dengan umur mereka.
1. KENAL ANGGOTA SULIT MASING-MASING
Tidak ada malunya untuk kita memberitahu
mereka tentang anggota sulit ini tanpa perlu
berselindung dengan nama gelaran seperti ‘burung’, ‘punai’, ‘karipap’, atau apa
sajalah. Nama-nama ini akan menjadikan mereka keliru dan kurang berasa perlu
melindungi anggoa tersebut.
Beritahu mereka istilah yang sebenar yang lebih serius seperti buah dada,
dubur, penis, atau vagina.
Ini akan membantu mereka menghargai tubuh badan sendiri dan mempunyai hak ke atasnya.
Ini akan membantu mereka menghargai tubuh badan sendiri dan mempunyai hak ke atasnya.
2. BERPAKAIAN SOPAN
Kanak-kanak perlu diperkenalkan dengan
aurat dan sebab mereka perlu menjaga tubuh
badan mereka daripada dipertontonkan kepada orang ramai.
Mereka juga perlu faham bahawa alat sulit mereka merupakan sebahagian
daripada aurat dan tidak boleh disentuh oleh orang lain kecuali ibu ayah, itu
pun hanya dalam keadaan tertentu seperti membersihkannya.
Jangan biasakan anak-anak berpakaian terdedah dan tidak sopan walaupun di
dalam rumah.
3. ASINGKAN TEMPAT TIDUR
Memang ada hikmahnya umat Islam
disarankan agar mengasingkan tempat
tidur anak-anak daripada ibu bapanya atau adik-beradik berlainan jantina seawal usia
4-5 tahun.
Hal ini adalah untuk mengelakkan sumbang mahram atau berlakunya rangsangan
seksual sekiranya mereka ‘terpandang’ aurat atau aksi ghairah ibu bapa di malam
hari.
Walaupun sukar pada awalnya, namun inilah tanggungjawab ibu bapa yang perlu
kita lakukan.
4. TIDAK BEBAS DISENTUH SESUKA HATI
Apabila bercakap dengan anak kecil mungkin susah sedikit kerana mereka ini
biasanya comel dan mesti akan dicium dan dipeluk oleh orang lain.
Namun, seelok-seeloknya anak kecil tidak perlu digalakkan untuk berpelukan
atau dicium secara berlebihan oleh orang lain, walaupun ahli keluarga terdekat
atau keluarga pengasuh.
Bagi kanak-kanak yang sudah besar sedikit, terangkan tentang muhrim mereka
serta sentuhan yang ‘dibolehkan’ seperti bersalaman, bukannya belaian yang
menimbulkan rangsangan.
Ada kanak-kanak malang yang tidak
mengetahui apa yang diperlakukan terhadap mereka adalah sejenis gangguan
seksual kerana mereka tidak pernah diberitahu tentangnya. Mereka menyangka
bahawa sentuhan ini adalah sejenis rasa sayang yang tidak patut
ditepis.
5. BERKAWAN SECARA SIHAT
Gangguan seksual kanak-kanak boleh
berlaku di mana-mana. Sentiasa bertanyakan guru dan ambil tahu cara anak bergaul di sekolah.
Pastikan mereka tidak selalu keseorangan dan terlalu berani bercakap dengan
orang yang tidak dikenali.
Jika mereka terlalu pendiam, pastikan anda selalu berhubung dan berbual
dengannya untuk memastikan anak tiada masalah tertentu.
Anne Barry yang telah
mengkaji kecenderungan pemangsa seks ini selama 20 tahun berkata: “Mangsa yang paling mudah untuk diperdayakan adalah
kanak-kanak yang keseorangan, agak terpinggir daripada teman-temannya, tidak
akan menjerit, dan tidak akan mengadu kepada ibu atau bapa mereka.”
6. PERCAYAKAN IBU BAPA
Ibu bapa perlu menjadi seseorang yang
boleh dipercayai. Maka, amat penting untuk kita menunjukkan kasih sayang dengan
melayan mereka sepenuh perhatian.
Jika jarang dapat bertemu, luangkan masa berkualiti dan praktikkan juga cara berkomunikasi dengan anak secara berkesan.
Jika jarang dapat bertemu, luangkan masa berkualiti dan praktikkan juga cara berkomunikasi dengan anak secara berkesan.
Janganlah menjadi seseorang yang garang, mudah menghukum sehingga anak-anak
berasa takut untuk memberitahu kita sebarang kejadian buruk. Tentu mereka
ingatkan mereka yang bersalah dan ingin menyembunyikan hal tersebut.
Foto Kredit:
modernmom.com
7. TIDAK SALAH BERKATA “TIDAK!”
Anak-anak biasanya jujur dan akan mengekspresikan perasaan mereka. Namun
ada kalanya mereka tidak mahu berbuat demikian kerana ingin menggembirakan ibu
bapanya atau orang sekeliling.
Oleh itu, galakkan mereka memberitahu
kita serta-merta jika berlakunya sesuatu yang tidak selesa atau luar
daripada kebiasaan. Bantu mereka buat keputusan sendiri dan bertindak
sewajarnya.
Contohnya, jika anak kecil tidak suka
seseorang membelai pipinya, katakan “Kalau adik tak mahu orang
belai pipi, adik cuba beritahu orang tu sendiri tau! Nanti Mama tolong
tengokkan juga”. Memupuk tabiat ini akan membantu mereka lebih berani.
8. JANGAN MENYIMPAN RAHSIA
Jika mereka cuba memberitahu sesuatu kepada anda berkaitan gangguan
seksual, dengar.
Ada kalanya kita sukar mempercayainya
lebih-lebih lagi jika ia melibatkan seseorang yang anda percaya seperti keluarga pengasuh mahupun anak
lelaki anda sendiri.
Mungkin sukar untuk kita percaya, tetapi selain daripada orang dewasa,
salah satu daripada golongan paedofilia yang sukar dikesan adalah mereka yang
terdiri daripada kanak-kanak dan remaja.
Malangnya, banyak kes telah melaporkan bahawa seseorang yang rapat dengan
anda atau keluarga boleh menjadi pemangsa seks yang paling merbahaya.
Sebelum membuat sebarang tuduhan, pastikan anda memantau anak anda dengan lebih berhati-hati.
Sebelum membuat sebarang tuduhan, pastikan anda memantau anak anda dengan lebih berhati-hati.
Sekalipun ianya tidak dapat disahkan, pastikan anda tidak memarahi atau
menganggap mereka menipu supaya anak-anak rasa selamat apabila memberitahu anda
tentang hal seperti ini lagi.
9. MEMATUHI PERATURAN JIKA MEMILIKI GAJET
Sebagai salah satu langkah pencegahan,
mungkin tidak semua ibu bapa dapat menepispenangan gajet atau
telefon bimbit kepada anak mereka, terutamanya yang telah meningkat remaja.
Oleh itu, pastikan mereka mematuhi beberapa syarat terlebih dahulu sebelum
dibenarkan menggunakan atau memiliki gajet.
Pastikan anda tahu kata laluan dan ‘setting’ tertentu supaya mereka tidak cenderung
terjebak ke jerat pedofil.
Walaupun memberi ruang untuk mereka berhubung, pastikan anda kenal siapa
yang mereka hubungi dan laman web yang biasa mereka layari
Sumber: Sirap Limau
Faqihah vs Internet
Faqihah amat mengemari melayari internet.
Lokasi komputernya di ruang tamu.
Sebab?
Mudah membuat pemantauan.
Tempoh penggunaan internet dihadkan penggunaannya.
Sebelum ini...
Jumaat petang hingga Ahad malam sahaja.
Bila dah remaja.
Penggunaan dipanjangkan.
Setiap hari bermula jam 5 ptg hingga 10 malam.
Waktu maghrib ditutup seketika.
Tanpa diarahkan.
Faqihah menutup internet tepat jam 7 malam.
Tetap jam 10 mlm akan ditutup sendiri.
Tanpa perlu disuruh.
Kekal disiplin tersebut sejak dulu hingga kini.
Walaupun broadband ada... tidak disimpan.
Faqihah tidak buka internet sehingga jam 5 ptg.
Untuk ibubapa diluar sana..
Tidak sukar untuk anak-anak autisme laksana rutin seperti ini.
Perlu dilatih.. pasti anak-anak ini.
Berdisiplin dalam penggunaan internet.
In Shaa Allah.
Tuesday, June 26, 2018
Kembali terjalin 5J smkjj 2007
Sesi perjumpaan tidak rasmi.
Secara kebetulan semasa majlis perkahwinan bekas pelajar 5J di Taman Meru 2C.
Semua gembira dengan pertemuan ini.
Rancang pak yoep buat sesi perjumpaan semua bekas murid pak yoep 5J.
Pada majlis Hari Raya tahun mendatang.
Pak Yoep adalah guru kelas mereka selama 2 tahun dan guru matematik.
......dan Matematik Tambahan.
Pencapaian matematik dan matematik tambahan meningkat.
Dibawah didikan pak yoep (Puji diri sendiri)
Diakui oleh murid sendiri.
Sukar diterima pendekatan pak yoep pada awalnya.
Stail tentera dilaksanakan.
Membuahkan hasil.
Didikan diberikan ....
Sejak mereka dalam tingkatan tiga.
Alhamdulillah.
Penderaan XXX Kanak-kanak

Tahukah anda... Murid pendidikan khas juga diajar mengenai perkara di atas. Terdapat dalam mata pelajaran Pengurusan Kehidupan (Pengurusan Tingkah Laku). Didedahkan kepada murid pendidikan khas yang berada di tahun 4.
Jangan Pandang Ringan Terhadap Penderaan Seksual Kanak-kanak.
Semua kanak-kanak mempunyai hak untuk dilindungi daripada keganasan, eksploitasi dan penderaan.
Seorang kanak-kanak yang mengalami penderaan seksual mungkin akan mempunyai harga diri yang rendah, berasa dirinya tidak berharga dan mempunyai pandangan tidak normal atau terpesong mengenai seks. Kanak-kanak itu mungkin menyepikan diri dan tidak mempercayai orang dewasa, serta mempunyai kecendurangan untuk membunuh diri.
Penderaan seksual terdiri daripada pelbagai tindakan berbentuk seksual di antara seorang kanak-kanak dan seorang dewasa atau kanak-kanak yang lebih tua. Terdapat dua jenis penderaan seksual terhadap kanak-kanak:
Penderaan fizikal:
- melakukan sentuhan seksual pada mana-mana bahagian tubuh kanak-kanak – sama ada berpakaian penuh atau tidak.
- memperkosa atau memasukkan sesuatu objek atau bahagian tubuh ke dalam mulut, faraj atau dubur seorang kanak-kanak.
- memaksa atau memujuk seorang kanak-kanak untuk mengambil bahagian dalam sebarang bentuk aktiviti seks.
- memberi tekanan kepada kanak-kanak untuk menanggalkan pakaian mereka, menyentuh alat kelamin seseorang atau melancap.
Penderaan bukan fizikal:
- menggalakkan seorang kanak-kanak untuk menonton atau mendengar aksi seks
- bersubahat dengan tidak melaporkan atau membiarkan penderaan berlaku, walaupun tidak mengambil bahagian secara aktif
- berjumpa dengan kanak-kanak setelah melakukan gangguan berunsur seksual atau sexual grooming dengan niat untuk mendera mereka
- penderaan dalam talian termasuk membuat, menonton atau mengedar bahan yang mempunyai unsur penderaan seksual terhadap kanak-kanak
- membenarkan orang lain membuat, menonton atau mengedar gambar-gambar penderaan seksual kanak-kanak
- menunjukkan bahan-bahan lucah kepada seorang kanak-kanak
- mengeksploitasi kanak-kanak secara seksual untuk wang, kuasa atau status (eksploitasi kanak-kanak).
Bagaimanakah rupa pemangsa seksual kanak-kanak?
Orang yang tidak dikenali berkemungkinan menjadi dalang penderaan seksual kanak-kanak, walau bagaimanapun, pemangsa seksual kanak-kanak kebiasaannya adalah dalam kalangan orang yang dikenali anda atau anak anda. Dia mungkin seorang ahli keluarga, saudara rapat, pengasuh, guru, dll. Kedua-dua lelaki dan wanita boleh menjadi pemangsa tetapi kebanyakan pelaku adalah lelaki dewasa.
Amnya, pemangsa seksual bertindak kerana mereka tergolong di dalam salah satu daripada empat kategori berikut:
- Mereka adalah kanak-kanak atau remaja yang bersifat ingin tahu mengenai seks atau ingin mencuba.
- Mereka mempunyai masalah perubatan atau mental yang memerlukan rawatan (contohnya, ketidakbolehan intelek, tingkah laku psikotik).
- Mereka adalah oportunis yang tidak ada perasaan simpati atau empati terhadap orang lain dan mempunyai gangguan personaliti anti-sosial.
- Mereka mempunyai nafsu seks yang konsisten terhadap kanak-kanak (juga dikenali sebagai pedofil).
Apakah tanda-tanda amaran penderaan seksual?
Penderaan seksual kanak-kanak tidak mudah dikenalpasti. Tambahan pula, pemangsa mungkin seseorang yang anda atau anak anda telah lama kenal atau percayai. Ini menjadikannya lebih sukar untuk dikesan. Perhatikan tanda-tanda amaran berikut:
Tanda-tanda fizikal:
- Kesukaran berjalan atau duduk
- Pakaian dalam yang berdarah, koyak, atau kotor
- Sakit, cedera atau rasa gatal pada bahagian kelamin
- Kerap membuang air kecil atau dijangkiti yis
Penderaan bukan fizikal:
- Menjauhkan diri daripada orang lain
- Menunjukkan tanda-tanda kemurungan, keresahan atau rasa takut
- Meluahkan perasaan ingin membunuh diri
- Menyakiti diri sendiri
- Perubahan mengejut dalam pencapaian di sekolah
- Menunjukkan tingkah laku regresif (contohnya, menghisap ibu jari)
- Lari dari rumah atau sekolah
- Tiba-tiba bersikap menjaga atau melindungi (adik beradik)
- Kekerapan mimpi ngeri atau kejadian kencing malam yang tidak normal
- Pengetahuan atau tingkah laku seks yang tidak wajar
Orang dewasa yang terselamat daripada penganiayaan seksual kanak-kanak sering menderita kesan jangka panjang:
- Sebagai orang dewasa, mangsa mungkin menderita gangguan fungsi seksual ketika bersetubuh atau mempunyai salah tanggapan tentang seks dan hubungan seksual.
- Jika kekerasan atau ancaman kekerasan diguna semasa mereka didera secara seksual, mereka mungkin juga mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri dalam alam dewasa, mempunyai ketidakpercayaan yang tidak sihat terhadap orang lain dan juga gagal untuk berfungsi dengan baik dari segi sosial.
- Malu, menyalahkan dan rasa bersalah tertanam dalam imej diri kanak-kanak tersebut kerana pemangsa menyalahkan kanak-kanak di atas perbuatannya atau menanamkan persepsi betapa salahnya perbuatan tersebut.
- Mangsa juga mungkin mempunyai harga diri yang rendah kerana persepsi negatif orang lain terhadap mangsa penderaan kononnya mereka sudah “tidak suci” atau “rosak”.
- Orang dewasa yang pernah didera semasa kanak-kanak berkemungkinan akan membesar menjadi pemangsa seksual juga. Ini menyebabkan masalah ini berterusan tidak berkesudahan.
- Kesan psikologi jangka panjang penderaan seksual termasuk:
- Keresahan
- Serangan panik
- Gangguan stres (Post Traumatic Stress Disorder atau Gangguan Stes Selepas Trauma)
- Kecelaruan personaliti
- Penyalahgunaan bahan terlarang
- Tingkah laku salahguna diri (Self-abuse behaviour)
Adalah penting untuk ibu bapa melindungi anak-anak mereka daripada menjadi mangsa dengan memperkasakan diri dan anak-anak dengan kemahiran, pengetahuan dan kaedah-kaedah tertentu. Dr Mary Joseph Marrett, akan menjelaskan mengenai kemahiran dan kaedah ini dengan lebih lanjut dalam bahagian kedua artikel ini.
Sumber: myparenting.org
Gangguan XXX Kanak-kanak
Tahukah anda... Murid pendidikan khas juga diajar mengenai perkara di atas. Terdapat dalam mata pelajaran Pengurusan Kehidupan (Pengurusan Tingkah Laku). Didedahkan kepada murid pendidikan khas yang berada di tahun 4.
Bayangkan anak-anak kita sedang bermain dengan ceria bersama rakan-rakannya pada minggu lepas, tiba-tiba mengalami kemurungan pada hari ini. Bagi ibu bapa yang kurang peka, perubahan anak-anak mereka tidak langsung menjadi tanda tanya.
Senario ini perlu diubah dan keluarga kanak-kanak mesti memerhatikan tingkah laku anak mereka jika ada sebarang perubahan. Ini kerana kanak-kanak ialah insan yang perlu dilindungi daripada segala bentuk kekerasan atau keganasan yang memudaratkan fizikal, mental dan emosinya.
Mengikut statistik pihak berkuasa yang dibentangkan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Senator Datin Chew Mei Fun ketika merasmikan Seminar Kesedaran Keselamatan Kanak-Kanak 2017, di Air Keroh, Melaka, April lalu, sebanyak 21,244 kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak membabitkan kesalahan rogol, sumbang mahram, seks luar tabii dan cabul direkodkan di seluruh negara dalam tempoh tujuh tahun sejak 2010.
Apa yang dimaksudkan gangguan seksual kanak-kanak ? Pengarah Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak Universiti Malaya (UM) dan pakar psikologi, Dr. Mariani Mohd. Nor berkata, gangguan seksual kanak-kanak didefinisikan perlakuan individu iaitu pemangsa memaksa atau cuba mempengaruhi serta mengugut mangsa sama ada melakukan hubungan seksual atau gangguan seksual banyak cara termasuk memasukkan objek dalam mulut, tubuh, dubur dan kesakitan fizikal.
Dr. Mariani memberitahu, perbuatan mengusap-usap kadang-kadang mengelirukan kanak-kanak kerana mereka menganggap itu sentuhan sayang.
“Dalam kes ini, pelaku akan memujuk mangsa. Misalnya memaksa mangsa menanggal baju atau melakukan seks oral. Oleh itu, kanak-kanak perlukan bimbingan kerana perbuatan tersebut bukan perkara normal. Perlu diingat, perkara ini boleh menjadi serius hingga menyebabkan gangguan emosi mereka dan mengakibatkan kemurungan,” katanya.
Dr . Mariani menjelaskan, kanak-kanak sering menjadi mangsa gangguan seksual kerana pada peringkat umur ini, mereka mudah menerima keputusan orang dewasa seperti pemangsa. Berbeza dengan remaja, mereka ada persetujuan dengan orang yang di sekeliling mereka.
“Ugutan mengakibatkan kanak-kanak keliru walaupun perbuatan itu salah. Tanpa bertanya kenapa atau apa, mereka akan menurut kata pemangsa,” jelasnya.
Di sebalik kejadian ini, kanak-kanak akan meninggalkan ingatan atau kenangan dalam memori mereka apabila dewasa kelak.
Terdapat tiga peringkat umur kanak-kanak iaitu awal (empat tahun ke bawah), pertengahan (empat hingga tujuh tahun) dan lewat kanak-kanak (tujuh hingga 11 tahun).
“Bawah empat tahun, kanak-kanak biasa mengalami emosi dan perasaan tidak stabil. Selain itu, fizikal juga tidak sesuai untuk menjalinkan hubungan seks kerana fizikal masih lagi kecil. Penderaan seks juga akan mengakibatkan sakit seperti koyakan pada alat sulit. Peristiwa ini akan meninggalkan kesan perasaan seperti takut kepada kanak-kanak tersebut,” jelasnya.
Bahkan, perbuatan berulang mengakibatkan kanak-kanak menjadi trauma. Kes seperti ini akan membantutkan perhubungan sosial iaitu kanak-kanak yang ceria bertukar menjadi takut.
Hubungan dengan kanak-kanak sebaya turut terjejas termasuk pemikiran dan menjadikan perkembangan menjadi tidak normal kerana tidak sama dengan kanak-kanak lain yang tidak mengalami gangguan seperti mereka. Ini akan memberi kesan daripada segi perasaan dan emosi untuk jangka masa panjang dan pendek.
Antara langkah awal pencegahan, kanak-kanak setahun ke atas sama ada lelaki dan perempuan juga perlu dididik bahawa alat sulit tidak boleh dipegang oleh sesiapa kecuali ibu bapa. Maka, di sinilah kebijaksanaan ibu itu sendiri selain perlu dan prihatin terhadap perkembangan anak-anak mereka.
Justeru itu, ibu bapa jiran dan masyarakat perlu peka terhadap perkara di sekeliling mereka. Jika perkara ini terjadi dalam kalangan ahli keluarga, mereka perlu tahu saluran mana nak pergi dulu.
“Antara saluran yang boleh digunakan termasuk pertubuhan wanita, tele dera atau pusat krisis wanita untuk mengadu kes penderaan seksual. Selain itu, ibu bapa perlu bertenang dan jangan panik. Mangsa juga memerlukan sokongan keluarga,” katanya.
Sumber: Utusan Malaysia
Sunday, June 24, 2018
Sayonara SYS
![]() |
| Pengalaman bakal mematangkan Haziq |
Tamat cuti pertengahan tahun 2018.
24. 6. 2018. Haziq datang ke SMK Sultan Yusof (SYS) buat kali terakhir.
Beri peluang berjumpa dengan kawan2nya.
25. 6. 2018. Umminya ambil semula.
Dimaklumkan 20 drp 70 pelajar sealiran dengan Haziq telah pindah sekolah.
26. 6. 2018 Lapor diri ke SMKP.
Sedih sangat untuk pindahkannya dari SYS.
Peluang dan ruang telah diberikan.
Selama setahun setengah berada di sana.
Masih tiada perubahan pencapaian akademik.
Walaupun cemerlang dalam kokurikulum.
Yang tak menjamin untuk masa depannya.
Sekiranya terus berada di SYS.
Susah senang biar kami bersamanya.
Puashati dibawah pengawasan kami.
In Shaa Allah...
Kami akan pasti ada peningkatan dlm akademiknya.
Sepanjang bersama kami nanti.
Usaha...Usaha... Usaha...
Doa dan Tawakal.
Berserah pada yang Esa.
30. 6. 2018 Bakal menghadiri Jamuan Raya SYS.
Atas permintaan Haziq.
Kak Long lapor diri UM
Lapor diri 23. 6. 2018 (Sabtu).
Kak Long dan Ummi pergi KL menaiki keretapi.
Abah bawa kereta berserta barang2 kak long.
Banyak juga barang kak long.
Semua barang2 UTP dibawa ke UM.
Tak perlu beli lain.
Kak Long dan UMMI berserta Umar bemalam di rumah Maksu Ni.
Abah ke KL bertolak jam 3 pagi.
Bergerak awal untuk elak kesesakan.
Lokasi UM juga tidak dikenalpasti.
Jam 5.45 pagi dah sampai di UM.
Kak Long menginap di Kolej Kediaman ke 11.
Tiada taklimat untuk ibubapa.
Urusan selesai dalam jam 11 pagi.
Sebelum bergerak balik Ipoh.
Belanja Maksu dan Keluarganya di Mac Donald.
Sampai Ipoh jam 2.30 petang.
Kak Long tidak dapat dihungi sehingga kini.
Tidak pasti apa yang berlaku di UM.
Hari ini 25. 6. 2018 (Isnin).
Thursday, June 21, 2018
Tuesday, June 19, 2018
Hasil Seni Faqihah Jun 2018
Faqihah melukis gambar ahli keluarga.
Cuba perhatikan.
Gambar Faqihah di mana...?
Faqihah masih tidak menerima hakikat....
Dirinya dah remaja.
Sebaliknya dilukis gambarnya masih kecil.
Jika dibandingkan kak longnya.
Kalau diikutkan saiz badannya dengan kak long....
Dah sama saiz.
Bukan seperti yang digambarkan dalam gambar di atas.
Faqihah... Faqihah....
Pada tahap umur Faqihah sekarang... 17 Tahun.
Banyak sumbangannya kepada keluarga.
Terutama dalam melaksanakan...
Kerja-kerja rumah tanpa disuruh...
Dilaksanakan secara automatik.
Alhamdulillah....
Untuk ibubapa yang ada anak autisme.
Anak2 istimewa ini perlu dibimbing..
Anak2 istimewa ini perlu dilatih...
Dilatih secara konsisten.
Tanpa jemu dan putus asa...
Anak2 istimewa ini...
Mampu berdikari...
Mampu membantu kita...
In Shaa Allah.
Monday, June 18, 2018
Raya kena Kerja
Kerja...
Kerja...
Kerja....
Buat pertama kali.
Hari raya ke-4 dah kena kerja.
Semasa diberi buat pilihan.
Memilih untuk kerja pada hari raya ke-4 dan 5.
Bukan apa.
Beri peluang kepada kengkawan beraya sakan.
Terutama yang beraya jauh dari lokasi tempat kerja.
Pak yoep ... cuma ada mak mertua.
Dah tinggal di lokasi yang sama.
Cuma kesian kat isteri.
Buat persiapan untuk terima tetamu pada hari raya ke-4.
Saja gatai jemput tetamu.
Dah tau pak yoep kerja.
Jemput juga orang datang beraya.
Mujur ada...
Anak-anak yang dah remaja.
Boleh membantu sama.
Anak autisme juga membantu.
Pak Yoep..berkerja sampai petang.
Jaga pejabat..kot ada orang datang.
Kot ada orang call.






