▼
Wednesday, January 31, 2018
Kak Long Keje KL
Setelah menamatkan SPM 2017.
Disusuli dengan tugasan menjaga adik (UMAR) sepanjang bulan Disember dan Januari 2018.
Kena jaga Umar kerana Umar tidak dapat hadir ke Tadika kerana Scabies yang berlarutan selama hampir 3 minggu.
Rezeki datang mengolek.
Maksunya jemput berkerja di syarikat ditempatnya berkerja.
Rezeki Kak Long berbakti dengan orangtua dengan menjaga adiknya sepanjang dua bulan lepas.
Petang semalam dilepaslan berkerja.
Maksunya ambil di Ipoh.
Cari pengalaman berkerja sebelum menjejak kaki ke menara gading.
Kebetulan.
Abahnya juga pernah berkerja lepas SPM.
Tinggal dengan maksu juga.
Tahu kerja apa...?
Abahnya kerja KILANG BESI...
Berjalan kaki hampir setengah jam ke tempat kerja.
Pengalaman yang berharga.
Moga Kak Long dapat berkerja dengan baik.
In Shaa Allah.
Ummi dan abah doakan yang baik-baik buat kak long.
Wednesday, January 17, 2018
Murid Baru PPKI SKPI
Tahun 2017 seramai 8 murid ppki telah menjejak kaki ke sekolah menengah.
SMK Tambun - seorang
SMK Pengkalan - 2 orang
SMK Jalan Pasir Putih - 5 orang
Tahun 2018 seramai 5 murid baru diterima.
Seorang telah memohon penangguhkan.
Semua yang melapor diri merupakan murid yang dikategorikan sebagai autisme.
Bukan sahaja autisme malah semuanya hiperaktif.
Walaupun autisme dan hiper, secara kasarnya mereka merupakan murid yang boleh dikategorikan genius
Harap dalam tempoh setahun dapat dicoldkan.
Boleh diinklusifkan.
In shaa Allah.
Umar Scabies
Hampir sebulan Umar dijangkiti scabies
Sumber jangkitan daripada abangnya yang tinggal di asrama.
Penuh seluruh badan.
Mengaru sepanjang hari.
Menggunakan ubat sedia ada tapi gagal.
Terima rawatan di klinik swasta masih gagal.
Rujuk ke klinik kerajaan.
Dirujuk pula ke klinik pakar hospital kerajaan.
Memakan masa lama untuk sembuh.
Malam pastinya sukar tidur.
Bukan sahaja Umar... malah UMMI dan ABAH.
Bermula minggu ini dah semakin sembuh.
Sebulan tidak ke tadika.
Mujur kakaknya yang lepas SPM ada di rumah.
Menjaga Umar sepanjang hari.
Pertama kali menghadapi penyakit ini yang begitu teruk sekali.
Abangnya juga hampir sebulan menghidapnya.
Diberi cuti selama 2 minggu tempohari.
Alhamdulillah. Umar dah semakin sembuh.

Thursday, January 11, 2018
e-RPH dan Pelaporan Kokurikulum
Buat julungkalinya.
PPKI SKPI melaksanakan tranformasi.
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan Pelaporan Kokurikulum dibuat secara ONLINE.
Berkuatkuasa 2 Jan 2018.
Semua guru PPKI terlibat kecuali seorang yang kurang berkemahiran menggunakan komputer dan internet.
RPH disahkan oleh Guru Besar juga secara ONLINE.
Blog Pak Yoep Stabil
Alhamdulillah.
Buat masa ini, laman blog pak yoep telah kembali stabil.
Beberapa tindakan diambil telah memberi kesan.
Pencerobohan terhadap blog pak yoep telah dapat di atasi setakat ini.
Harapan agar terus kekal dapat dilayari oleh pengunjung tanpa sebarang gangguan yang berlaku sebelum ini.

Saturday, January 6, 2018
Pak Yoep Deactivate Laman Facebook
Ekoran drp pak yoep menghadapi masalah laman blog diceroboh.
Pak yoep mengambil keputusan untuk deactive laman facebook berkuatkuasa Dis 2017.
Setelah tiada laman facebook, fikiran terasa amat tenang sekali.
Walaubagaimanapun masih aktif dalam instragram yang fokus kepada aktiviti kelas pendidikan khas.
Setelah sekian lama memberi bimbingan dan panduan kepada ibubapa mengenai autisme di laman facebook Kelab Anak Autisme.
Mohon maaf, terpaksa mengundur diri daripada laman tersebut.
Banyak lagi sumber rujukan autisme boleh diperolehi.
Mungkin tidak sama dengan pengalaman sebenar yang kami alami.
Buat masa ini, pak yoep nak fokuskan anak autisme pak yoep mengikuti aktiviti Transisi Kerjaya sebagai persiapan menamatkan sesi persekolahan menengah pada tahun 2020.
Mohon doakan agar program Transisi Kerjaya ini berjaya.

Kewangan Mat Bunga 31. 12. 2017
KEWANGAN
PERSATUAN KELUARGA MAT BUNGA
Berakhir pada 31 Dis 2017
PENDAPATAN
|
JUMLAH
(RM)
|
PERBELANJAAN
|
JUMLAH
(RM)
|
bp 30 Jun 2017 (Mesyuarat)
|
11186.85
|
Elaun Kehadiran Mesyuarat 30 Jun 2017
|
1200.00
|
Tabung Haji Apak
|
5000.00
|
Barang Keperluan Dapor Raya 2017
|
215.00
|
Bendang Talang
|
250.00
|
Senggaraan Rumah Kampung
|
93.90
|
Dividen Felcra Nasaruddin
|
440.25
|
Binaan Kubur Apak
|
1300.00
|
Cukai Jalan Motosikal di Kampung (Khalid)
|
136.50
| ||
JUMLAH KESELURUHAN
|
16877.10
|
JUMLAH KESELURUHAN
|
2945.40
|
BAKI DI BANK
|
13931.70
|
Tuesday, January 2, 2018
Program Faqihah 2018
Umur Faqihah dah menjangkau 17 tahun.
Kalau diikutkan bakal menduduki SPM pada tahun ini.
Apakan daya.... tiada rezeki Faqihah.
Kekal berada di kelas pendidikan khas.
Memandangkan usianya dah hampir tamat sesi persekolahan dalam 3 tahun lagi.
Sesuatu perlu dilakukan.
Hasil perbincangkan dengan pihak sekolah dan Teacher Ruby, Brighter Future.
Faqihah akan mengikuti program yang dianjurkan oleh Brighter Future.
Dijangka selama 2 hari seminggu.
Persiapan kerjayanya di masa depan.
Ameen.

Monday, January 1, 2018
Blog Pak Yoep diCEROBOH
Bermula November 2017...
Blog pak yoep telah diceroboh. Di mana sesiapa sahaja yang memasuki laman pak yoep akan disalurkan ke laman web lain.
Jumlah pengunjung hampir mencecah SEJUTA orang (911507).9.
Pelbagai usaha telah dilakukan tetapi masih gagal.
Langkah terkini dilakukan bermula hari ini... satu langkah lagi telah dibuat untuk mengatasi masalah tersebut agar semua maklumat dapat diperolehi oleh sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan maklumat mengenai autisme.
Harapan agar usaha ini berjaya.
Walaupun sukar selepas ini untuk pelayar tegar yang melayari laman blog pak yoep sukar untuk mengunjungi laman pak yoep terkini.
Ya Allah... Permudahkan lah.
Jangan ada penceroboh selepas ini.
Moga semua maklumat yang sedia ada dapat dimanfaatkan bersama.