▼
Friday, March 31, 2017
HARI KESEDARAN AUTISME 2 April 2017
Anak sulung saya yg mengalami autisme sudah berumur 22 tahun. Klu sy cerita semua ibu bapa yg ada anak autisme tentu faham.
Pernah ambil cuti separuh gaji 6 bulan utk buat ABA home program utk dia, sambung cuti tanpa gaji 6 bulan utk sambung buat home program.
Lepas tu suami pulak ambil cuti separuh gaji sambung home program utk dia.
Lps tu letak jawatan, ambil loan utk buat phd dalam bidang intervensi awal.
suami yg ada MBA ambil cuti tanpa gaji ikut sy ke US, tlg jaga anak while sy study.
Cerita takat ni pun dah boleh faham knp lamaaaaa sy hanya drive viva.
Blk ke Msia, mana ada tempat utk anak saya belajar, autisme dia teruk, berhempas pulas buka Makmal Autisme.
Kalau parents sekarang complaint tak ada services utk anak autisme, apa tah lagi pada tahun 1990an dulu.
Parents perlu faham majoriti org Msia tak pernah dengar autisme, kalau pernah dengar pun tak faham, kalau faham pun tak boleh nak empati dgn apa yg kita lalui.
Sebab tu kalau nak pendidikan inklusif utk anak, nak Pend Khas berkualiti utk anak, nak Permata Kurnia di setiap negeri utk anak, nak tempat bekerja utk anak autisme yg dah dewasa, nak independent living program etc etc etc, KITA KENA BUKA MULUT DAN BAGI ORG FAHAM KEPERLUAN ANAK KITA.
Tak cukup dgn hanya mengeluh.
Parents yg hanya mengeluh, saya hanya akan pandang shj, nak jawab pun buat buang karan. Mengeluh tak akan improve apa2. Kita perlu advocate, nak2 pula bulan April ini, bulan kesedaran autisme.
Saya cakap terus terang saya sakit hati bila org kata Permata Kurnia membazir, wei! kami beri perkhidmatan intervensi awal dan pra sekolah pendidikan khas kpd 300 org anak autisme.
Yg kata membazir ini adalah org2 yg anak semua sihat2 SPM score 35 straight As. Mereka tak akan faham. Dan selagi kita hanya mengeluh, mereka tidak akan pernah faham.
Sebab itu saya mohon pls pls pls sokong usaha kami pada 2hb April ini, pada pukul 745mlm di Dataran DBKL utk acara Semarak Biru. Datuk Bandar KL akan nyalakan lampu biru pada seluruh bangunan DBKL.
Bukan mudah tahu nak dapat Datuk Bandar yg prihatin macam ni!!
Macam kawan saya kata, buka tiap2 malam kami mohon sokongan di tengah2 KL, bukan tiap2 minggu, bukan tiap2 bulan.
Hanya 1 malam dalam setahun!! Demi nak bagi masyarakat faham ttg cabaran hidup anak kita, supaya mereka terbuka hati utk bantu, demi masa hadapan anak yg lebih cerah.
Bersusah payah hanya satu malam, moga2 Allah bukakan jalan untuk Pendidikan Khas semakin maju,
Pendidikan Inklusif semakin terbuka pintunya, dan kerajaan2 negeri mula faham perlunya sheltered work place untuk anak2 kita.
Jom tarik nafas dalam2 pada 2hb April ni, pack bag dgn keperluan anak, naik komuter or bawa kereta ke KL, spend 3 jam bersama kami dari 7.30 mlm hingga 10.30 mlm, doa2 org media datang ramai2, supaya acara kita dapat coverage front page, supaya 1 Malaysia sedar bhw 2hb April adalah Hari Kesedaran Autisme!! Jom Supermommies and Superdads! (dan mohon viralkan poster Semarak Biru juga!)
Sumber - Hasnah Toran, Permata Kurnia
Ramai artis ada anak autisme
Kesedaran OKU telah wujud dikalangan masyarakat. Ibubapa yang mempunyai anak OKU telah tidak merasa malu dengan kehadiran anak seumpama ini. Anak-anak OKU ini telah didedahkan dengan kehidupan bermasyarakat oleh ibibapa masing-masing.
Tiada lagi perasaan segan dan malu mempunyai anak-anak autisme. Masyarakat sekeliling juga dapat menerima anak-anak ini. Tidak terkecuali dikalangan artis yang telah menjadi contoh tauladan yang baik kepada masyarakat dengan menerima anak-anak OKU. Walaupun mereka bergelar artis yang menjadi tumpuan masyarakat.
Dalam pengetahuan pak yoep, diantara artis yang mempunyai anak OKU ialah Pn Zarina Zainuddin, En Ahmad Idham, Pn Fynn Jamal dan terkini yang diketahui ialan En Endy KRU. Kebanyakannya dalam kategori autisme. Tahniah dan syabas diucapkan ke atas kalian yang telah memberi contoh terbaik kepada masyarakat dengan menerima anak OKU masing-masing.
Maaf, pak yoep guna perkataan OKU kerana rasanya telah jelas kepada masyarakat daripada menggunakan anak istimewa. Adakah anak yang bukan OKU tidak istimewa.
PETALING JAYA: Anggota kumpulan KRU, Edry Abdul Halim percaya kehadiran Emery merupakan anugerah paling bermakna buat dirinya walaupun dilahirkan dalam keadaan autisme.
Edry juga percaya semua rezeki diperoleh adalah untuk anak ketiganya itu yang pada bulan hadapan menginjak umur sembilan tahun.
“This special boy ialah anak ketiga saya, Emery. Dia dilahirkan dengan autisme dan next month umur nak masuk 9 tahun.
“Its a lifetime commitment, dan saya percaya semua rezeki yang datang adalah untuk Emery. Dialah anugerah paling bermakna buat saya,” katanya menerusi status di Facebook.Edry yang merupakan pemain synthesizer untuk Kumpulan Mojo turut mengucapkan rasa syukur apabila dikurniakan seorang isteri yang sabar dan penyayang untuk menjaga anaknya itu.
“Saya pasti ramai parents menghadapi kesukaraan membesarkan anak autisme, tetapi I’m blessed with seorang isteri yang sabar dan penyayang,” ujarnya.
Bersempena `Bulan Kesedaran Autisme’, pengarah dan juga penerbit itu mengajak agak semua pihak menyelidik informasi mengenai autisme supaya dapat memahami kehidupan insan istimewa itu.
Sumber - http://www.freemalaysiatoday.com
Monday, March 27, 2017
Delima Anak Autisme
RAMLAH teringin memiliki anak. Sejak berkahwin tujuh tahun lalu, dia belum diberi rezeki oleh Allah untuk memiliki zuriat keturunannya sendiri. Lantas, setelah berbincang dengan suaminya, Azlan, mereka bersetuju untuk mengambil aak angkat.
Alhamdulillah, proses pengambilan anak angkat berjalan mudah. Bayi perempuan berusia dua bulan itu cukup comel. Ramlah mengambil keputusan untuk menyusui sendiri bayi tersebut supaya hubungan mahram dengan suaminya tidak bermasalah.
Tahun bersilih ganti. Bayi yang diberi nama Fatimah itu kini berusia tiga tahun. Namun entah kenapa Ramlah merasakan ada sesuatu tidak kena dengan anak itu. Setiap kali nama Fatimah dipanggil, dia sering tidak menunjukkan tindak balas.
Bahkan apabila rahmah berkomunikasi dengannya, Fatimah tidak memandang tepat wajahnya. Dengan kata lain, tidak berlaku eye contact.
Fatimah tidak sedikit pun membalas senyumannya! “Ya, Allah, ujian apa yang mahu Engkau berikan kepadaku,” naluri Ramlah berkata-kata.
Perasaan bimbang Ramlah disuarakan kepada Azlan. Sesuatu yang ketara, apabila Fatimah mengamuk, dia akan menghantukkan kepalanya sama ada ke dinding mahupun lantai. Semua ini sudah tentu merunsingkan Ramlah.
Tidak mahu keadaan menjadi teruk, Ramlah dan Azlan mengambil keputusan membawa Fatimah berjumpa doktor. Ternyata, apa yang menjadi sangkaan hati kecil Ramlah selama ini benar-benar terjadi. Anaknya menghidap autisme.
Sejujurnya, saat berita itu disampaikan, Ramlah sukar untuk menerima takdir tersebut. Puas Azlan memujuk agar Ramlah reda seterusnya berdoa kepada Allah agar urusan anak tersebut menjadi mudah.
Allah berfirman dalam surah al-Baqarah, ayat 285 yang bermaksud: “Allah SWT tidak memberati seseorang melainkan apa terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya. Dan dia juga menanggung dosa kejahatan diusahakannya….”
Dapat difahami daripada ayat itu bahawa setiap ujian daripada Allah bersesuaian dengan kemampuan hamba-hamba-Nya. Allah tidak bersifat zalim apatah lagi ‘menganiayai’ hamba-Nya dengan sesuatu yang tidak mampu dihadapi.
Perlu difahami, saat Allah memilih seseorang untuk menjalani ujian-Nya, ada sesuatu yang akan diberikan. Cuma sebagai manusia, kita tidak mampu untuk menjangkau perancangan Allah.
Sebaliknya, apa yang dituntut daripada hamba-hamba-Nya ialah sifat reda, sabar dan tawakal. Benarlah firman Allah dalam surah yang sama ayat 216 bermaksud: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
Hakikatnya, ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk.
Namun yang pasti, kekuatan seseorang menghadapi ujian itu akan menjadi kayu ukur keimanan seseorang kepada Pencipta-Nya.
Ia sebagaimana firman Allah bermaksud: “Janganlah kamu bersifat lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang beriman.” (al-Imran: 139)
Allah menjelaskan lagi, “Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang Mukmin diri, harta mereka dengan memberikan jannah (syurga) untuk mereka.” (at-Taubah: 111)
Justeru, dalam menghadapi ujian Allah, jangan sesekali berputus asa. Sikap ini membuka ruang untuk syaitan menyesatkan manusia, sekali gus menyalahkan Allah dalam banyak perkara.
Sebaliknya, serahkan kembali segala urusan itu kepada Allah kerana di situ ada jalan penyelesaiannya. Ingatlah, pertolongan Allah datang dalam pelbagai cara.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/keluarga/dilema-anak-autistik-1.448169#ixzz4c5GMbSdB
© Utusan Melayu (M) Bhd
Bapa Mertuaku

Arwah Abdul Hamid bin Lebai Sudin. Bapa mertuaku. Tidak sempat menyaksikan majlis perkahwinan kami.
Friday, March 24, 2017
Autisme -Apa tindakan anda?
Autisme - Apakah ia dan apa anda boleh buat?
Oleh DR. TEOH HSIEN-JIN
PUAN Hana mengalirkan air mata. Dia baru sahaja diberitahu yang Hafiz, anak lelakinya yang berusia 2 tahun adalah autistik.
Dia telah membawanya ke sebuah klinik untuk pemeriksaan perubatan yang biasa, dan doktor mendapati bahawa Hafiz terlampau aktif dan kurang membuat hubungan mata.
Doktor itu kemudian mengatakan bahawa Hafiz mungkin autistik dan tiada apa yang boleh dilakukan untuk membantunya. Bila Hana mendengar ini, seolah-olah seluruh dunia telah runtuh.
Salah faham umum mengenai autisme ialah orang seolah-olah mencari satu atau dua gejala sahaja dan terburu-buru membuat diagnosis.
Apa yang mereka gagal fahami adalah autisme merupakan satu sindrom yang terbentuk oleh banyak simptom. Oleh itu, satu simptom tidak bererti bahawa seseorang itu autistik.
Bila membuat diagnosis mengenai autisme, terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan.
Komunikasi tidak normal
Ramai kanak-kanak autistik gagal menggunakan pertuturan untuk menyampaikan maksud kepada orang lain.
Seperkara lagi, seolah-olah tiada banyak perasaan atau interaksi sosial dalam penggunaan bahasa mereka.
Mereka juga sering mengulangi ungkapan-ungkapan yang mereka telah dengar dalam cara yang literal. Ini dinamakan echolalia.
Perkembangan sosial tidak normal
Kanak-kanak dengan autisme selalunya menghadapi kesukaran untuk berhubung dengan orang sejak dari awal kehidupan.
Mereka lebih suka menyendiri dan menyepi, menghabiskan banyak masa di dalam dunia mereka sendiri.
Walaupun bila ada kanak-kanak lain di sekeliling, kanak-kanak autistik tidak pernah memulakan sebarang bentuk interaksi sosial.
Interaksi secara sosial amat berkurangan di antara kanak-kanak autistik dengan ibu bapa mereka. Pada usia yang amat muda, kanak-kanak autistik sering kali seolah-olah tidak mahu didukung.
Mereka selalu mengelakkan pertentangan mata, dan bergelut bila penjaga cuba membuat perhubungan mata.
Dalam banyak kes, anak autistik cenderung untuk menggunakan ibu bapa mereka bagi tujuan-tujuan fungsi.
Tingkah laku ritualistik dan stereotaip serta keengganan untuk berubah
Kanak-kanak autistik kelihatan tertarik dengan kebisingan dan objek yang bergerak secara berulang-ulang.
Mereka mampu duduk dalam sesuatu kedudukan untuk jangka masa yang lama sama ada mendengar bunyi tertentu berkali-kali atau malah melakukan tindakan yang sama berulang-ulang.
Sebagai contoh, sesetengah kanak-kanak mungkin tertarik dengan bunyi telefon mainan, atau papan kekunci elektronik atau barangkali mengetuk lantai dengan sesuatu objek untuk membuat bunyi.
Di mana yang berkaitan dengan objek, sesetengah kanak-kanak autisme boleh menghabiskan masa berjam-jam memutar roda kereta mainan, atau memutar blok kayu secara berterusan.
Jika diganggu, kanak-kanak ini mempamerkan tingkah laku yang resah, dan mungkin melolong atau menjerit dan cuba menghalang objek itu daripada dibawa pergi.
Semua ibu bapa mempunyai banyak harapan dan aspirasi untuk anak-anak mereka.
Bila mereka mula mendengar bahawa anak mereka mempunyai autisme, mereka sering keliru, mungkin menafikannya, dan melalui satu tempoh kejutan.
Dalam proses ini, mereka berasa susah hati dan murung, kesunyian, dan rasa bersalah. Semua ibu bapa berharap bahawa anak mereka akan menjadi normal satu hari nanti.
Berada dalam keadaan tertanya-tanya dan tidak jelas mengenai kedudukan, mereka bimbangkan masa hadapan anak mereka.
Mereka bimbang anak mereka akan bergantung hidup pada orang lain, dan sering bimbang mengenai siapa yang akan menjaga anak itu bila mereka tiada lagi.
Dalam usaha mencari penyebab dan penyembuh untuk anak-anak, mereka akan mencari setiap bentuk rawatan konvensional dan alternatif.
Malangnya, dalam keadaan terdesak ibu bapa hendak mencari penyembuh, mereka mungkin ditipu oleh pengamal perubatan palsu.
Belum ada sesiapa pun yang dapat menemui apa yang menyebabkan autisme. Banyak teori telah dimajukan untuk menjawab soalan ini. Ini termasuk genetik, penyakit ibu bapa dan keradangan otak.
Apa yang kita tahu ialah autisme cenderung untuk menjejaskan empat kali ganda anak lelaki berbanding anak perempuan.
Autisme tidak boleh disembuhkan, namun banyak yang boleh dilakukan oleh ibu bapa, dengan kaedah berbeza yang sesuai dengan individu anak itu.
Terdapat banyak pendekatan pendidikan dan terapi - yang paling biasa ialah perubahan dietari, rawatan ubat atau pengurusan tingkah laku.
Kaedah-kaedah ini mengambil masa dan meletihkan ibu bapa, namun usaha itu berguna bila anak anda memberi respons terhadapnya.
Bertenang! Dunia belum berakhir, anak-anak autistik boleh dilatih.
Ibu bapa perlu mengukuhkan kekuatan diri, berfikiran secara positif dan mula membantu anak-anak mereka menjalani pembelajaran agar dapat bertahan dengan kehidupan.
Diagnosis perlu diperiksa dengan teliti
Autisme adalah masalah yang cenderung untuk disalah diagnosis.
Masalah paling lazim di mana kekeliruan muncul ialah di dalam gangguan pertuturan dan bahasa. Dalam situasi ini, penilaian yang betul ke atas anak itu adalah penting.
Lazimnya, ujian-ujian akan termasuk skala peringkat pembesaran (iaitu komunikasi, kemahiran sosial dan motor), kemampuan mental dan tingkah laku.
Skala ini memberi petunjuk tentang berapa jauh perbezaan anak itu daripada kanak-kanak lain. Selalunya, ujian klinikal ini dijalankan oleh Pakar Psikologi Pembangunan dan Klinikal.
Mengenal pasti kemahiran yang anak anda perlu belajar
Membantu seseorang anak autisme bukanlah bererti memberi mereka pil, dan melihat keajaiban berlaku pada keesokan hari.
Hakikatnya, bantuan diberi dengan mengajar anak itu kemahiran-kemahiran untuk menghadapi kehidupan sehari-hari.
Kemahiran ini biasanya bermula dengan pertuturan dan bahasa, disusuli oleh sebilangan kemahiran kehidupan harian yang dilakukan mengikut keperluan perseorangan.
Di mana yang anak itu mampu, beberapa pengajaran diberi dalam bidang pembacaan awal, menulis dan matematik.
Cara terbaik untuk mengenal pasti kemahiran-kemahiran yang perlu diajar ialah melalui satu sistem penilaian peringkat kemajuan anak itu.
Selalunya, program untuk memberi bantuan kepada anak-anak autistik termasuk bantuan pakar terapi pertuturan, pakar terapi pekerjaan, pakar psikiatri dan pakar psikologi.
Setiap profesional mempunyai peranan penting untuk dimainkan dalam pembangunan anak itu.
Terdapat juga beberapa program yang dibangunkan khusus untuk kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku sukar, dan kurang kemajuan.
Program-program ini biasanya disediakan menerusi pusat Program Campur Tangan Awal (Early Intervention Programme centres).
Berhubung dengan ibu bapa yang mempunyai anak-anak berkeadaan serupa
Tidak ada yang dapat menandingi kehadiran seseorang yang memahami untuk diajak berbual.
Memang sering dinasihatkan supaya ibu bapa dengan anak-anak autistik mendapatkan sokongan daripada ibu bapa lain yang mempunyai anak-anak autistik.
Ini boleh dilakukan menerusi perhubungan dengan persatuan-persatuan seperti NASOM, PR4 atau Malaysian CARE.
Dalam saat kegelapan, suara simpati yang memahami, dan menawarkan nasihat memang mententeramkan ibu bapa yang cuba berhadapan dengan anak autistik mereka.
* Dr. Teoh Hsien-Jin ialah Pakar Psikologi Klinikal Perunding dengan Jabatan Psikologi, Kolej Universiti Sunway.
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tuesday, March 21, 2017
Kewangan Mat Bunga Mac 2017
Kunjungan tidak rasmi telah dilakukan oleh pak yoep ke pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia di Bangunan Persekutuan Ipoh pada 22. 3. 2017 (Selasa). Tujuan kunjungan adalah untuk mendapat maklumat mengenai penubuhan koperasi keluarga. Semua ahli keluarga telah dimaklumkan melalui wasap.
Di antara keperluan awal sebelum permohonan ialah
1. Aktiviti koperasi.
2. Nama koperasi.
3. Nama AJK Penaja seramai 3 orang.
4. Senarai keahlian berjumlah 25 orang.
Tujuan utama penubuhan koperasi keluarga ialah
1. Merapatkan hubungan kekeluargaan
2. Tempat pengumpulan hasil dividen Felcra arwah apak/emak
3. Mewujudkan tabung untuk kegunaan ahli keluarga.
KEWANGAN TERKINI
22. 3. 2017 - Pembelian Alatan Meracun berjumlah RM 71.00 (Meracun sekitar rumah pusaka)
Jumlah Dividen diterima - RM 21 458.75
Jumlah Perbelanjaan Terkini - RM 9 714.00
Senarai Perbelanjaan
Kenduri Arwah Emak - RM 1050
Agihan Dividen - RM 3600
Kebajikan - RM 1000
Saguhati Ola - RM 500
Rawatan Apak - 3540
Peti Ais - RM 990
Alatan Meracun - RM 71
BAKI Terkini (23. 3. 2017) - RM 11 744.75
Di antara keperluan awal sebelum permohonan ialah
1. Aktiviti koperasi.
2. Nama koperasi.
3. Nama AJK Penaja seramai 3 orang.
4. Senarai keahlian berjumlah 25 orang.
Tujuan utama penubuhan koperasi keluarga ialah
1. Merapatkan hubungan kekeluargaan
2. Tempat pengumpulan hasil dividen Felcra arwah apak/emak
3. Mewujudkan tabung untuk kegunaan ahli keluarga.
KEWANGAN TERKINI
22. 3. 2017 - Pembelian Alatan Meracun berjumlah RM 71.00 (Meracun sekitar rumah pusaka)
Jumlah Dividen diterima - RM 21 458.75
Jumlah Perbelanjaan Terkini - RM 9 714.00
Senarai Perbelanjaan
Kenduri Arwah Emak - RM 1050
Agihan Dividen - RM 3600
Kebajikan - RM 1000
Saguhati Ola - RM 500
Rawatan Apak - 3540
Peti Ais - RM 990
Alatan Meracun - RM 71
BAKI Terkini (23. 3. 2017) - RM 11 744.75