Dalam proses melaksanakan beberapa projek di ppki skpi untuk tahun 2017.
1. Program Inklusif seramai 15 orang murid pendidikan khas yang akan bermula pada bulan April 2017. Mesyuarat JK diperingkat ppki dan diperingkat sekolah bersama guru perdana telah dilaksanakan. Bakal melaksanakan mesyuarat bersama ibubapa murid yang terlibat dalam masa terdekat.
2. Pengurusan Tingkahlaku murid pendidikan khas. Melibatkan seorang murid yang baru melapor diri di ppki daripada sebuah PDK di Ipoh.
3. Pelan Stategik, Taktikal dan Operasi yang akan dilaksanakan melibatkan mata pelajaran teras.
4. Mengwujudkan kembali Bilik Fisioterapi yang gagal dilaksanakan oleh pengurusan lama.
5. Mengwujudkan pejabat Penolong Kanan Pendidikan Khas.
6. Menyusun atur kedudukan dalaman ppki agar kemas dan teratur.
7. Menghapuskan tanaman serai yan tidak bermanfaat.
8. Mengemaskini semua setor ppki.
9. Mengwujudkan setor induk ppki.
10. Menwujudkan papan maklumat ppki.
11. Menaiktaraf papan peraturan ppki.
12. Menyediakan kemudahan print terus ke misen fotostat.
13. Mengwujudkan instagram ppki skpi.
14. Mengemaskini sistem fail ppki.
15. Mengwujudkan ruangan bilik kesihatan ppki.
Beberapa projek lagi akan menyusul.
▼
Tuesday, February 28, 2017
Saturday, February 25, 2017
Thursday, February 23, 2017
Umar berkemahiran tinggi ABC
Dah nak hampir 3 tahun usia Umar pada bulan April ini.
Perbezaan ketara dibandingkan dengan kakak-kakak dan abang-abangnya yang lain.
Kak Long - Tiada sesuatu yang dikenalpasti.
Faqihah - Berkemahiran dalam pelbagai bahasa, menulis dan melukis.
Haziq - Minat pada binatang. Semua binatang diketahui latar belakangnya.
Hadir - Minat kepada lego. Dapat mereka pelbagai bentuk lego.
Umar - ......................
Umar - Minat pada A, B, C sejak kecil.
Pantang nampak huruf ABC pasti disebutnya.
Kini dah kenalpasti semua huruf ABC hingga Z pada umurnya 2 tahun. Bukan saja abjab tetapi dapat menyatakan kaitan huruf dengan objek. Secara keseluruhannya objek dinyatakan dalam Bahasa Inggeris.
Berkebolehan menyebut angka dalam bahasa inggeris sehingga 50.
Sesuatu yang diluar jangkaan kami. Tadika nanti nak belajar apa?
Kurniaan Ilahi padanya.
Amat minat pada huruf dan abjab berbanding dengan cerita kartun kat TV. Berkemahiran menggunakan handphone untuk mencari lagu ABC. Walaubagaimanapun penggunaan handphone dalam masa tertentu sahaja. Begitu juga laptop...
Dalam perancangan nak buat ujian dalam program permata untuk Umar. Nak lihat tahap IQnya.
Tuesday, February 21, 2017
Ziarah rumah pusaka

Hadir kali pertama selepas pemergian ayahanda pada 9 Feb 2017 (Khamis) sempena cuti umum Thaipusam. Hadir bersama Isteri, Hadif dan Faqihah. Disamping pergi ziarah pusara ayah dan ibu.
Mengemas kawasan dalam dan persekitaran rumah. Membakar sampah-sarap di luar rumah. Menyapu sampah dalam rumah.
Banyak kerja yang perlu dibuat kat rumah ini. Harap diberi kekuatan untuk kami hadir ziarah rumah pusaka ini sekurang-kurangnya dua minggu sekali.
Saturday, February 18, 2017
Kak Long - Target 10A
Kak Long bakal menduduki peperiksaan SPM 2017.
Diantara persiapan yang dilakukan adalah menghadiri tuisyen berfokuskan kepada subjek tertentu sahaja.
Tuisyen melibatkan Fizik, AddMath, Kimia dan Prinsip Akaun. Semua subjek tuisyen diajar dalam Bahasa Inggeris.
Dmaklumkan oleh gurunya bahawa kak long merupakan salah seorang pelajar yang ditarget oleh pihak sekolah untuk memperolehi 10A.
Setakat ini, dalam peperiksaan sepanjang 2016, kak long hanya mampu memperolehi 6A 4B sahaja. Markah gred B dah hampir sangat dengan gred A.
Sama-sama kita berdoa agar kak long berjaya mencapai sasaran ini.
Ameen.
Thursday, February 16, 2017
Terima kasih SK Gopeng Taman Gopeng Baru
Dikesempatan ini nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Guru Besar dan semua guru SK Gopeng Taman Gopeng Baru. Atas didikan yang diberikan sepanjang 2 tahun 6 bulan anak pak yoep, Muhamad Haziq Fikhri berada di sekolah tuan/puan, bakat kepimpinannya terserlah yang kini berada di SYS dalam tingkatan satu. Diberi pelbagai jawatan utama di sekolah dan asrama mewakili tingkatan satu. Terima kasih cikgu.

Monday, February 13, 2017
Perkembangan Faqihah Jan 2017
Pak Yoep
Faqihah..Faqihah... terlampau rajin sangat. Konsisten sehingga kini. Senang keje umminya. Semua kerja rumah settle. Kain-baju... basuh/sidai/lipat...Pinggan Mangkuk... Jaga adik.... Masak nasi/air...(masih perlu pemantauan) Pernah terjirus air panas tahun lepas.....Kemas dapur...... Kemas rumah....Siapa kata, anak autisme (OKU) membebankan? Hasil kerjasama Teacher Ruby, pihak sekolah dan kami sekeluarga mendidiknya sejak kecil.
Saturday, February 11, 2017
Ziarah mingguan Haziq di SYS.
Dah jadi rutin mingguan juga. Ziarah Haziq kat asrama. Macam ni rupanya ye. Nasib baik lokasinya dekat je. Tak terbeban sangat. Ilmu di mana saja boleh dicari. Jauh @ dekat sama je. Rezeki Haziq kat sini.
Kalau ada tawaran lagi selepas ini untuk kemasukan ke SBP, MRSM, SMKA.... pasti akan ditolak. Selesa dengan sekolah ini. Selain dari dekat. Komitmen pengetua dan guru-gurunya sangat tinggi memastikan kejayaan murid di sana.
Haziq pun dah selesa di sana. Terpilih memegang pelbagai jawatan di sekolah dan asrama. Bakat kepimpinannya terserlah.
Mana tak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Moyang dan atoknya bekas polis.
Alhamdulillah.
Friday, February 10, 2017
Ibubapa anak istimewa - Sangat Istimewa
![]() |
Mohon diberikan kekuatan untuk terus istiqamah memberikan didikan terbaik buat mereka. |
Dalam tempoh sehari people reached 19969 like 390 share 157
Wednesday, February 8, 2017
Detik akhir kehilangan ayah
![]() |
Arwah ayah berada dalam keadaan kritikal |
![]() |
Diperdengarkan surah yassin |
![]() |
Rutin harian di hospital - rawatan/penjagaan |
![]() |
Proses pengesahan bakal kehilangan ayah - hentikan penggunaan misen bantuan pernafasan |
![]() |
Majlis tahlil dengan kehadiran ketua, orang kampung dan pelajar tahfiz |
![]() |
Kehilangannya dalam tempoh 10 tahun |
Monday, February 6, 2017
Manfaat mendaki bukit
Dah menjadi rutin pak yoep setiap minggu.
Sejak hujung tahun lepas, pak yoep dah mulakan akktiviti mendaki bukit. Bukit yang pak yoep daki ialah Bukit Kledah yang terletak berhampiran dengan Menglembu Ipoh Perak.
Mendaki seawal waktu jam 6.30 pagi. Pendakian yang memakan masa selama 2 jam. Terdapat 3 laluan yang boleh dipilih iaitu jalan tar, laluan trek hutan atau lauan bertangga. Yang paling mencabar ialah laluan mendaki melalui tangga.
Pelbagai manfaat boleh diperolehi dengan mengamalkan aktiviti ini seperti yang dinyatakan dibawah. Walaupun memenatkan tapi dapat merasakan kesegaran diri selepas melakukan aktiviti tersebut.
Mendaki gunung maupun bukit dari dulu hingga kini banyak digemari kalangan pecinta alam. Walaupun melelahkan, tapi aktivitas ini menawarkan manfaat yang luar biasa untuk kesehatan fisik dan mental kita. Nah, berikut ini adalah beberapa manfaatnya.
Mendaki gunung maupun bukit dari dulu hingga kini banyak digemari kalangan pecinta alam. Walaupun melelahkan, tapi aktivitas ini menawarkan manfaat yang luar biasa untuk kesihatan fisik dan mental kita. Nah, berikut ini adalah beberapa manfaatnya:
1.Membakar kalori dan menurunkan berat badan. Hanya dengan satu jam trekking dapat membakar lebih dari 500 kalori. Namun, hal ini tergantung dengan dengan tingkat kemiringan medan dan barang bawaan yang kita bawa. Jika kita mendaki bukit, kalori yang terbakar dan berat badan yang turun akan lebih banyak.
2. Membantu mencegah diabetes. Hiking (mendaki) dapat membantu kita untuk mengontrol, bahkan mencegah diabetes. Hal ini disebabkan karena menurunnya kadar gula darah ketika melakukan aktivitas ini. Hiking melatih otot untuk mengubah glukosa di aliran darah menjadi energi.
3. Menurunkan tekanan darah dan kolestrol. Tekanan darah dan kolestrol dapat diturunkan melalu hiking yang dilakukan secara teratur. Alhasil, kita dapat mengurangi bahaya penyakit jantung, diabetes, dan stroke.
4. Meningkatkan kreativiti. Suatu penelitian menunjukkan kalau menghabiskan waktu di alam terbuka dapat meningkatkan kemampuan untuk memecahkan masalah sebanyak 50 persen. Sederhananya, membuat kita jadi lebih kreatif.
Penelitian dari Stanford University’s Graduate School of Education mengatakan, berjalan akan membuat kita lebih kreatif dibandingkan dengan duduk.
5. Meningkatkan kebahagian. Berada di alam terbuka, menjauhkan kita dari kekacauan kehidupan sehari-hari. Menghabiskan waktu di alam terbuka memungkinkan seseorang dapat menghubungkan dirinya dengan alam, yang pada akhirnya membawa kedamaian dan rasa bahagia.
6. Melawan penyakit. Beberapa penelitian mengatakan kalau hiking dapat membantu kita untuk melawan penyakit kanker dan kardiovaskular. Sebuah studi International Journal of Sports Medicine mengatakan, hiking dapat meningkatkan kapasitas antioxidative yang membantu kita untuk melawan penyakit oncological.
#Intisari-Online.com
Friday, February 3, 2017
Pak Yoep ketagihan mendaki bukit Kledang
Dah jadi rutin pak yoep mendaki bukit pada setiap hujung minggu di Bukit Kledang. Pendakian memakan masa selama 2 jam. Tak sangka pulak banyak manfaat yang boleh diperolehi dengan amalan ini. Pada mulanya saja pak yoep nak ikut-ikut orang. Tapi dah jadi ketagihan pulak untuk mendaki pada setiap minggu. Tak terfikir pulak adanya manfaat mendaki ni. Ingat sekadar nak keluar peluh je. Ini pak yoep kongsikan manfaat yang boleh diterima. Tak perlu ubat... mendaki je. Inshaa Allah.
1. Membakar kalori dan menurunkan berat badan.
2. Membantu mencegah diabetes.
3. Menurunkan tekanan darah dan kolestrol.
4. Meningkatkan kreativiti.
5. Meningkatkan kebahagian.
6. Melawan penyakit.
1. Membakar kalori dan menurunkan berat badan.
2. Membantu mencegah diabetes.
3. Menurunkan tekanan darah dan kolestrol.
4. Meningkatkan kreativiti.
5. Meningkatkan kebahagian.
6. Melawan penyakit.
Kewajipan menjaga ibu di hari tua mereka
“MEMPUNYAI anak yang ramai tidak bermakna hidup kita akan dilimpahkan dengan kesenangan semasa kita sihat atau ketika kita telah tua. Kerana belum tentu 10 anak yang dilahirkan boleh menjaga kita apabila kita tua nanti atau boleh bantu kita tatkala kita susah. Kadangkala anak-anak inilah yang akan beri kita ujian maha besar ketika membesarkan mereka atau ketika kita tua nanti.
“Saya tidak bercakap memperkecilkan pengorbanan ibu dan ayah membesarkan anak-anak mereka, kerana kehadiran anak amat mereka nantikan setelah berkahwin. Malah ada suami kahwin lagi kerana inginkan zuriat yang menjadi kebanggaan mereka. Tetapi setelah anak itu lahir, belum tentu anak itu boleh membahagiakan hidup mereka, baik ketika mudanya, atau setelah tua nanti.’’ Itu cerita Shaliza dalam e-mel pendeknya dan ketika ditemui baru-baru ini.
“Apa yang saya ceritakan ini bukan bertujuan mengumpat, tetapi untuk beri kesedaran kepada ibu bapa, didiklah anak-anak lelaki dan perempuan sama rata, jangan bezakan antara mereka, khususnya antara anak bijak pandai dengan anak yang kurang pandai sambil mengharap anak yang lebih pandai dan bijak itu boleh membantu kita bila tua nanti. Sebaliknya yang tak punya harta dan tidak pandai itulah yang berkorban menjaga anda ketika tua dan nanti.
“Saya bercerita sekadar mengingatkan diri sendiri dan juga pembaca semua tentang apa yang berlaku dan melihat depan mata saya sendiri betapa perbuatan membezakan anak-anak ini membawa masalah kepada diri kita apabila tua. Contoh opah saya, punyalah sayangkan anak-anak lelaki dan anak perempuan yang bijak pandai kerana mereka dapat kerja yang baik-baik serta berpangkat, sementara yang tidak bekerja dan kurang pandai ini dipinggirkan.
“Seingat saya setiap kali pergi rumah opah, dia selalu puji pakcik dan makcik yang berpangkat, berkereta besar dan suruh saya rajin belajar supaya boleh jadi macam mereka. Bila pakcik dan makcik berkahwin dan ada anak, saya adik-beradik pulak merasa dipinggirkan sebab emak ayah kami tidak ada kereta besar. Kalau bercakap dan bercerita semua tentang cucu-cucu yang kaya ini sahaja yang dapat tempat di hati opah. Sementara kami dilupakan.
“Oleh sebab saya cucu kedua daripada emak yang juga anak sulung opah, tentulah saya dapat lihat sendiri perbezaan layanan opah. Pertama kerana emak tak bekerja dan ayah tak berpangkat. Awalnya memang abang dan saya dapat perhatian opah sebab cucu sulung. Tetapi berubah setelah pakcik dan makcik ada anak masing-masing. Bukan cemburu, tetapi nak cerita pasal perbezaan layanan opah, sebab akhirnya opah sendiri kecewa tidak mendapat layanan daripada anak-anak yang berpangkat dan bijak pandai seperti yang opah harapkan.
“Opah ada lima orang anak. Emak anak sulung, tak bekerja, tiga lagi adik emak semuanya bekerja dan bergaji besar, yang bongsu lagi pandai bekerja dan duduk luar negara, maklum ‘orang minyak’. Saya masih ingat lagi kalau opah bercerita dengan jiran dan saudara mara yang datang ketika Hari Raya atau kenduri, semua tentang anak-anak opah yang pandai, pasal gaji, rumah dan kereta besar mereka. Dan saguhati serta hadiah yang mereka beri kepada opah.
“Tetapi hari berubah apabila anak-anak opah berkahwin dan kemudian ada anak sendiri. Mereka mula kurang beri perhatian dan sagu hati pada opah. Saya dapat lihat pasangan mereka mula tidak suka balik rumah opah. Kalau balik pun setahun sekali dua saja. Alasan mereka sibuk, anak-anak sekolah, tusyen, kelas tambahan, anak periksa dan pelbagai alasannya.
“Apabila anak-anak mereka semakin besar, mereka juga jarang balik rumah opah kerana aktiviti seperti kelas muzik, sukan dan hal peribadi. Opah dan atuk semakin sunyi terutama apabila usia semakin tua. Dan opah semakin sibuk uruskan atuk yang sakit-sakit.
“Bila atuk masuk hospital, opah suruh emak telefon pakcik dan makcik suruh balik. Kerana atuk sering keluar masuk hospital, bukan selalu mereka boleh balik. Lagi sedih atuk duduk hospital kerajaan sebab atuk kakitangan kerajaan. Saya perhatikan banyak perbezaan antara atuk dengan adik atuk apabila sakit, anak-anak mereka masukkan ayah mereka di hospital swasta tapi atuk duduk hospital kerajaan. Sedangkan anak-anak atuk bergaji besar, konon.
“Ketika atuk meninggal dunia cuma emak, ayah dan kami adik-beradik yang mengadap. Anak-anak opah sampai setelah atuk dimandikan dan dikapankan, sementara yang di luar negara sampai sehari selepas atuk dikebumikan. Sementara cucu-cucu opah tidak semuanya dapat balik, termasuk menantu perempuan opah, sebab bekerja.
“Ketika atuk di hospital, emak dan opah sahaja yang sering datang menguruskan makan minum atok. Saya lihat opah memang sedih dan kecewa. Tapi opah diam. Lepas sehari atuk meninggal, masing-masing balik ke rumah mereka, tinggallah opah sendirian. Emak ajak opah tinggal bersama kami, tetapi opah tolak, dia tak mahu rumahnya tinggal. Jadi terpaksalah emak berulang alik jengok opah, dalam seminggu dua atau tiga kali.
“Untuk keselamatan opah, emak minta tolong saudara berdekatan datang jengok opah. Masa berlalu begitu pantas, ketika saya dan abang bekerja dan pindah ke bandar, emak terpaksa bawa opah tinggal bersamanya, sebab keadaan opah sering sakit dan emak tak mahu opah tinggal sendirian. Ada kalanya emak terpaksa tidur di hospital jaga opah beberapa hari.
“Sepanjang opah di rumah kami, saya dapat lihat dengan jelas anak-anak opah yang lain jarang datang jengok opah...,” Shaliza merumuskan ceritanya.
Wednesday, February 1, 2017
Kenduri Arwah Ayah Pak Yoep

Dilaksanakan pada 28 Jan 2017 jam 9.30 malam. Dihadiri oleh ketua kampung, 10 orang kampung dan 11 orang pelajar Tahfiz Lambor Kanan serta 44 anak/menantu dan cucu arwah ayah pak yoep.
Masakan diuruskan sendiri oleh ahli keluarga pak yoep.
Al-Fatihah.